Wednesday 23 December 2009

DI MANA NEGARA ISLAM ???


Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulan emas.
US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.

Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini! .



Sehubungan dengan itu, rerakan sekalian bertindaklah untuk diri kita serta keluarga kita untuk mula memiliki emas sebagai aset. Mulalah sikit - sikit, lama - lama jadi bukit. Belilah sebagai permulaan 1 dinar, 20g dsb. ikut kemampuan sekurang - kurangnya rerakan telah berubah untuk menyimpan emas sebagai aset selain wang kertas.
Lihatlah senarai di atas bahawa orang bukan Islam mengkaji maksud ayat di dalam al - Quran tentang harta benda adalah emas dan perak, bukan wang kertas. Ya.... memang betul wang kertas perlu untuk keperluan masa kini, tetapi adakah kita terfikir tentang maksud ayat al - Quran ada aset yang berharga selain wang kertas, andai tiba satu masa dunia mengalami ekonomi yang teruk, berperang dan sebagainya. Kita jangan jadi terlalu selesa dengan keadaan sekarang, kerana terlalu selesa membuatkan kita tidak membuat persediaan andai berlaku sesuatu musibah dan bencana.


Friday 11 December 2009

BERSEGERALAH ANDA JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA.


Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Maksudnya : “Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Sebagai contoh wang kertas negara Iraq, Saddam Husin. Terus tak laku apabila Iraq jatuh di tangan US.
Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim, Julai
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 019-245 6085. MULAKAN SATU DINAR EMAS, 20G DAN SETERUSNYA. SEMOGA BEROLEH RAHMAT.

Wednesday 9 December 2009

RENUNGI, FAHAMI & HAYATI MAKSUD AYAT AL - QURAN INI

KEHIDUPAN DUNIA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.


Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(Ali Imran: ayat 14)
Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab yang seksa yang tidak terperi sakitnya.
(al - Taubah : ayat 34)
So.... rerakan sekalian, renungilah maksud ayat al -Quran berhubung kekayaan sebenar di dalam Islam adalah emas dan perak. Itulah harta kekayaanan sebenar mu. Bukan duit kertas yang bertimbun yang mencecah jutaan dan bilion, kerana duit kertas adalah idea yahudi yang ingin menghancurkan sistem ekonomi umat Islam. Kenape ?? saya akan ceritakan di posting lain pada mase akan datang, kerana duit kertas akan menjadi punca umat Islam miskin, derita,ditindas, tidak dapat sempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu zakat dan rukun Islam yang kelima iaitu Haji.
Bertindaklah dengan memulakan pembelian 1 dinar emas sebagai permulaan. Anda akan merasa ajaibnya emas bila anda memiliki bila diletakkan atau digengan di tangan. Kerana Allah SWT mengangkat darjat yang amat tinggi logam yang bernama EMAS di dalam firman - firman Allah. Mengapa kita mengaku sebagai orang Islam tidak percaye kepada ayat - ayat Allah ?...
Ya...kerana kita telah didik sejak kecil lagi bahawa duit kertas adalah harta yang berharga. Otak kita telah disumbat bahawa wang kertas adalah harta kekayaan yang bernilai, tetapi sekarang, tidak kerana anda telah mampu mengubah fikiran anda bahawa kekayaan sebenar adalah EMAS.

KEHIDUPAN DI SYURGA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.

Wahai hamba-hamba-Ku, tiada kebimbangan terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.
(Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri.
Masuklah kamu ke dalam surga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan."Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan didalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap(dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.
Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan.Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan."
(Az-Zukhruf : ayat 68 - 73)
Dalam Syurga Allah TAK sebutkan LANGSUNG AYAT BERKENAAN DUIT KERTAS !!!. .
Bertindaklah supaya kita dapat berlindung dari kezaliman orang Yahudi ke atas diri kita, keluarga, sahabat handai serta masyarakat Islam tentang kepentingan EMAS bermula dari sekarang, sebelum terlambat. 1 dinar sebagai permulaan sunnah nabi SAW.
Usahlah kita fikir mahal atau tidak, kerana kita tidak rugi. Kerana orang yang rugi adalah orang yang masih belum memiliki emas sebagai senjata untuk umat Islam.

SUDAH BERSEDIAKAH ANDA ??? WANG KERTAS TIADA NILAI AKAN DATANG.


Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).


Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.


Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam.


Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak



Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)



Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.




Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar.


Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).




Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risknot only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.
Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam” ..mungkin 5 tahun lagi..


p/s : Artikel diatas saya ambil di forum carigold.com.Saya tidak dapat mengesahkan siapa dan bila artikel ini ditulis tidak dapat saya sahkan , walaubagaimana pun artikel ini boleh dijadikan info yg berguna untuk kita semua.



kredit info emaskini.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 019-245 6085.

Sunday 6 December 2009

BELI HARGA EMAS TINGGI BUAT ANDA RUGI ???

Salam sahabat emas…..Susah untuk kita mengerti kenaikkan dan kejatuhan harga emas.Memang kita semua dapat membuat kajian kenaikkan dan kejatuhan harga emas berpandukan pada faktor-faktor, namun tidak semestinya tepat.


Sebagai contoh minggu lepas saya “lock” harga emas 20 gram dengan nilai emas RM2908 kerana mengjangka harga emas tidak akan turun tapi jangkaan meleset.Bila tengok harga hari ini RM2793 ( ketika artikel ini ditulis ) .

Wahhhh saya dah rugi……betul ke saya dah rugi ?Jika dilihat dengan pandanga kasar memang saya rugi RM115.Hakikatnya , kita hanya rugi RM115 dalam masa beberapa hari/ seminggu atau sebulan tetapi kita tidak rugi untuk jangka masa yang panjang ( 3 bulan , 6 bulan , 1 tahun , 2 tahun dan seterusnya ) kerana harga emas akan meningkat saban tahun , sebagai contoh carta kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun .

Kita harus faham , emas bukan pelaburan jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang ( kalau kena caranya , pendek pun boleh jadi untung).

Penurunan harga sekarang hanyanya untuk pembetulan sahaja dan tidak lama. selepas itu, harga akan naik kembali.

Wednesday 2 December 2009

MASIH TAK MAHU BELI EMAS LAGI ???


Segala pujian kepada hadrat Allah, di atas nikmat dan rahmat dari Mu...

Disini disertakan carta kenaikan rega emas dari Januari hingga November 2009. Kenaikan sebanyak 37%.


Subhanaallah.... Kalah dividen ASB, dan saham bank rakyat.



Jadi kenapa rerakan sekalian tunggu lagi tak nak beli emas... terpulang... apapun syabas dan tahniah kepada En. Hammami dari Bukit Mahkota, En. Amri dari Batu Kikir, Pn. Maisarah dari Kajang, En. Mohd Akmal, Pn. Rushana dari P.Dickson , Azwahida dari Jelebu, En. Yusof dari Selama Perak, kerana telah bertindak awal dan bijak membeli emas.


Dan sekarang...anda sekalian telah tersenyum puas di atas kenaikan rega emas sekarang yg telah tuan2/ puan2 miliki dari saya. Apapun saya tumpang gembira melihat rerakan telah gembira dan senyum di atas kenaikan rega emas ini. Tapi nak pesan, jangan lupa sedekah atau zakat emas ye...kerana tak banyak pun 2.5% je, naik 37% tinggal 34.5%. Insyaallah rezki kita bertambah dan berkat. Secara tak langsung dah tunaikan rukun Islam kita yang ketiga...Jangan tamak ye...

Apapun, kepada rerakan sekalian yang belum membeli emas, masih belum terlambat. Belilah sekurang2nya 1 dinar atau 20g. Hubungi saya untuk penerangan lanjut 019 - 245 6085.



atau nak info lanjut baca EBOOK ni..http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=azwanora



Thursday 19 November 2009

MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA


Sempena hari Jumaat ini, disini saya ingin menyampaikan tazkirah sikit tentang MAGNET REZEKI DENGAN mengerjakan SOLAT SUNAT DUHA.

Semua orang hendak menjadi kaya.

Semua orang hendak hidup senang dan bahagia

Namun ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia. Kaya wang dan emas tetapi miskin jiwa. Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah. Apakah ada cara untuk menjadi kaya dan pada masa membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di akhirat sana ? Apakah ada cara bagi membuka pintu rezeki yang berkat seluas – luasnya ?

Magnet Rezeki dengan Solat Duha ada jawapannya. Ia membongkar rahsia memperolehi rezeki yang melimpah – ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti – bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duha yang beristiqamah( berterusan buat jangan sehari pun tinggal,). Sesiapa sahaja mampu memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

Justeru itu, saya mengingati diri saya dan rerakan sekalian, marilah kita bersama – sama mengerjakan solat sunat duha ini. Semoga kita dapat menghayati dan menerokai kehebatan mukjizat – mukjizat ajaib yang ada di sebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat .

“Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa – dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan”.
(Ibnu Majah dan Tirmizi yang diriwayatkan Abu Hurairah)


“Sesiapa mengerjakan solat duha dua rakaat, maka Allah menghadiahkan kepadanya sebuah istana daripada emas dalam syurga”.
( Ibnu Majah dan Tirmizi yang diriwayatkan Anas bin Malik)

“ Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan."
(Tirmizi)

Monday 16 November 2009

NAK BUAT APE BELI @ SIMPAN EMAS NIE ???

Tadi ade org tanye aku, nak buat pe simpan/beli emas nih? nak simpan katne? kalo tak nak simpan nak buat pe dgn emas tuh? ok, meh kite kupas satu persatu....
1. Nak buat pe dgn emas yg kite beli tuh???
Simpan je laa....macam simpan duit kat ASB, kat SSPN, kat dlm tabung haji, kat dalam fixed deposit....same je konsepnya...cume bile kite simpan emas nih, kite simpan sendiri, kite pegang sendiri, so takde masalah emas kita dimanipulasi, takde la unsur riba', takde inflasi.
Bezanya? simpan kat institusi kewangan nih, korang akan dapat return dlm bentuk dividen/interest/bonus yg telah ditetapkan, kalo nak diikutkan, return ni adalah riba', sebab ape?? ble tanye ustaz...aku ni takla arif sgt pasal hukum hakam ni, sbb tu aku pun ade menyimpan kat dlm bank...ye laa, bile kita dah hidup dlm sistem kapitalisme pastu diikuti pulak dgn sistem monopoli, kite mmg takbole nak buat pilihan melainkan ikut je laa...
Dgn menyimpan emas, korang akan dpt return yg berganda² drpd ape yg pernah korang dpt (100% halal pulak tuh)...kenaikan harga emas tak pernah mengecewakan para pelabur/penyimpan....ASB paling tinggi pernah dpt 11%, KWSP max 5.5%, fixed deposit? lagi hampeh...2-3% jer...simpan bagai nak rak, dptnye sechepot jer...ini baru return yg material, belum tolak lg dgn kadar inflasi negara yg tak pernahnya 0%, ingat lagi kempen "Inflasi Sifar"? ape sudah jadik? May'08 kadar inflasi negara 3.8%, June'08 mencanak jadik 7.7%, July-aug lagi naik 8.5%, in average kadar inflasi negara pada tahun 2008 ialah 5.43% compare to 2007 which is 2.0%, and 2006 is 3.63...tahun 2009? nampak mcm ok jer...Jan'09=3.9% and Aug'09 is 1.3%, so aku expect at least average inflation rate utk 2009 is 3%++...so bayangkan org yg simpan duit kat dlm fixed deposit kalo return dpt 4% last year....effectively, die sebenarnya dah kerugian 1.43%!!! isk isk...terer tul bank ni buat duit...
kalo simpan emas, Oct'08 harga emas ialah USD730 per ounce, Oct'09= USD1050/oz!!! kenaikan sebanyak 43.8%!!! Nov'09 dah jadik USD1091...so bayangkan kalo RM10000, tahun lepas buat beli emas, simpan smp skang dah menjadik RM14300....itu baru simpan jer....belum dibuat trading lagi....kalo buat trading, keuntungan bole menjadik sehingga 100%-200% setahun...tak caye? nnt aku bole tunjukkan...pastu kalo simpan jer,jgn lupe bayar zakat yer....kalo wat trading takyah...sebab emas yg kite pegang tak smp setahun...kalo nak bayar gak, alhamdullillah...bukan luak pun...dengan EMAS kite telah locked kekayaan kite...
2. Kalo nak simpan, nak simpan kat ne? nanti kena curik, kena rompak...camne?
Simpan la kat safebox....berapa? RM200-RM300 setahun jer mengikut company/bank, siap dgn preloaded insurans RM10000 lagi...kalo tak cukup boleh tambah RM20 per RM10k coverage....tak mahal ker? taklah, min return pun 25% takkan RM200 setahun takleh bayar.....berbaloi ke simpan kat safebox? berbaloi-baloi....(khas utk penyimpan emas je ye....)trader tak yah simpan, stok laju je abis....
so, kalo ade emas bernilai RM10k, amikla insurans RM20k, so kalo kena rampuk mcm yg jadik kat public bank seri kembangan last year, at least korang ble dpt balik RM20k! bole ker over insured? hmm...cube tanye²kan, kalo dpt jawapan, tolong bagitau yer...
3. Kalo tak simpan nak buat pe dgn emas tuh?
Ape benda yg kat dlm dunia ni bile dibeli, nilainya adalah same dgn nilai belian at that time? Handphone kalo dah dibeli kat kedai Ah Meng dgn harga RM1000, pada hari yg sama nak jual balik kat kedai Ah Choi dah tinggal RM800, kalo dah calar? dah terjatuh? same gak mcm kereta...at the moment kite sain agreement Hire-Purchase, harga keta kite tu dah berkurang at least RM5k...tak caye? cube buat...cube tgk kat motor trader...punye melambak keta yg baru setahun pakai, harga dah berkurang smp RM10k...ish ish ish
So, dgn emas, hari ni beli dgn harga RM12291 per 100g, pastu kite nak jual kat kawan kite balik pada masa yg sama, dia akan beli jugak dgn harga yg same....NO NEGOTIATION...dgn Public Gold harga berubah setiap 20min...so, kalo kul 10.00pg ko beli dgn harga RM12291,then 20min later harga dah jadik RM12295 pastu jual, dah untung RM4, dah ble lepas duit bekfes nasi lemak...
kalo kul 10.20pg tu harga turun jadik RM12285 camne plak? jgn gabra...kalo harga turun, kita jgn jual emas kite tuh...kalo ade org nak beli, kite amik duit org tu, kite belikan utk dia...takde direct profit....tapik kalo kite ejen PG, kite akan dpt rebet 1.5%...ok la tu...dpt gak RM184...
Ye...dgn menjadik ejen PG, kite akan dpt diskaun/komisyen/rebet sebanyak 1.5%...sikitnye? harlow...ini bukan jual goreng pisang...ni gold-trading...cube jual 1kg, at least dpt RM1500!!! tak masuk lagi untung kenaikkan harga....so, tak cukup lagi ker??? isk isk isk...jgn tamak yer...
Kredit info armootz.blogspot.

Sunday 15 November 2009

ELOK MEMBELI EMAS, TAK RUGI

Keratan akhbar Utusan Malaysia 14/11/2009

Dato' Salleh Majid (Bekas Presiden BSKL)

Thursday 12 November 2009

PEMILIKAN, PELABURAN & PERNIAGAAN EMAS

Alhamdulillah


Semoga kita semua sentiasa bersyukur kerana berada dalam rahmat Allah SWT sepanjang masa, AMIN.


Jika dilihat senario yang lepas, bangsa melayu memilikki emas atau perak lebih banyak dari bangsa-bangsa lain dari segi emas perhiasan. Pemilikan emas keping atau dinar masih kurang, mungkin kerana tiada punca atau pendedahan kepada masyarakat sebelum ini.

Ramai wanita kelantan samada bujang atau berkeluarga, lebih berminat kepada barang kemas perhiasan kerana barang kemas tersebut boleh dipakai dan ditayangkan seolah-olah peragawati.
Walaubagaimanapun, pemilikan emas perhiasan adalah penyumbang terbesar kepada pelaburan emas itu sendiri dinegeri kelantan.


Bagaimana kita sebagai kaum lelaki hendak bermula dengan emas ini. Masih ada dua pilihan samada emas keping atau emas dinar dan barang kemas perhiasan. Walaupun barang kemas perhiasan diharamkan kepada orang lelaki memakainya, pilihan adalah samada menyimpan atau memberi isteri untuk memakainya.



Sekiranya diperhati tajuk diatas, saya lebih menekankan kepada PEMILIKAN, kedua adalah Pelaburan dan ketiga adalah perniagaan.



Emas yang bagaimanakah sesuai untuk semua kategori diatas. Jawapannya adalah emas yang harganya bebas atau sedikit sahaja dari tangunggan KOS UPAH.



Emas tersebut adalah emas Poh Kong Bunga Raya, Pamp Suise, Logam Mulia, Kijang emas, dinar kelantan, barang kemas terpakai, PUBLIC GOLD(PG)/ PUBLIC DINAR(PD) dan lain-lain lagi jenisnya.



Macamana nak mendapatkan emas tersebut?

Emas tersebut boleh diperolehi kedai-kedai emas tertentu, bank-bank tertentu, Ar rahn, agen-agen emas pg/pd’s dan orang perseorangan yang menjual/beli emas terpakai.



Apakah kelebihan memiliki, melabur dan berniaga emas ini?



Sekiranya kita MEMILIKI emas, sudah tentu kita telah mengunci kekayaan kita dalam bentuk emas yang mana sifatnya sentiasa berharga tetap, cuma nilai RM sahaja yang selalu turun. Saya mencadangkan supaya simpanan emas kita sebanyak 30% dari aset tunai kita. Katakan kita mempunyai RM100,000.00, kita beli emas RM30,000.00, simpanan tunai tabung haji RM30,000.00 atau ASW RM30,000.00 atau ASB RM30,000.00 atau simpanan buku simpanan RM30,000.00.


Emas ni sifatnya tetap atau beku tetapi boleh dicairkan dengan segera macam ikan atau daging beku yang hendak disejukkan. Boleh dicagarkan ke bank untuk tunai segera, tidak macam tanah susah hendak ditunaikan dalam masa yang singkat. Emas ni orang beli terus je, kalu tanah, nak kena tengok dulu, kawasannya, banjir ko, harga mahal ko, tanah padi ko dll. Faham ko…



Bila kita MEMILIKI emas, bermakna kita MELABUR emas. Kenaikan harga emas adalah disebabkan penyusutan nilai RM kita, nilai emas adalah tetap. Itu yang paling mustahak. Inilah dikatakan INFLASI. Emas adalah INFLASI SIFAR. Sebab itulah nilai emas sentiasa naik. Contoh terbaik adalah diri saya sendiri. Saya beli PG20gm dengan harga RM2310.00 pada 02 September 2009, cuba lihat harga hari ini RM2641.00. Kenaikan nilai emas sebanyak RM331.00 atau 14% peningkatan nilai emas tersebut atau penurunan 14% nilai RINGGIT MALAYSIA. Senang cerita nilai emas telah naik 14% dalam masa 2 bulan.



Bila kita MEMILIKI, MELABUR, tak salah sekiranya kita nak merasai kemanisan kenaikan keuntungan hasil dari emas tersebut. Jual lah sikit-sikit kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai atau orang luar. Dengan itu kita telah membuat sedikit keuntungan disamping kita telah menwara-warakan penyimpanan emas kepada orang lain. Dapat pahala dunia akhirat tu.



Saya menasihatkan supaya kita mempelbagaikan emas simpanan kita yang boleh terdiri dari emas keping/wafer/bar, emas dinar, dirham (pitih perak) atau perak keping/wafer/bar, barang kemas terpakai, dinarkel, kijang dsbgnya.



Disebabkan banyak ramalan (mengikut kaedah numerology) yang mengatakan 2010 adalah tahun atau kitaran tiada duit bagi ekonomi dunia, sama dengan tahun 2001 yang lalu, jadi fokus saya adalah untuk memberi pendidikan tentang simpanan kewangan. Jadi bermula sekarang tukarkanlah sebahagian dari simpanan atau pendapatan anda dalam bentuk EMAS.



Mengikut jangkaan ramai bankers tahun 2012 nanti akan berlaku kegawatan kewangan sajagat di seantero dunia. Jadi sila persiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Wassalam.





Sunday 8 November 2009

HYPER INFLASI..... DAH BERSEDIAKAH ANDA ???

ape kena mengena inflasi dgn emas?
mmg ianya ade perkaitan yg secara terus...sejarah dah membuktikan, banyak negara yg gagal disebabkan matawang tidak disandarkan pada emas....tak cukup duit, main print jer...matawang ni dinamakan duit fiat (fiat money)....lagi banyak dicetak lagi rendah nilainya...
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Yang terbaru, Iceland...coming up is Japan...USA...hoish! USA? biar betui...??? ye mmg betul. para ekonomis dah menjangka hyper-inflasi akan berlaku pada USA dlm tempoh 5 tahun ni...knp? sbb dah terlampau byk sgt bail-out yg diorg buat....cube bayangkan...negara China mengambil masa selama 50 tahun untuk rakyatnya mengumpul kekayaan negara bernilai 1 trillion....tapi Ammarika...dlm masa setahun, brp byk syarikat yg di-bail-out olehnya? dan nilainya adalah lebih dari 1 trillion!!!...huhuhu...banyak tuh...
korang ingat bail-out tu pakai mulut je ker? atau tulis atas kertas jer? print duit laa...beli bon-bon...tapik takde reserve emas...negara India yg selama ni bersandarkan matawang terhadapt USD dah mula bertukar arah....mgu lepas diorg baru jer beli 200 tonne emas dari IMF....so skang IMF tinggal 200 tonne lagi belen..sape nak? knp India beli emas tu byk²? walhal diorg mmg terkanal dgn barangan kemas? sbb India baru sedar, matawang yg disandarkan kpd emas lebih stabil...so kalo takde emas dlm Federal Reserve jgn mengade² nak print duit...
berbalik kpd inflasi...korang tau tak, dgn menyimpan emas korang takkan terkena tempias infalsi? emas ni kan kalis infalsi...tak caya? korang mesti dah biasa dgr metafor guna dinar ngan kambing...kali ni aku guna metafor yg lebih real sikit...
ok, pada tahun 2000 harga emas ialah RM33/g dan harga kereta Honda Civic ialah dlm RM80k...so kalo nak Honda Civic time tuh, korang kena ade 2424g emas....tapik tahun 2009, harga Civic dah jadik dlm RM130k, naikkan? betapalah tensennye korang bile dah berazam nak beli Civic kumpul duit cukup RM80k, tapik bile dah smp masanya, still tak cukup lagi....tapik dgn simpan emas...pada tahun 2009 harga dah jadik 120/g korang cume memerlukan 1083g emas sahaja!!! so, maknanya...kalo korang ade emas sebyk 2424g time tahun 2000 tu, simpan smp skang, korang gadai/jual kan emas² tuh....korang still ade RM160k cash in hand!!! bole buat beli lagi sebijik...takpun upgred terus jadik BMW 5series....amacam??? suda terbuka minda???
tu baru Honda Civic...belum aku dok cite pasal Rumah....nak cite gak? umum mengetahui hartanah adalah pelaburan yg paling menguntungkan...ok, mari kite buktikan...aku beli apartment yg aku dok skang dgn harga RM147k (2007) so ianya bersamaan dgn 2011g (RM73.1/g)...tapik tahun nih...umah aku dah naik jadik RM160k (+8.8%) ataupun bersamaan dgn 1230gram sahaja!!! (RM130/g as at 8/11/09)....so harga umah aku nmpk mcm naik, tapik disebabkan inflasi....harga dia sebenarnya jatuh....
so, ape lagi??? Now or Never....

kredit info armootz.blogspot

~ MENABUNG DENGAN DINAR EMAS ~



Konsep menabong itu adalah sama dengan konsep menyimpan. Bak kata pepatah melalu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Kata Haji Bakhil pula, “satu sen pun kalau dikumpul, boleh beli ghumah batu”. Menabong atau menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah satu amalan yang sepatutnya diteruskan tanpa henti. Ini adalah kerana jika ada apa-apa keperluan atau musibah yang bakal berlaku dimasa mendatang, sekurang-kurangnya wang simpanan itu dapat meringankan bebanannya.


Tentu sekali anda bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri ( sbg contoh, konsep lain bolih digunakan untuk tunaikan haji, berkahwin dsb). Pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah yang hendak dibeli hendaklah disediakan disamping cost peguam sebelum anda dapat meminjam dari mana-mana institusi kewangan bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Setelah rumah sudah siap dan boleh diduduki, mungkin sedikit ubahsuai seperti memasang grill dan sebagainya disamping perabut dan peralatan lain diperlukan. Ini semua memerlukan wang. Jika tidak ada simpanan, bagaimana mungkin boleh terlaksana.


Berbalik kepada tabongan dan simpanan. Berapa banyak simpanan ada setiap bulan, bergantong kepada kemampuan anda sendiri, lagi banyak lebih baik.


Contoh: Anda menyimpan RM250/bulan x 12 bulan = RM3,300 x 10 tahun = RM30,000


Masalahnya nilai RM30,000 pada 10 tahun akan datang tidaklah sama dengan nilai RM30,000 sekarang kerana ringgit dimamah inflasi. Jadi anda perlu menyimpan lebih dari RM250/bulan.


Bagaimana pula jika anda menabong atau menyimpan emas? Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Katakanlah anda menyimpan Dinar Emas.


Harga dinar hari ini 1 dinar = RM549 x 60 dinar = RM 32,940.00.Andaian peningkatan harga dinar sebanyak 15% setahun x 10 tahun = 150%
Harga dinar anda 10 tahun akan datang = RM 32,940 x 150% = RM 49,410


Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Statistic ini dapat dilihat dari website Bank Negara Malaysia. Cuba lihat harga emas dari tahun 2001 sehingga sekarang.


Dari contoh diatas, anda cuma menyimpan 1dinar sebulan, lebih kurang RM549/bulan dan nilai simpanan anda 10 tahun akan datang, jauh lebih besar berbanding menyimpan dengan ringgit. Disamping itu juga emas boleh dipajakkan di Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad, Ar-Rahnu Bank Rakyat atau Ar-Rahnu Agro Bank untuk menampong kesakan sementara.



Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan samada hendak menyimpan dengan dinar atau duit kertas.


Saya percaya, anda tentu bijak membuat pilihan.
Hubungi saya 019 - 245 6085, saya akan membantu anda untuk sekurang2nya memiliki 1 dinar sebagai permulaan.

Kredit info paklong97



~ MULAKAN DENGAN 1 DINAR UNTUK KELUARGA ANDA~


Mari kita mulakan dengan membeli 1 Dinar untuk keluarga anda. Anda tidak rugi, kerana anda membeli emas. Bila anda mahu beli lagi, sedangkan harga emas dunia terus menunjukkan kenaikan.


Tunggu, alamatnya anda akan rugi. Jangan sayangkan sangat duit kertas anda, kerana nilai duit kertas nilai makin susut. Percayalah. ANDA TIDAK RUGI MEMBELI EMAS.


HUBUNGI ATAU SMS SAYA 019 - 245 6085.


Harga 1 Dinar bolih dilayari http://www.publicdinar.com/


Harga Emas dalam bentuk bar layari http://www.publicgold.com.my/





Saturday 7 November 2009

~BIJAK WANG - PROGRAM TV3 PELABURAN EMAS~

Hehe antara isi penting program ni.

1. Emas dlm 5 tahun kebelakang ni harga naik dlm 250% huhuh 50% setahun tu..ASB 8% setahun..so pepandai la kira ek..

2. Skang harga emas +-USD1100 so Mantan Pengerusi BSKL sebut kemungkinan Emas akan cecah USD2000!! hihi pepandai la kira emas yg anda beli rege sekarang.

3. USD akan terus merudum kalo masyarakat antarabangsa start urusniaga dlm bentuk EMAS dan lupakan USD utk jual beli dan eksport import..hihihi

4. Better beli emas TULEN 999 tp kalo nak li 916 pon ok janji EMAS5. Semoga anda pepandai la wat kira-kira utk PELBAGAIKAN PORTFOLIO PELABURAN ANDA

kredit info cikgu azrul blogspot

~PERGERAKAN HARGA EMAS 8-14 Nov 09

Pergerakan Harga Emas 8-14 Nov 09

Sunday 1 November 2009

~APA ITU DINAR~

Dinar adalah syiling emas.

Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

~KENALI BENTUK OMEH~

1 Dinar (Emas 916) = 4.25 grams
Gold Bar (Emas 999) 20 grams

Untuk posting kali ini, sey nak ceto sikit pasal omeh yg bolih buat pelaburan pado maso akan datang. Omeh pelaburan ni ado 2.


Satu berbontuk bar atau jongkong dikenali sebagai gold bar.
Yang koduo berbontuk syiling atau dikenali sbg dinar.


Kalau omeh perhiasan spt rantai, cincin, subang dsb bolih jugak, tapi dio punyo nilai kurang sikit, sobab ia ado upah pekerja buat bondo alah tu( nak taruk permata dan berlian), boli memang mahal...tapi jual balik untung seciput ajo...kalau nak pajak kat ar-Rahnu kurang sikit terimo..(hasil pembacaan sey lah kek dlm ebook tu)


Biaso ek..2 bontuk ni lah menjadi pilihan kaki omeh untuk buat pelaburan pado maso akan datang. Ini kerano ia mudah disimpan atau dipajak kek ar-Rahnu ( duit dapek, omeh pun dapek bilo solosai bayaran pajak dlm tempoh 6 bulan) atau digadai kek agen Public Gold.(kalau jual balik kek kodai omeh ia kono tolak 25%). Banyak tu..Tulah taukey cino kayo amek2 sbb org kito mudah kono tipu.


Semoga dapek sikit ilmu ttg omeh ari ni...

Thursday 29 October 2009

~EMAS MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM~

Sompono ari jumaat, ari yg mulio...sey nak sampaikan dan kongsi tazkirah sikit....moga2 dapat manfaat kek kito semuo yo...
Sobonar e.. secaro sodar atau tidak, anda yg memiliki omeh(emas) akan menyumbang pada ekonomi umat Islam secaro tak langsung.
Bagaimano yo?
Cam ni ya...Melalui pembayaran zakat, anda harus ingat bahawa bagi setiap muslim yang simpan omeh, anda perlu lah mengeluarkaan zakat omeh apabila cukup nisab dan haul.
Syarat - syarat :
1. Emas tu milik sempurno.
2. Cukup haul dalam simpanan. 1 tahun qamariah atau 1 thn syamsiah.
3. Cukup nisab iaitu melobihi 85gram.
4. Kadar zakat 2.5% aje.
Makno ek...simpanlah omeh banyak2. Pastu jgn lak lupo keluarkan zakat omeh tu..Bantulah sodoro kito (umat Islam) yg kurang berkemampuan yo...
Insyaallah rezki kito bertambah dan berkat. Amin.
Kredit info : putraemas

Wednesday 28 October 2009

~TRANFORMASILAH~

Sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Sememangnya emas, wang atau apa sahaja yang ada di dunia ini tidak kekal. Akhirnya destinasi kita hanya kepada Allah s.w.t. dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat sama ada amalan soleh atau amalan toleh.

Transformasi...

Wang kertas hanyalah kertas biasa yang diperakukan oleh pemerintah untuk digunakan sebagai alat pertukaran urusniaga semasa. Kerana itulah di setiap wang dicetak 'Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai'. Apabila sampai suatu masa, maka pemerintah berhak untuk tidak lagi memperakukan nilai tersebut.




Tetapi untuk memelihara kekayaan yang sebenar, kita harus menjadi bijak agar kekayaan yang dimiliki tidak dimanipulasi oleh keadaan semasa dan dimamah inflasi. Antara cara yang dapat dilakukan ialah dengan menukar wang yang ada menjadi emas. Saya sendiri melakukannya kerana emas ialah antara logam bumi yang diterima dan diiktiraf di seluruh dunia sejak zaman-berzaman.
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan).
Kredit info : putraemas

~UNTUNG KO BOLI OMEH???~

Semuo orang nak untung. Takdo sapo nak rugi. Jadi, untung ko simpan atau boli omeh???. Anda sendiri tontukan. Nak tahu ilmu omeh ??? boli ebook sey di
Baru kito tahu betapo pontingnya boli atau simpan omeh untuk kehidupan akan datang... Sey nak kongsi kek rerakan sekalian. Kalau tak boli pun sey tak rugi apo2.. sey cuma nak sampaikan ilmu yg bermanfaat ... bak kato Nabil....."Lu Pikir Lah Sendiri".......

30 HARI

60 HARI

6 BULAN

5 TAHUN

10 TAHUN
So dah tgk graf omeh....fikir - fikirkan lah yo rerakan sekalian.....
Kalau 10 thn dulu sey boli omeh, maso tu 1gram rego baru RM 30 ko RM 40 ringgit. La ni dah mencanak jadi RM 115.00 1 gram. Kalau dulu boli 20gram dapek berapo la ni? kalau 50gram? kalau 100gram? Umannng ai... naik berapa %? kalau kito jual atau gadaikan???
Fikir - fikirlah rerakan sekalian...Beruntunglah kalau sey boli ebook omeh ni time dulu2, tapi takdo...
La ni dah ado jalan untuk rerakan tahu lobih lanjut.., bolilah... tak rugi...
Tapi takpolah itu dulu punyo ceto, la ni bolilah omeh.. 5thn akan datang berapo? 10thn akan datang berapo ? Fikir - fikirkanlah rerakan sekalian... minyak pun dah naik, inikan pula omeh....
"FAST ACTION, FAST RESULT"

Kredit info :www.putremas.com

~YANG MANA SATU PILIHAN ANDA???~


Tujuan posting kali ini adalah bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk yo. tapi sey nak ajukan soalan kek anda semuo.

Soalannya ialah: kalau anda diberi pilihan sekarang, untuk memilih sama ada longgokan emas atau longgokan duit yang sama harga dengan nilai longgokan emas itu, yang mana satu menjadi pilihan anda?


Jadi kepada rerakan semua, fikir-fikirkanlah.



Kredit info dari blog :http://goldjeman.blogspot.com

Tuesday 27 October 2009

MENGGEMPARKAN!! Emas-emas Yang Hilang kini didedahkan

Ya, betul!
Satu pendedahan rahsia iaitu Emas-Emas Yang Hilang Dibongkarkan!!
- Emas-emas mana yang telah hilang tu?
- Di mana ianya dijumpai?
- Siapa yang menjumpainya?
Pasti persoalan-persoalan ini bermain di ruang minda anda...

Usah peningkan minda anda dengan persoalan-persoalan tersebut.
Kerana, apa yang didedahkan tersebut bukan emas yang mana yang hilang, tetapi adalah
Ilmu Bagaimana Menjana Kekayaan Dengan Emas iaitu Emas-Emas Yang Hilang!
Mengapa ianya dinamakan Emas-Emas yang Hilang?
Tahukah anda betapa ramai dari kita yang memiliki emas tetapi tidak kaya dengannya. Apa yang kita tahu adalah GADAI, JUAL dan BELI SEMULA.
Itu saja yang kita tahu.
Tahukah anda, dengan berbuat sebegitu semata-mata, anda telah membiarkan EMAS anda hilang begitu saja. Apa yang hilang? Yang hilang adalah KEUNTUNGAN emas itu sebenarnya...
Inilah yang sering berlaku pada kita, gadai, jual beli emas, anda tetap rugi/untung sedikit. Mengapa? Kerana anda tidak tahu yang sebenarnya, tokey-tokey emas dan pajak gadai itu telah mencuri keuntungan emas anda yang sebenarnya.
Mereka beli emas anda dengan harga amat murah, tapi menjualnya berkali-kali ganda. Sebenarnya ramai di antara kita telah terkena! Maka tidak hairanlah barangan kemas pusaka nenek moyang anda seperti kurang nilainya apabila dijual kepada mereka.
Kini, anda pasti tidak lagi tertipu dengan mereka.
Kini panduan buat duit dengan emas didedahkan oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Team Rahsiaemas. Selepas ini, anda bukan saja mampu mengaut untung dengan barang kemas milik anda, tetapi anda mampu mempelajari berbagai-bagai ilmu pelaburan emas yang tidak pernah anda ketahui sebelum ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendedahan ekslusif tersebut, sila layari iklan di web saya disebelah ini atau
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
PERCAYALAH KATA SAYA INI.
ANDA TIDAK RUGI APABILA MEMBACA EBOOK INI.

Thursday 22 October 2009

~EMAS PERTAMA AKU~

Inilah roman omeh dari pandangan belakang PG Bar 20gram
Ini gambar depan, sampai teropong kamera pun leh nampak, kilau botul
Ha... yang ni disertakan kad pembelian beserta pengesahan

Pertama kali aku mengucapkan Syukur Alhamdulillah, kerana pada hari ini aku telah berjaya memiliki emas dari Public Gold Bar 20gram dari agen Seremban En. Azrul. Terima kaseh kepada En. Azrul kerana telah bersusah payah mengambil emas tersebut di Bdr Sunway Selangor dan menghantar kepadaku.

Rase lain macam aje, first time katakan...selalunye emas ni familiar kat kaum hawa. Aleh2 mcm tak caye je aku dah milik emas. Alhamdulillah... ini semua hasil pembacaan dari blog jutawan emas dan rakan2 blog emas yang lain. Yang mana telah membuka minda aku tentang kepentingan memiliki emas sebagai aset kehidupan akan datang. Walaupun bermula 20gram, tapi takpalah akan aku tambah sedikit demi sedikit mengikut kewangan aku. Bak kata pepatah "sedikit - sedikit, lama - lama jadi bukit kan..." Terima kasih kepada semua rakan2 blog emas yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga ilmu ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Tuesday 20 October 2009

~TAMBAHKAN ASET PELABURAN ANDA~

Inilah omeh yang dijadikan sbg aset, ado pelbagai bontuk.

Disini sey nak kongsi dgn rakan2 blog sekalian, sey ni nak kongsilah sedikit ilmu sey dapat dari Allah SWT. Mulo2 memang tak terpikir, tapi Allah dah bagi jalan dengan sey membaca satu majalah wanita org rumah sey maso ujung minggu aritu. terbaco satu artikel ttg pelaburan kuno yang boleh menjadi ando kayo dan selamat iaitu OMEH(EMAS). oMEH??? memang sey mulo2 jahil jugok, yolah omeh ni khusus utk wanita jo, tapi sey ni laki tapi boleh juga milik omeh dgn dijadikan sbg aset. Botul juga...Alhamdulillah, Allah dah buka pintu rezki.

Sey pun belek2 la dalam internet dalam blog2...umanng ai...dah ramai dah org kito(Islam) yang dah mulo membeli omeh sbg aset mereka. Bukan pakai sebagai perhiasan spt rantai atau subang yg kito pikir kan, tapi boli dijadikan aset dlm bentuk fizikal seperti bar dan syiling. Bilo baco pengalaman diorang ni, bagus lah. Yolah dulu thn 2002, hargo meh maso tu RM 50.00 1gram, la ni berapo??? RM 122.00 weh!!!! Kenaikan sebanyak 144% selamo 8 tahun. Kalau setahun 18% woiiii.....(kalah dividen ASB).


Benarlah kata Nabi kita SAW yang bermaksud :
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia.
Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.
Inflasi sifar selama 1400 tahun.Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.
Dulu RM 1,000.00 bolih boli 3 ekor kambing, la ni bolih boli 1 ekor sotongah jo... Makno nilai ringgit susut. Bezo kan dengan omeh.
Apapun, kito hendaklah mempelbagaikan aset pelaburan kito( bolo lombu kambing, tanam gaharu, simpan kek tabung aji), semogo ia dapat melindungi kito bilo maso todasak ko, atau di maso ari tuo kito.. maap la.. sey bolum maher lg pasal omeh ni...apapun sey dah link kan blog rakan omeh utk saudara2 kongsi ilmu diorang...
INGAT, MASO ITU OMEH

~7 BULAN USIA GAHARU KU~

Umanggg ai...dah somak ladang gaharu sey... ni ha... Bezo maso racun ari tu...
Alhamdulillah.... tumbuh dengan subur setelah gonap 7 bulan tanam...

Semogo torus subur hendaknye....

Terlebih dahulu sey mohon maap bebanyak2 kek kawan2, dan pelayar2 blog sey yg tidak jomu melihat blog sey, walaupun sey dah lamo tak update blog ni. Bukan apo, kekadang kojo banyak pastu takdo lak mood nak buek satu hal... tapi bilo dtg mood ni dan dalam laman sembang ado yg tanyo mana hilang sey ni..
Oklah... baru mingu lopeh, sey telah melihat gaharu yg gonap tujuh bulan kami tanam, bukan apo dah lamo tak jonguk, stat bulan poso sampai lah penghujung rayo barulah ado kesempatan, dan terus snap gambar utuk tatapan anda semuo.
Alhamdulillah, semuo e hidup dan tumbuh banyak daun.
Ya Allah, aku bersyukur di atas segala rahmatmu buat diri kami.