Thursday 23 December 2010

KISAH AKU & 1 GRAM POH KONG......

Salam sahabat2 sekalian...... harap sihat hendaknya......tentu sonyum lebar tgk ASB umukan dividen 8.75% pada tahun ber akhir 2010. tapi........nantilah...nak tunjuk kenaikan emas berapa %....

Ari ni aku nak stori sikit pasal 1 gram Poh Kong... Hehehehe....kenapa ek..??? pastu ade member menyampuk pulak....
Woiiiii bhai.......ko ni tokei poh kong ke .....????? Hehehehe......


Cam nia.......ini aku punya stail lah.....nak beli emas sebagai simpanan mase depan....rega dah makin naik... Kalo Kijang Emas awal tahun aku beli ¼ oz tu baru je RM 995.00, sekarang ni dah jadi RM 1,200.00. ( kenaikan 20.60% dalam setahun). Pastu nak beli lagi emas mcm dah tak mampu je....maklumlah.......aku ni keja gembala kambing.....bukan keja lawyer......

Pastu nak2.... duit yang ada nak beli makan minum lagi, sekolah anak lagi, nak isi minyak keta lagilah.....mmmmmmmm........macam2 lah......Disebabkan duit yang ada makin tiada nilai dari setahun ke setahun......( hehehe .. ..bukan barang naik.....Tapi duit kita dah takde nilai…mcm Negara Zimbawe lah 100 bilion dolar boleh beli 3 biji telur ayam kampong @ Negara Indonesia 1 juta rupiah bolih beli pensel 2B).

Jadi......pendapatan kita yang dibayar pakai $$$$ fiat money kalo simpan kat bank atau institusi kewangan makin lama makin takda nilai......(sebab duit kertas).....kalo bg dividen pun sikit sgt......dulu ade duit 1 sen.....skrg dah takde dah....sbb takda nilai.....dulu seposen bolih mkn minum lagi..... Sekarang seposen bolih beli gula budak2...... Cam tu lah kisah penciptaan wang kertas utk menjadikan kita hamba moden............

Jadi...... Aku nak lock duit gaji aku 10% dari dimamah inflasi.......aku pun beli lah 1 gram Poh Kong.....sebab kodai tu dokat ngan rumah aku..... Pastu aku beli dan simpan nilai duit gaji yang reserve utk simpan dlm bank kepada 1 gram Poh Kong.......janji emas....... Bak kato orang......kito ni jangan ikut orang yang kaye2.......tengok kemampuan diri kita.......biarlah 1g sebulan pun takpa......yang penting slow2.....dan pelan2 kayuh.......Sok2 banyak lah.....


Memang lah nilai sekeping 1 gram mahal lebih mahal dr ¼ oz Kijang Emas.....tapi kalo korang sanggup dan ade duit RM 1,200.00 bolih lah beli terus berbanding mcm aku RM 181.00....kijang yang aku ni dah ade cukup lah kot....Beli 1 gram sebulan pun dah memadai dari tiada langsung.....dan yang penting.....gaji bulanan aku 10% dah simpan dalam bentuk emas......jadilah..........


Ari tu bulan 26/4/2010 beli 1 g Poh Kong RM 156.00. Hari ini dapat gaji 23/12/2010 beli 1 g Poh Kong dah rega RM 181.00. Kenaikan RM 25.00 @ 16.55% dalam mase 8 bulan...hehehe kalah ASB 8.75%. agak2 rega 1 g Poh Kong RM 181.00 ari ni, hujung tahun depan berapa ekkk????......






Semoga mendapat ilmu bermanfaat.............

Thursday 16 December 2010

TERKINI…SILVER MENJADI BURUAN DUNIA....


Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, para analisis menyeru warga dunia agar menggunakan silver. Kesempatan terbaik untuk umat Islam untuk menyimpan dirham/silver / perak.


Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000).


Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? 'Belilah perak!' Nasihat 'Belilah perak!'

Kempen yang bermula sejak 2009 lalu. Salah satu latar belakangnya, tentu saja, adalah krisis kewangan yang terjadi di Amerika akhir 2008 lalu, Akibat runtuhnya kredit perumahan di sana yang memberi kesedaran orang ramai berhubung tentang gelembung ekonomi wang kertas.

Pada tahun 2010 kempennya untuk membeli dan menyimpan perak kembali disuarakan, kali ini oleh Max Keiser, juga seorang pengkritik dan penasihat kewangan.

Bagi kita sebagai orang Muslim, seruan untuk memegang perak ini tentulah sangat tepat dan mudah diikuti, dengan telah beredarnya koin Dirham Kelantan/ DGE dan sebagainya . Secara kesimpulannya dirham mampu menjaga nilainya semakin terbukti, dan dalam keadaan sekarang, bahkan melebihi kemampuan emas. Mengapa? Karena ratio nilai emas dan perak saat ini sangat besar sekitar 1:50, sedangkan dalam waktu yang sangat lama rationya adalah 1:15 (lihat Diagram 2). Ini terjadi sejak akhir tahun 1970an, bahkan pernah mencapai titik terendahnya sampai di bawah 1:90 pada awal 1990an (lihat Diagram 1).



Sekiranya panduan yang kita gunakan merujuk kepada apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, melalui hukum zakat dan sejarah di Madinah saat hukum itu ditetapkan, ratio nilai Dirham:Dinar ini bahkan seharusnya antara 1:10 dan 1:12. Maksudnya harga perak saat ini sangatlah murah.

Inilah saat yang tepat dan baik untuk memperbanyak jumlah Silver/ Dirham /Perak yang ada di masyarakat, dengan cara menukarkannya dengan wang kertas, atau melalui transaksi perdagangan, sedekah, dan pembayaran zakat.

Secara praktikalnya kenaikan nilai tukar Dirham perak dalam setahun terakhir ini memang sangat tinggi, dari RM 13.00 (Agustus 2010) menjadi RM 20.00 (Desember 2010). Maka nilainya naik sebesar 53.84%/tahun atau 4.48%/bulan.



Pada masa akan datang kenaikan harga silver akan terus mencanak naik..dan naik…, bahkan akan lebih besssaarrr lagi peratus kenaikan nilai harga perak, kerana permintaan dan penggunaannya akan jauh lebih besar. Bahkan kenaikan silver ini disokong oleh kempen2 dari pakar seperti Robert Kiyosaki dan Max Keiser di atas. Permintaan logam perak akan membesar dalam waktu dekat ini karena beberapa hal :

1. Sebab perak digunakan untuk berbagai keperluan industri, dan sebahagian besar telah habis. Ini berbeza dengan emas yang stoknya tidak pernah berkurang, kerana hanya digunakan sebagai cadangan kekayaan. Jadi, sensitifitas nilai tukar perak akan sangat tinggi terhadap peningkatan permintaannya.

2. Perak dan emas sama-sama merupakan logam mulia, tetapi harganya jauh lebih murah berbanding emas. Sebagai koin Dirham saat ini dapat diperoleh mulai dari suku, setengah dan 1, 2, 5,10 & 20 dirham serta 1 oz bar dan coin . Ini membuat perak dapat dijangkau oleh semua lapisan masyarakat.

3. Bersama pasangannya Dinar Emas, Dirham perak secara praktis telah berlaku kembali dan digunakan sebagai alat tukar atau matawang. Ini memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak memiliki wang ringgit pun dapat memiliki Dirham perak, melalui jual beli, barang dsb.

4. Dirham merupakan alat pembayar zakat mal, dengan ketentuan Nisab yang lebih rendah dari Dinar, yakni 200 Dirham. Ini memberi kesempatan bagi si kaya untuk memberi kepada si miskin, melalui pembayaran zakat mal, dengan jumlah muzakki yang akan jauh lebih banyak ketimbang muzakki yang memegang Dinar emas. Dan ini bererti peredaran kekayaan akan lebih mudah dan luas terjadi melalui koin Dirham perak.

Lihatlah apa yang terjadi di Amerika Utara baru - baru ini, U.S. Mint, pencetak koin emas dan perak di AS, pengeluaran pertama tahun ini saja telah menjual koin Silver Eagle jauh lebih tinggi berbanding tahun – tahun sebelumnya, lebih dari satu juta koin silver telah dikeluarkan untuk memenuhi permintaan dunia.

Begitu juga Royal Canadian Mint, sepanjang tahun 2009, meningkatkan pengeluaran sehingga 9.7 juta koin Silver Maple Leafs, yang merupakan rekod tertinggi di dunia.


dan untuk membuktikan permintaan silver meningkat di negara kita sebagai contoh pengeluaran 1 dirham kelantan telah kehabisan stok dan sehingga kini ramai yang kecewa kerana tidak dapat memilikinya lagi akibat stok pengeluaran yang telah habis dan pengeluaran yang terhad.... dan dimaklumkan tidak lama lagi kepingan 2 dirham kelantan akan mengikut jejak langkah 1 dirham kelantan yang akan kehabisan stok akibat kesedaran yang telah meningkat bagi rakyat Malaysia yang untuk memilikinya...


Harga 1 dirham kelantan sekarang RM 20.00 berbanding pelancaran pada awal Ramadan 1431H hanya sekitar RM 13.00 iaitu kenaikan sebanyak 53.84% dalam tempoh 5 bulan. Dijangkakan harga silver tahun 2011 akan naik sebanyak 70% iaitu harga mencecah 51 USD . Bermakna 1 dirham akan menjadi RM 35.00 - RM 40.00 pada tahun 2011 nanti.

Semoga mendapat ilmu bermanfaat tentang kelebihan silver/perak/dirham untuk dikongsi bersama.

Kredit info : http://www.wakalanusantara.com/

Wednesday 15 December 2010

AKU DAH SIMPAN EMAS & PERAK....ANDA BILA LAGI ???

Kalo aku cakap memang ade orang tak percaya suruh beli emas dan perak pastu suruh simpan...sebab aku ni orang kampung keja gembala kambing je.....hehehe...

Tapi ini kenyataan pakar ekonomi negara Tun. Dr Mahathir Mohamad...Maseh tidak percaya jugak..????


Sila klik utk besar kan....

Tuesday 7 December 2010

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS 85 GRAM ??? dan SILVER 595 GRAM ???

FORMULA DARI ALLAH SWT UNTUK KITA…

Syariat zakat yang difardhukan pada tahun kedua hijrah, adalah satu manifestasi unggul dalam konteks keseimbangan harta dan kekayaan dalam Islam. Ini kerana, tiada larangan dalam Islam terhadap keinginan kita mengumpulkan harta kekayaan. Sebaliknya, Allah menggalakkan pula, umat Islam mencari rezeki dan kekayaan sepertimana firmanNya :

“Apabila selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing – masing), dan carilah limpah kurniaan Allah,….”

(al – Jumu’ah : ayat 10)

Kekayaan umat Islam Allah SWT telah imbangi dengan ketetapan berzakat. Perintah yang bersifat rukun ini, jika dipatuhi maka akan melahirkan si kaya yang taat dan terpuji akhlaknya.

Persoalannya, siapakah yang menentukan 2.5 % daripada harta kekayaan kita perlu dizakatkan ? Siapakah yang menetapkan nilai 85gram emas sebagai nisab kekayaan umat Islam ?

Begitu juga perak….siapakah yang menetapkan nilai 595gram wajib dikeluarkan 2.5 %..?? Begitu juga tempoh masa (haul) sebagai masa minimum kekayaan umat Islam ?


Semua persoalan di atas, jawapanya Allah SWT yang tetapkan melalui utusanNya baginda Nabi Muhammad SAW, maka digariskan formua demi formula bagi tujuan keseimbangan kita dalam berharta. Formula yang bersifat mapan atau ‘established’ kata orang zaman ini. Ia sesuai sepanjang zaman, setiap keadaan dan di mana jua.





Kadar zakat 2.5 peratus sudah cukup bagi menjamin keberkatan harta. Nilai 2.5 peratus ini zahirnya amat kecil. Jika di dalam kocek kita ada RM 1,000.00, maka nilai zakat kita hanyalah RM 25.00 sahaja. Tetapi nilai yang kecil kelak akan memberikan impak penambahan kepada harta kita. Allah SWT menjamin setiap satu sen yang dizakatkan, akan dibalas dengan nilai tujuh kali ganda, 100 kali ganda bahkan ada yang tidak terhitung lagi nilai gandaannya. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang – orang yang menafkannya hartanya di jalan Allah (zakat, sedekah, dan sebagainya) adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap – tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui.”


( al – Baqarah : 261)


Sekali lagi, bukankah Allah SWT menjamin balasan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Inilah unik dan ajaibnya, formula dari Allah SWT dengan memberi balasan yang berkali – kali ganda. Maka tidak syak lagi, zakat emas dan perak adalah formula ketetapan Allah bagi menjamin kehidupan manusia itu sendiri. Maka beruntunglah bagi mereka yang mengamalkannya formula ini di dalam kehidupan, sedang merugilah mereka yang sering menangguh – nangguhkan amalan.


Mengapa anda perlu membeli emas (85gram) dan perak (595gram) kemudian menyimpannya…???



Mmmmm………persoalan yang mungkin kita sendiri tidak sedari mengapa had minima dikeluarkan zakat…. Padahal ia amat baik untuk kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada ajaran al – Quran dan As- Sunnah. Ini kerana …..apabila kita menyimpan dalam bentuk wang kertas…..ia akan menyebabkan nilai dia susut saban tahun….dan seterusnya kita menjadi hamba moden zaman kini apabila nilai wang kertas kita dirompak setiap hari…

Rompak ??? hehehe….. tu lah……korang tentu marah kan..? apabila korang penat bekerja setiap hari…. pastu dapat bonus setiap tahun….. tetiba duit korang kena rompak…..tak percaya ke ..????? baru – baru ini minyak dah naik, gula dah naik, gas memasak dah naik….alasan subsidi…tetapi bukan itu sebenarnya…. Tetapi nilai wang kertas kita tiada nilai setiap tahun….Tak percaya ….? meh sini tgk jadual di bawah :



sumber info nisab Pusat Zakat N. Sembilan

Kalo korang simpan duit kertas tahun 2003 sebanyak RM 3ribu, korang tahun tersebut kena zakat wang simpanan sebanyak RM 3 ribu x 2.5% = RM 75.00 sahaja, sebab tahun tersebut duit korang RM 3 ribu dah melebihi nisab RM 2,875.87…. Tapi….la ni tahun 2010 korang simpan duit kat bank RM 3ribu dah tak kono zakat wang simpanan sbb nilaian nisab bersandarkan harga emas 85gram dah RM 9,350.00……..maka ade seorang makcik pun kata “Alhamdulillah……..sib baik tak kena zakat…..ish…ish….kenapa macam tu ekkk ???? …mmmm…musykil gak aku ada org jenis macam ni…..hehehe…semoga Allah memberi hidayah kpd nya…amin… Jadi setiap tahun kalo orang Islam simpan wang kertas dalam bank @ institusi kewangan akan tidak dikenakan zakat, sebab jadual atas telah menerangkan...dan maybe tahun 2020, nisab zakat harta RM 30,000.00...maka makin kuranglah orang Islam mengeluarkan zakat harta..Bukan sahaja zakat simpanan sahaja, tetapi mungkin pendapatan, saham, dan perniagaan.


Tetapi sekiranya korang tahun 2003, membeli emas 85g dengan anggaran harga nisab RM 2,875.87 pada tahun tersebut dan membayar zakat emas sebanyak RM 71.89, anda konsisten setiap tahun menunaikan zakat emas malah bayaran zakat emas anda tunaikan setiap tahun meningkat dari setahun ke setahun berdasarkan kenaikan harga emas setiap tahun naik dalam purata setahun 25%. Kena zakat 2.5% aje je...ade untung lagi lah........

tapi aku pelik…orang sanggup simpan kat tabung haji sebab nak pergi haji….diorang kata nak tunaikan rukun Islam kelima…..Jadi…??? zakat ini rukun Islam yang keberapa ekkk..???? anda sendiri tahu jawapannya kan… kalo dulu nak pergi haji RM 8 Ribu….sekarang RM 10 ribu …akan datang ni …aku dengar nak naik lagi ni...…maybe RM 12ribu kot…


Sedarkah anda, dengan menyimpan wang kertas kat bank @ institusi kewangan (ASB,TH)…., tiap – tiap tahun dimamah inflasi (kenaikan harga barang dsb)….tapi kalo korang terbalikkan jadual kat atas dengan membeli dan menyimpan dalam bentuk emas 85gram tahun 2003, pada mase tersebut dengan nilaian dia RM 2,875.87, maka tahun ini 2010, nilai dia dah jadi RM 9,350.00. Kenaikan sebanyak RM 6,474.13 atau peratus kenaikan sebanyak 225.11% selama 8 tahun, atau secara purata kenaikan dia 28.13%......Wow……banyak naik tu…hehehe kalah simpanan ASB dan Tabung Haji… jadi nampak tak..????


Sehubungan dengan itu, aku mohon kepada kekawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku ini, marilah kita membeli dan meyimpan emas sebanyak 85gram* serta membeli dan menyimpan silver 595gram* (* tapi kalo lebih 85g @ 595g….. bagus jugak…sebab dapat tunaikan zakat emas dan perak lebih…). Sebab…??? Harga emas dan silver ini murah lagi pada tahun ini, berbanding tahun depan dan 2 tahun lagi… Tak percaya lagi…..??? terpulang lah ….jadual di atas mengambarkan kenaikan harga emas, anda ada mata, lihat dengan mata hati…..dan ada otak fahami dan fikirkan maksud tersurat dari kandungan Quran dan Sunnah…….



Alhamdulillah ...aku dah bayar zakat emas..ni nak tunggu bayar zakat perak pulak...

Selain kita kaya di dunia dengan aset emas dan silver yang kita ada….secara tak langsung kita sebenarnya dapat membantu insan – insan yang memerlukan dengan berzakat emas dan perak yang kita tunaikan… seterusnya menambah saham akhirat kita kelak nanti dan Allah SWT akan memberi ganjaran di dunia sepertimana firman yang telah dinyatakan atas tadi tanpa kita sedari….

Idea penciptaan wang kertas ini adalah dari yahudi yang mana dengan menyimpan wang kertas selamanya akan anda tidak dikenakan zakat wang simpanan, malah lebih teruk lagi anda mungkin pada masa hadapan tidak dapat tunaikan haji akibat kenaikan kos menunaikan haji saban tahun…

Semoga dapat ilmu bermanfaat dan terus amalkan……

Salam Maal Hijrah......Berubahlah dari menyimpan wang kertas....kepada menyimpan emas dan perak...sebelum terlambat....