Sunday 23 May 2010

JOM BELI DAN SIMPAN 1GRAM EMAS UNTUK 1 BULAN


1/4 Dinar Logam Mulia,


1/4 Dinar Kelantan,


1g Kuwait Finance House


1g Emerates Dubai &


1g Poh Kong.

Salam semua buat sahabat2 yang dirahmati Allah SWT. Semoga sihat hendaknya disamping kehidupan seharian. Posting kali ini saya ingin membuka minda dan berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kita.

Mmmmm... rega emas semakin hari semakin naik.... dan kuasa membeli emas semakin berkurangan bagi membeli dalam kuantiti yang besar( sbg contoh 1kg, 100g, 80g, 10g, 5g, 1 oz, 1/2 oz dsb). Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang sederhana atau kecil atau yang baru memulakan kerjaya amat sukar membeli dek rega emas yang makin mencanak saban hari.

Yalah kita maklum...duit yang ada juga penting untuk membeli keperluan kehidupan. Lantaran itu, bagaimana kita nak menambah aset famili kita. Adakah kita terus berputus asa ???

Ini jawapan dia... hah!!! ....kalau anda tak mampu membeli dalam kuantiti yang besar, anda ada pilihan dengan membeli emas dalam gram yang kecil, iaitu 1 gram. So anda ada pilihan dan secara tak langsung anda dapat menambah aset emas. Biarlah bermula 1g pun, Insyaallah lama2 jadi bukit kan...kalau sebulan 1g, kalau setahun dah ade 12g kan....takpelah dari tiada langsung...

Memanglah rega 1g rega dia mahal sikit, sbg contoh 1g Poh Kong RM 165.00 ( gram yang kecil rega tinggi sikit sbb kos nak buat yg mahal sebab kecik), berbanding rega kuantiti yang besar. Tetapi kalau anda tak mampu beli kuantiti yang besar, bolih beli 1g itu lebih baik...

Apapun ini pandangan yang saya nak kongsikan bersama. Semoga dapat manfaat kepada mereka yang baru berjinak dan membina kesedaran tentang kepentingan emas. Akhir kalam selamat membeli dan menyimpan emas....

Thursday 13 May 2010

KIJANG EMAS TERUS MEMBIAK


Mengapa aku suka beli Kijang Emas 1/4 oz ?

Hmmmm... mesti pelik betul diaorang tgk aku byk betul ( atau mungkin tak banyak pun) simpan 1/4 oz kijang emas. Bukan nak menunjuk atau berlagak.. cuma nak share ilmu yang bolih dikongsikan bersama. Antara dialong aku sering di tanya :

  • "Apsal tak beli 1 Oz atau 1/2 Oz je... kan spread dia rendah... spread suku Oz tinggi bro, 7-9% " lambatttt untung bro!!.

  • 1 Oz cepat untung bro..spread dia 4%..wow !!!

Apapun itu semua pandangan, dan aku tak salahkan pandangan korang, cuma aku ni lebih suka dan teruja untuk beli Kijang Emas 1/4 Oz. Yalah setiap orang suka dan minat yang tak sama. Masing2 ada hak dan minat serta kesukaan tersendiri.Cuma aku ingin share sikit apabila aku memiliki Kijang Emas 1/4 Oz.

Pertama adalah dari segi harga.

Rega Kijang Emas 1/4 Oz murah sikit berbanding 1 Oz dan 1/2 Oz. Bagi sesiapa yang ingin memiliki Kijang Emas sebagai koleksi simpanan mereka. Yalah... kalau tengok sekarang rega (14/5/2010)

  • 1 Oz = RM 4,185

  • 1/2 Oz = RM 2,134

  • 1/4 Oz = RM 1,087

So mana pilihan anda ? Apapun duit anda dan hak anda lah yang menentukan.....

Kedua sebagai untuk jangka masa panjang dan senang dicairkan.

Contoh anda beli Kijang 1 Oz anda dapat 1 kpg, tetapi dengan rega RM 4,185 tadi kalau duit tadi anda beli suku Oz anda akan dapat 4 kpg cuma tambah duit lagi dalam RM 163.00.

So disini anda dapat Kijang Emas ade 4kpg. Sebagai contoh bila anda terdesak perlu cash atau ingin menjual, maybe anda hanya jual dlm 1 atau 2 keping sahaja. Anda jual je kat blog ni http://tokeimas.blogspot.com ( Promosi sikit ), sure berlambak orang nak beli. Anda tak perlu jual atau beli ikut rega Bank Negara Malaysia. Bagi diskaun RM 20.00 ke RM 50.00 pun orang beli jugak, mase tu anda beli pun dah simpan 3 - 5 tahun.... tak gitu ???

Maka kesimpulan disini , aset Kijang Emas anda ada lagi. Kalau 1 Oz jual, maka anda dah hilang aset Kijang Emas, nak beli ?? Hah... mase tu rega dah tinggi melambung dan maybe dah takde stok lah...kalau nak beli balik. Kalau pajak pun boleh juga, cuma tak termampu akan bayar kos upah andai tak dapat tebus nanti. Kalau suku Oz pun bolih jugak pajak... lagi senang nak tebus sebab nilai tebusan tak tinggi lagi berbanding 1 Oz. Itu aje.....

Pajak ??? kalau tercalar cam ne ???? nanti Maybank tak terima ....hehe... tu lah... nak beli kijang emas ni kena guna strategi yang betul... ini cuma pandangan aku je lah... ok.. senang ceta kalau anda ade 4 kpg Kijang Emas 1/4 Oz. Ok jadikan 1 kpg tersebut utk guna buat pajakan kalau nak guna duit... yang 3 lagi just simpan dan jaga elok2 ya....

Yang ketiga Kijang Emas adalah "hot...hot..." .

Kenapa pulak aku cakap "hot", ialah Kijang Emas adalah keluaran Bank Negara Malaysia, dan telah ditempa pada tahun 2000. So tiada cetakan sehinggalah tahun ini. Kalau akan datang tak tahulah aku.

So stok terhad !!. yang aku tahu 1 Oz memang dah takdelah, pengalaman aku kalau call Maybank memang takda stok...yang aku tahu hanya tinggal 1/2 oz dan 1/4 oz je. So dari kesah ini, inilah peluang anda untuk membeli dan menyimpan Kijang Emas 1/4 Oz yang akan datang maybe mengikut macam 1 Oz yang tiada stok... Sebab kalau ade org macam aku yang sapu pulak 1/4 Oz nanti....

" kalau takdo baik beli emas lain kan... apa kesah.." sampuk seorang bro...

betul...... aku tak halang cuma kalau korang nak raselah.... ada simpan dan milik Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia. kalau tak nak takpa....

Emas lain... bila - bila mase bolih beli tak semacam Kijang Emas yang stok terhad. dan mase tu mungkin ade orang ingin membeli kijang emas sanggup membeli melebihi rega jual maybank... yalah kalau ade peminat barangan antik... apa kira duit... kalau dah minat sanggup miliki juga sebagai koleksi....

Itu sahajalah pandangan aku yang bolih dikongsi utk korang... kalau ada salah silap atau terguris hati aku mintak maap lah... ini cuma pandangan aku untuk dikongsi sahaja... Apapun yang penting selamat membeli dan menyimpan emas sebagai survival keluarga anda...

HARGA EMAS CECAH PARAS TERTINGGI DALM SEJARAH


HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah.


Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.
Penganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu.


“Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham.
Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah.
Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.
Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624.
Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting.
Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu.
“Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.
“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah.
“Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.
Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas.
“Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP
Sumber Berita Harian 13/05/2010

Tuesday 4 May 2010

MENGINSAF & MENYEDARKAN AKU

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang takada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalananpulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah kekampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayahakan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujar ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang sayab erikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
“Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupuni tu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang iperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!.
Kredit ilmu dr lubuk petua warisan.