Monday 24 September 2012

SEJARAH BAGAIMANA WANG KERTAS MENJADI MATAWANG......

Asslammualaikum WMT buat rakan2 dan pengunjung blog PKE (PENTERNAK KIJANG EMAS)...
mohon maaf sbb lama tak update info di blog ini..maklumlah sibuk dgn kerja seharian yg diuruskan... apapun syukur kpd Allah SWT kerana diberi kesempatan hidup utk menyampaikan maklumat2 dan ilmu2 yang bermanfaat utk dikongsi kpd rakan2 pengungjung blog PKE....semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kpd kita semua...
ok...hari ini PKE nak share sikit...ttg SEJARAH BAGAIMANA WANG KERTAS MENJADI MATAWANG...hehehe..pelik kan...??? yalah zaman dedulu..zaman Nabi SAW dan tak kiralah zaman yang lampau spt zaman Kesultanan Melayu Melaka...zaman as-habul kahfi dan sebagainya...mereka bermuamalat menggunakan wang EMAS DAN PERAK kan..??? hahaha..tak tahu..??? atau tak ambil tahu...??? cuba kita singkap balik sejarah zaman dulu2...sejarah tidak pernah menipu....banyak perkara2 yang baik yg bolih diambil sbg pengajaran sebagai panduan utk kita yang hidup zaman kini...
ok...berbalik pada sejarah...pernahkah kita menyoal....KENAPA org zaman dulu menggunakan wang emas dan perak sbg medium pertukaran barangan...??? kenapa ??? ya...sbb memang Allah SWT telah jadikan emas dan perak ini utk makhluk manusia sebagai logam yang sangat berharga...
bagaimana kerajaan melayu negeri Kedah menghantar ufti emas kpd kerajaan Siam setiap tahun...bagaimana kisah pemuda al-kahfi yg terjaga dr tidur di gua ratusan tahun telah pergi ke pasar membeli makanan dgn menggunakan wang perak...hhmmmmm..apakah kita tidak terfikir....??? knp zaman skrg menggunakan wang kertas ???? terlalu rumit utk dirungkaikan ....dan kalo kita dapat tahu asal usul wang kertas maka kita dapat tahu ade agenda yang tersembunyi untuk menjadikan manusia zaman skrg menjadi hamba...
ya...saya tahu...nanti org cakap PKE mcm lah tak guna wang kertas RM...tapi PKE tidak menolak penggunaan wang kertas sbg matawang...cuma hanya mengajak rakan2 berfikir....knp PKE menyimpan sbhgn wang kertas PKE kpd emas dan perak...?? ya..sbg kalis inflasi ia juga sebagai persediaan seandainya ekonomi dunia akan hancur atau crash ekonomi....tak percaya...??? hehehe....jgn tak percaya...wang kertas ini dicipta oleh manusia sbg matawang...tak kiralah USD ke...Rupiah ke...Ringgit ke...Euro ke...tak kisahlah..apanamanye..ia tetap wang kertas yang tidak disandarkan kpd emas dan perak...jadi...siapa yg berkuasa...manusia atau Allah SWT ...??? andalah tahu jawapannye....:-)
Sebenarnya wang kertas adelah Ilmu sihir kita hari ini, atau fitnah dajjal utk umat akhir zaman yg mana ade agenda disebalik penciptaan wang kertas bg menggantikan emas dan perak...
Bagaimana menukar kertas yang tak benilai menjadi emas atau pun duit ???....
Langkah 1 - buka satu stor simpanan emas/perak...
langkah 2 - buka tawaran kepada orang ramai untuk menyimpan emas/perak dan dikenakan upah simpan serta diberi RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .
langkah 3 - Buat spekulasi di pasar bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK dari stor emas A diterima oleh peniaga-peniaga di pasar....
langkah 4 - pastikan peniaga di pasar tu dah mengatur strategi dengan pemilik stor emas A untuk menerima semula RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .
langkah 5 - peniaga-peniaga lain mula yakin RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK boleh dituntut dengan emas/PERAK dari stor emas A .
langkah 6 - Pemilik stor emas/perak A mula memberikan pinjaman dan mencetak resit melebihi simpanan emas/perak mereka tanpa diaudit oleh kerajaan dan didedahkan kepada rakyat dan penyimpan emas/perak .
langkah 7 - penyimpan emas/perak mula diberi keuntungan dari simpanan emas/perak mereka di mana sebelum itu mereka dikenakan upah untuk menyimpan emas/perak .
Dan hari ini , walaupun emas/perak sudah hampir tiada dalam simpanan stor emas/perak A , RESIT MENUNTUT EMAS/perak tetap diterima umum dan masyarakat percaya bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/perak itu adalah duit , bukan sehelai kertas .
Mempercayai sesuatu yang TIDAK BENAR selepas melalui proses tadi adalah satu bentuk SIHIR dari pemilik stor emas A dengan tujuan mengaut keuntungan duniawi atas angin hasil dari KEJAHILAN MASYARAKAT UMUM .
Mungkin 99.9 % warganegara mempercayai kertas yang dicap pelbagai rupa dan warna itu adalah sesuatu yang bernilai dan ia adalah duit .
apapun semoga rakan2 mendapat sedikit informasi ttg bagaimana wang kertas tercipta menjadi duit kita pada zaman kini....

Thursday 12 July 2012

REBUTLAH PAHALA BERGANDA ...TUNAIKAN ZAKAT EMAS & PERAK ANDA DI BULAN RAMADHAN INI....

Assalammua'laikum WMT buat rakan2 yang dikasihi sekali...
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini...ingin mengingatkan sesama rakan yang mana ada simpanan emas dan perak melebihi nisab dan cukup setahun bolihlah ambil peluang di dalam bulan Ramadhan yang berkah ini dengan menunaikan zakat tersebut...
Bukan apa...bila sebut je zakat ..ramai je yang cenakee (bak cakap org nogori) yang culas atau enggan tunaikan zakat..maklumlah 2.5% dari harta kita kena bagi kpd hak orang lain...apa taknye.... siap sebut lagi " Alhamdulillah...syukur...sib baik aku tak kena zakat "....jawapan spontan yg diluahkan oleh org ramai bila mana setelah membuat atau selesai membuat kiraan zakat....huhuhuu....maybe diaorang tak faham akan kepentingan berzakat ini yang mana dapat melatih sifat dermawan dalam diri seseorang utk menginfakkan sebahagian harta bukan banyak pun ....hanya 2.5 % sahaja....
Hmmmm....apapun diharapkan kita dapat mengubah persepsi dan memotivasikan diri kita untuk sempernakan rukun Islam kita yang ke tiga ini dengan menunaikan zakat ...zakat adalah rukun yang terpenting selepas solat..manakan tidak di dalam Quran Allah telah sebutkan solat dan zakat di sebut berpasang2an...
jadi..buat kawan2 yang ade simpanan emas 85gram dan perak 595gram ambiklah peluang di dalam bulan Ramadhan ini dengan mengeluarkan zakat emas dan perak...sebab yang pertama...amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan... pahala akan berganda2... dan lagi satu senang nak kira haul zakat...yelah....kan senang nak ingat.... bila sampai je bulan Ramadhan...tunaikan zakat emas dan perak....sebb dah cukup tempoh setahun kan...kan senang ingat....hati kita pun rase gembira bila datangnya bulan Ramadhan ini...kita dapat menambah pahala amal kita berganda2...
"Alhamdulillah....dapat jugak aku bayar zakat emas dan perak di bulan Ramadhan ini...syukur ya Allah atas nikmat yang Enkau bagi dapat juga aku membantu golongan yang memerlukan "

Thursday 21 June 2012

MASA UNTUK SILVER MELONJAK ?????

Assalammualaikum WMT dan salam sejahtera buat rakan2...
Lamo bonar aku tak update blog yang makin usang....maklumlah byk keja urusan ofis yg perlu di selesaikan... selain menguruskan kehidupan bersama keluarga...
Ok..strent to point...artikel ini di tulis setelah harga silver jatuh pada 26.88 usd bertarikh 22/6/2012. Jadi aku ingin berkongsi ilmu dgn rakan2...yang mana bolih manfaat ..percaya jgn...tapi bolih lah diambil mana2 yg rase ok ...
Sudah setahun juga rasenya harga silver dalam keadaan mendatar..setelah harga 48 usd telah dicapai pada hujung tahun lepas...bagi yang membeli dan menyimpan silver dlm jangka mase lama tiada masalah...sbb mereka tahu...silver adelah duit sebenar...cuma bagi yg "invest short term" agak sakit sikit sbb mereka ingin menjual bila rega sampai puncak atau target untuk d jual telah sampai mereka ingin mendapat untung.... bagi aku mcm biase...beli takat mana yang mampu...kalo rega jatuh sampai kini..inilah peluang terbaik untuk tambah aset silver...maklumlah rega tgh murah...sapa tak nak...kebetulan ade duit sikit...bolih lah beli sikit2... org kate "pelan2 kayuh".....
Salah satu jutawan dan pelaburan terbesar di dunia Jim Rogers berkata :
"Jika anda meletakkan pistol di kepala saya dan mengatakan anda terpaksa membeli satu, saya akan membeli perak dan bukannya emas."
Pandangan beliau ade betulnya juga, kerana hakikatnya adalah permintaan untuk perak @ silver adalah pada puncak gigi yang mencecah ke paras tertinggi sejarah.
Tidak seperti emas, perak @ silver mempunyai pelbagai kegunaan industri yang penting ...di antaranya :
a. Ia di lebih peranti yang paling berguna.
b. Ia adalah alat-alat yang paling berguna daripada mana-mana komoditi lain selain petroleum.
c. Perak diperlukan hanya kira-kira setiap peranti elektronik yang dibuat dari TV untuk komputer kepada kamera elektrik untuk iPads.
d. Ia juga penting dalam bateri, disinfektan, tenaga solar, dan pembersihan air.
e. Perak amat besar digunakan utk produk dan sentiasa berkembang - termasuk kedua-dua kawasan terbesar: Sel photovoltaic digunakan dalam telefon pintar (1.6 bilion telefon bimbit telah dijual tahun lepas)
Sebenarnya logam Emas mempunyai 5x lebih daripada perak dalam bekalan atas tanah.
Ia masuk akal apabila anda berfikir tentang ... perkara tersebut kerana
a. 90% daripada emas yang pernah dilombong telah disimpan,spt simpanan di bank, individu spt aku yg menyimpan emas dan juga sbg barang kemas...
b. Tetapi 90% daripada semua perak yang pernah dilombong telah digunakan untuk tujuan industri.
c. Pada kadar semasa penggunaan, semua rizab perak yang dikenali d dunia akan berkurangan dalam 29 tahun.
d. Dan jika yang tidak cukup untuk menaikkan bulu di leher anda, maka beban ini ... Jika seluruh dunia bermula ttg kesedaran akan logam perak tempoh masa harga silver meletup memakan hanya separuh pada kadar Amerika Syarikat, ia akan hilang dalam tempoh lapan tahun.
Sebagai bahawa pendekatan tarikh, run-perak beberapa tahun yang lalu akan kelihatan seperti blip sejurus pendek hanya pada skrin radar. Lonjakan perak akan datang akan memberi pelabur peluang untuk membuat pembunuhan.
Ini adalah satu peluang yang luar biasa anda tidak akan mahu terlepas untuk ...
Malah, saya ingin mengatakan bahawa dalam tempoh lima tahun, semua perkara-perkara ini - emas, perak, dan platinum - akan menjadi lebih tinggi nilai daripada mereka pada hari ini.....
Beberapa penganalisis matawang memanggil emas mencecah $ 5.000 auns ... dan perak $ 200 satu auns.huhuhu....anda pikirlah sendiri kalo korang dah ade simpan silver 1 kilo...agak2 berapa ya dlm RM ??? hehehe...

Monday 23 April 2012

4 KOLEKSI 10 DIRHAM TERHEBAT !!!!!


Assalammualaikum WMT dan salam sejahtera buat pengunjung blog PKE...

semoga kalian sihat hendaknya...

Just nak share sikit, tentang berkenaan logam yg bernilai buat tatapan rakan2... Untuk posting kali ini, aku ingin berkongsi tentang logam perak/ silver atau dirham...cuma posting aku kali ini adelah BEBERAPA KOLEKSI 10 DIRHAM...

Bagi yang pertama kali tahu tentang dirham ia adelah sejenis logam perak yg berbentuk syiling yang mana berat bagi setiap 1 Dirham bersamaan 2.975gram ( 1 Dirham = 2.975gram).

Maka itu, sekiranya 10 Dirham beratnya adelah 29.75gram ( 1 dirham = 2.975gram X 10 Dirham = 29.75gram). Disini aku sertakan beberapa koleksi 10 Dirham buat tatapan rakan2 sekalian..yang mana bolih menambahkan maklumat dan juga informasi berkenaan 10 Dirham yang terdapat di negara kita

1) 10 DIRHAM KERAJAAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
permukaan depan
muka belakang

2)10 DIRHAM KERAJAAN PERAK DARUL RIDZUAN
permukaan depan
muka belakang

3) 10 DIRHAM PUBLIC GOLD
muka depan
muka belakang

4) 1 WORLD 10 DIRHAM

permukaan depan
muka belakang

Ini adelah sebahagian koleksi 10 Dirham PKE yg mana bolih menambahkan maklumat rakan2 ttg 10 Dirham yg sedia ade di negara kita... Setiap 10 dirham mempunyai pengaruh kelebihan dr segi penerimaan jual beli, rare atau limited edition yg dikeluarkan kerajaan negeri, begitu juga dr sudut harga per RM yang mana setiap 10 Dirham berbeza dari rega... Apapapun sebagai koleksi harga maybe bolih ditolak ketepi disebabkan 'rare'

Sudahkah rakan2 mempunyai simpanan 10 Dirham ??? simpan 10 dirham pun berbaloi juga..selain dr menyimpan emas...sbb masih murah dan berbaloi2 utk disimpan


Wednesday 4 April 2012

BERUNTUNGNYA SIAPA MENYIMPAN EMAS 85GRAM !!!!!

Assalammua'laikum WMT dan salam sejahtera buat rakan2 pengunjung blog setia ini...

Just nak share sikit ttg tajuk posting di atas... bukan apa..sekadar membuka minda dan kesedaran betapa pentingnya membeli dan menyimpan emas sebagai aset kehidupan anda sekarang....

Kekadang aku terpikir jugak...kenapa lah ramai sangat orang kita beriya2 menyimpan duit (fiat money) dari gaji yang diterima sebulan untuk di simpan ke dalam akaun institusi kewangan spt tabung haji, ASB dan bank2 yang lain...padahal ade jalan yang terbaik untuk mengelakkan nilai ringgit kita simpan di bank akan susust nilai akibat inflasi....kalo simpan di bank2 dan institusi kewangan... rata2 kebanyakkan memberi pulangan pun bawah 10%...
Mungkin minda kebanyakkan orang kita telah di asuh sejak kecil bahawa duit adalah wang kertas...spt mana kita dengar orang tua2 cakap " along....simpan duit belanja yang tak habis ni dalam tabung ya...."... itulah pesanan yang acapkali kita dengar pesanan orang tua2 kepada kita sejak kecil lagi....

itulah lumrah bagi kebanyakkan orang kita yang berpesan menyuruh anak2 mereka berjimat2 dgn menyimpan di dalam tabung...tak kiralah tabung ayam ke...tabung berbentuk bangunan tabung haji ke.... tabung buluh ke....tapi last2...bila dah ponuh tabung tu....dibawanya ke bank untuk disimpan ke dalam akaun bank anak2...begitulah rutin tahunan atau setengah tahun bila dah ponuh je tabung terus bawa tabung tu ke bank untuk disimpan...yang mana bila anak dah besar nanti cukup 18tahun bolih keluar kan duit tersebut utk tujuan pembelanjaran anak ke universiti atau istitut pengajian tinggi....Bagi aku....tak salah kan orang tua atau ibubapa mereka juga....mungkin mereka tidak tahu akan nasib wang mereka yang disimpan lama2 dalam bank...mungkin peranan media massa juga yang saban hari keluar di tv, akhbar2 mahupun di radio2 juga membantu minda mereka tentang kebaikan menyimpan wang di bank atau istitusi kewangan sbb selamat... mudah.... dilindungi PIDM.. dan sebagainya....itulah saban hari kita tengok dan dengar di media massa....
tetapi......

Tahukah kita ????? sebenarnya ringgit atau duit yg kita simpan di dalam bank setiap tahun terus menyusut....maksud aku senang ceta kalo dulu RM 1 ringgit tahun 2000 bolih beli 5 kpg kueh karipap sptmana posting aku sblm ini...tetapi nilai wang RM 1 ringgit hari ini hanya bolih mampu beli kueh karipap 2 kpg aje....mana dia 3 kpg ???? ya..... itulah dinamakan inflasi atau bahase kasar wang yang kita simpan 1 ringgit telah menyusut atau dirompak.... itulah hakikat sebenarnya..... dan jangan kawan2 tak percaya 10 tahun akan datang nilai 1 biji kueh karipap maybe 1 kpg aje... dan 20 tahun lagi maybe 1kpg kueh karipap rega RM 2 ringgit....itulah bahananya....

Jadi kalo simpan wang di bank memang alamatnya teruklah kita dikikis inflasi dan memang tidak cukup lah bila mana anak yang kita sayang simpan duit di bank utk pembelanjaran anak nak masuk universiti tidak akan cukup, stlh umo anak menginjak 18 tahun nanti....sbb nak masuk U pun nilai makin tinggi... atau sesiapa yg berhajat nak pegi haji... memang tidak cukup disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi ( bukan kos sara hidup yang tinggi...tetapi nilai wang kertas ringgit jatuh)

Justeru itu, alhamdulillah dewasa kini ramai orang yang sedar dan aku sendiri juga telah tersedar dari lamunan tentang permainan dunia ekonomi ini...terima kasih pada rakan2 yang online dan offline ttg kebaikan menyimpan emas dan perak ini...ade baiknya ledakan teknologi maklumat zaman skrg..spt mana facebook, twiter, blog2 yang mana segala ilmu bolih diperolehi dgn hujung jari....untunglah siapa mengambil peluang mencari ilmu dgn menggunakan kemudahan teknologi ini...

jadi posting di atas bersangkutan dengan Jawatankuasa Fatwa NS telah menetapkan nisab zakat di N9 bagi tahun 2012/1433H adalah RM 12,930.00 bersandarkan dari berat emas 85gram....yang mana tahun 2011/1432H posting aku sblm ini telah memaklumkan bahawa nisab tahun 2011 zakat RM 10,670.00... maknanya sesiapa yang membeli dan menyimpan emas 85gram tahun dulu RM 10,670.00... jadi emas 85gram sekarang dah jadi RM 12,960.00.. kenaikan sebanyak RM 2,290.00 atau dari segi peratus 21.46%....huhuhuh..kalah dividen ASB dan tabung haji kan ?????

itu tahun 2011..kalo di ambil kira tahun 2008, nisab zakat di N9 baru RM 6,666.60...sekarang ??? RM 12,960.00, kenaikan RM 6,293.40 atau peratus nya 94.40% selama 4 tahun atau purata setahun 23.6%....

Banyak bukan ??? Kalo 100 gram ??? kalo setengah kilo ????...kalo sekilo ???? ahhhh....kawan2 lah tolong jawab ya....jadi knp maseh belum bertindak lagi....??? selain dapat menyimpan aset dalam bentuk emas sebanyak 85gram pun...secara tidak langsung dengan menyimpan emas kita telah dapat mengeluarkan zakat emas....Alhamdulillah....syukur....sempurna rukun Islam aku.....jadi anda pun dapat pahala atas pembayaran zakat emas yang ditunaikan...Untung dunia.....Untung akhirat...

Petikan Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 Disember 2011

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.....”


oklah setakat ini saja yg aku coretkan buat tatapan....semoga yg baik bolih lah dijadikan panduan...mana yang tak elok...mohon dimaafi.....semoga ketemu lagi di lain posting....:-)


sumber nisab zakat n9 : laman web Pusat Zakat N9

Tuesday 3 April 2012

“1GRAM CINCIN , 1 PELABURAN, 1 KEJAYAAN!”




Assalammmualaikum WMT dan salam sejahtra kpd rakan2 pengunjung blog setia....

Hasrat di hati ingin membeli dan menyimpan emas setiap bulan......Namun akibat rega emas yang sentiasa naik, telah membantutkan hasrat aku dan mungkin kawan2 sekalian berbuat demikian.......

Maklumlah…kita kena faham…ade sebahagian dari kita yang terdiri yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap…ade tanggungngan yang besar......ade yang keja doktor.....ade yang maseh pelajar......ada anak yang ramai, dan sebagainya.......

Jadi lantaran dari itu, aku ingin berkongsi kpd rakan2 sekalian yang mempunyai hasrat di hati utk menyimpan EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA......mulakan dengan membeli 1gram cincin belah rotan yang amat sesuai bg yang tidak mempunyai bajet besar utk menyimpan emas.

pakaging yang menarik dan kemas

Yang saya tertarik ingin dikongsikan kpd kawan2 ialah dgn belian 1gram cincin belah rotan sesuai menyimpan sebahagian gaji kawan2 dalam RM 200 ke bawah bolih memulakan simpanan emas berupa 1gram cincin belah rotan…

Kemudian inkes kalo terdesak pun bolih jugak digadaikan di ar-rahnu sekiranya kawan2 ingin memerlukan wang tunai utk perbelanjaan kecemasan.

1g cincin yang dilaminate...kemas dan cantik..



Jadi kpd kawan2 yang ingin berminat menjadi ahli dan menambahkan pendapatan bolih lah email kpd saya untuk maklumat lanjut tentang program ini yang aku rase amat menarik disertai........

Silakan email : azwanora@gmail.com




Petikan Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 Disember 2011

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia….”

apalagi bertindaklah segera....

Sunday 25 March 2012

EMAS VS MATA WANG MALAYSIA (RM)

Assalamualaikum WMT.....

1-2 tahun kebelakangan ini aku banyak meng'educate' orang perihal 'True Money' which is Gold/Emas dan juga Silver/Perak. Aku mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham. Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang benar dan mana yang tipu.

Dekat bawah aku sediakan satu gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.


(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.


(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama!!!
Faham kan? Dah nampak????

8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai di antara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat sekitar RM 1 juta pada tahun 2012????

Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Kerugian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai.... Kita yang tertipu!!!!.....

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil!!!! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir.....

Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!..
Sekarang anda nampak ???


Harga emas dunia...Graf amat menakutkan bukan ???


Harga Perak dunia......Graf yang juga amat menakutkan bukan ?????

Ramai yang tertanya kenapa harga emas dan perak boleh melambung sebegitu rupa? Aku ada jawapanya. Bukan emas yang mahal!!! bukan perak juga yang mahal... Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu??? Dan jawapan dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas dan perak menjadi begitu. Jangan gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba. Tunggu aku terangkan nanti. (InsyaAllah next entry)

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 gram emas) boleh membeli seekor kambing dan 1 dirham (2.975 gram perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok. Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!

p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000 dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!

p/s: Siapa boleh jawab kepada aku? Kenapa semua ini terjadi????????

Panji-panji hitam di akhir zaman datangnya dari belah timur. =)

SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA


KREDIT INFO : http://carlsamsudin.blogspot.com

Monday 20 February 2012

SEJARAH TENTANG EMAS......TIDAK PERNAH MENIPU !!!!!

Ya....memiliki emas dan perak sebagai aset sebenar harta adalah langkah terbaik bagi menjamin kehidupan masa kini dan akan datang (untuk diwariskan kepada anak cucu).

Selain dapat menunaikan zakat (sekiranya melebihi nisab), memiliki emas dan perak akan dapat menjaga nilai harta berbanding wang kertas yang hanya merupakan INSTRUMEN untuk memanipulasi agenda politik, peperangan, minda dan sebagainya.

Jika kita ikuti kisah-kisah pelarian Vietnam, kita akan merasa terkejut disebabkan mereka lari keluar negara sehelai sepinggan, tetapi di dalam kocek mereka ada bekalan emas,

bukan Vietnamese Dong !!

Mereka tahu matawang mereka tidak laku !

Ditambah pula ketika perang, wang kertas dijadikan bahan propaganda. Mereka cetak agenda-agenda propoganda di atas wang dan ditaburkan beribu-ribu keping dari helikopter.

IANYA HANYA SEKEPING KERTAS !

Itulah dia istilah “helicopter drop”.



Agenda yang sama juga berlaku di Malaysia hari ini, bila pihak pemerintah memberi wang percuma berbillion-billion ringgit untuk memenangi pertandingan populariti. “Malang”nya kaedah hari ini lebih halus, tiada siapa yang terbunuh, tiada yang menderita. Malah kita bergembira dan menyanjung usaha itu. Ini menjadikan kita terus leka di hambakan oleh golongan elit.




Jangan melatah kalau ini berbau politik. Ini bukan maksud saya untuk membuat cerita politik...bukan....sekadar memberi contoh tentang realiti sekarang...buka minda dan fahami tentang sejarah dan fungsi EMAS.....

Tak percaya, cuba tanya pendatang Vietnam yang lari ke negara kita hari ini!!!

keratan akhbar Harian Metro 18 Februari 2012




SEPERTIMANA KATA SOSIALIS NEGARA VIETNAM :

"EMPAYAR BOLIH JATUH....MATAWANG BOLIH BERUBAH...TETAPI EMAS AKAN TERUS BERTAHAN...."

Kredit info : PETIBESI.NET

Wednesday 1 February 2012

DALAM SEJARAH ISLAM....EMAS MERUPAKAN MATAWANG & ASET SIMPANAN YANG BAIK.....

Terbaca artikel di surat kabar Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari 2012 hari Khamis. Penuh dengan ilmu dan bermanfaat tentang RAHSIA EMAS......


(sila klik utk besarkan)


Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
--------------------------------------------------------------------------------


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata:
Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

#Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

#Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

# Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

# Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

# Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

# Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

link utusan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

HANYA DALAM SEBULAN...KIJANG MELOMPAT 6.29%!!!!!



Bulan Januari 2012 baru je berlalu...sekejap je...pejam celik...pejam celik....pejam celik....dahhh sebulan dahhh...terase mase berlalu begitu pantas ... Betullah kata orang " MASA ITU EMAS" !!!!

Dan ia memang berkait lah mase dengan emas....tak caya ???? cuba kalo tengok simpanan kijang emas jika beli di awal Januari 2012 yang berat 1 auns RM 5,283.00.... sehingga 31hb Januari 2012 RM 5,615.00. Dalam mase sebulan je Kijang Emas telah naik sebanyak RM 332.00 @ 6.29% !!!! fuhhh......kalah simpanan dalam bank !!!!!

Dalam mase sebulan je dah untung membeli dan menyimpan kijang emas sebanyak 6.29%....huhuhuhu...sapa nak bagi????.....jadi...sebaiknya kitalah sendiri yang uruskan simpanan kita....kalo nak harap return simpanan ASB dan Tabung haji pun tak bagi keuntungan mcm ini dalam mase sebulan.....

Jadi.....anda bila lagi nak mulakan simpanan emas ???? jangan bertangguh lagi.... kerana MASA ITU EMAS !!!!

Monday 16 January 2012

SAMPAI BILA ANDA TIDAK MAHU MEMBELI & MENYIMPAN EMAS ..????

Hari ini terbaca satu artikel pakar ekonomi di dalam Berita Harian bertarikh 17hb Januari 2012, semoga kita dapat membuka kesedaran mengapa perlu membeli dan menyimpan emas....





Artikel penuh :

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

rujukan sumber : Berita Harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

ALTERNATIF SELAIN KIJANG EMAS.....MAPLE LEAF GOLD COIN.....

Selain syiling kijang emas yang dijual oleh Maybank cawangan tertentu....terdapat juga pilihan penyimpan syiling emas yang lain yang di jual oleh pihak bank selain Maybank iaitu UOB Bank... dan semestinya yang paling hot jualan syiling emasnya adalah maple leaf gold coin...




Yang mana selain saiz spt kijang emas 1 auns, 1/2 auns dan 1/4 auns...syiling maple leaf ade juga dijual bg yang tiada bajet besar utk membelinya bersaiz 1/10 auns(3.105gram) dan 1/20 auns ( 1.555gram) ... yang mana harga sekitar hari ini bawah RM 750.00. Sesuai bagi mereka yg ingin berjinak2 utk merasa aura emas..Yang menariknya emas syiling emas maple leaf ini purity 24 K dan jenis emas 999 dan juga merupakan lega tender yg dikeluarkan oleh kerajaan Canada sptmana Kijang Emas keluaran dr Bank Negara Malaysia..



Untuk melihat harga terkini emas tersebut bolih layari web site UOB spt buriran berikut :

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Monday 2 January 2012

1 TAHUN…KIJANG EMAS MELOMPAT 14.73% !!!!!!

Sedar tak sedar, kita telah memasuki gerbang tahun baru 2012, terase sekejap saja tahun 2011 berlalu. Pejam celik....pejam celik dah masuk tahun baru dan sudah semestinya setiap dari kita mempunyai impian dan target untuk perubahan diri masing – masing.


Hmmmm......bercerita tentang perjalanan tahun 2011 yang lalu, prestasi kijang emas dalam 1 tahun telah melonjak sebanyak 14.73%. Peratusan yang amat baik bagi sesiapa yang mula menternak (membeli dan menyimpan) kijang emas sebagai aset simpanan. Kalo dilihat simpanan kewangan di istitusi kewangan yang purata setahun pun dalam 5 – 8 % setahun.




Penyimpanan kijang emas ini di anggap berbaloi2 selain menyimpan nilai kekayaan dengan menyimpan emas, dan juga sebagai keselamatan inkes berlaku kejatuhan wang kertas.......Sekiranya terdesak untuk menggunakan wang tunai untuk menguruskan perbelanjaan keluarga, aset kijang emas yang kita simpan bolih digadaikan di Ar-Rahnu X- Change atau sebahagian Ar-Rahnu Bank Rakyat dengan dikenakan upah simpan yang berpatutan dan diberi pembiayaan kewangan sebanyak 60 – 70 % atas gadaian kijang emas yang kita buat mengikut harga emas semasa harian.........



Ade sebahagian pembelian kijang emas akan menjual kijang emas apabila cukup sasaran simpanan mereka........Cuma aku tidaklah galakkan menjual......sebab pertama kalo nak beli balik kijang emas dah mahal dah........

teringat aku membeli kijang emas 1 auns baru RM 3,900.00, ½ auns RM 1,950.00 dan ¼ auns 994.00 pada tahun 2010. Bandingkan harga kijang emas tahun 2010 aku beli dulu dengan harga kijang emas sekarang..........jauh beza kan??????


Terpulanglah pada diri individu masing2......bagi aku menyimpan emas adalah lebih baik untuk mengelakkan kalis inflasi yang saban tahun semakin menyusut nilai wang kertas kita…kalo nak guna duit hanya guna gadaian ar-rahnu sahaja...... tak perlu lah menjual balik kijang emas yang di beli.

Selamat tahun baru 2012 buat penternak – penternak kijang emas........Agak -agak berapa ye harga kijang emas nanti pada hujung tahun 2012 ?????