Sunday 6 December 2009

BELI HARGA EMAS TINGGI BUAT ANDA RUGI ???

Salam sahabat emas…..Susah untuk kita mengerti kenaikkan dan kejatuhan harga emas.Memang kita semua dapat membuat kajian kenaikkan dan kejatuhan harga emas berpandukan pada faktor-faktor, namun tidak semestinya tepat.


Sebagai contoh minggu lepas saya “lock” harga emas 20 gram dengan nilai emas RM2908 kerana mengjangka harga emas tidak akan turun tapi jangkaan meleset.Bila tengok harga hari ini RM2793 ( ketika artikel ini ditulis ) .

Wahhhh saya dah rugi……betul ke saya dah rugi ?Jika dilihat dengan pandanga kasar memang saya rugi RM115.Hakikatnya , kita hanya rugi RM115 dalam masa beberapa hari/ seminggu atau sebulan tetapi kita tidak rugi untuk jangka masa yang panjang ( 3 bulan , 6 bulan , 1 tahun , 2 tahun dan seterusnya ) kerana harga emas akan meningkat saban tahun , sebagai contoh carta kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun .

Kita harus faham , emas bukan pelaburan jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang ( kalau kena caranya , pendek pun boleh jadi untung).

Penurunan harga sekarang hanyanya untuk pembetulan sahaja dan tidak lama. selepas itu, harga akan naik kembali.

No comments:

Post a Comment