Thursday 8 September 2011

COINS SILVER DI SEBUT DALAM SURAH AL-KAHFI ????




Assalammualaikum WMT....dan salam sejahtera buat rakan2 penggemar dan penyimpan perak…Dikesempatan ini dalam bulan Syawal lagi aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan memohon seribu kemaafan andai ade salah dan silap tanpa aku sedari sejak berkecimpung dalam dunia 2 logam iaitu emas dan perak...


Bersempena hari Jumaat ini, aku ingin berkongsi tazkirah buat rakan2 penyimpan perak atau silver yang mana aku lihat kesedaran membeli dan menyimpan perak makin ramai.....apapun tahniah aku ucapakn buat rakan2 yg dah mula membeli dan menyimpan silver sbg salah satu aset simpanan korang selain emas....tak kiralah dlm bentuk nugget(butiran halus), dirham, jongkong @ bar dan juga syiling @ coins. Jangan dalam bentuk paper silver sudah.....sbb menyimpan dalam bentuk paper silver seolah2 belum memiliki fizikal silver sebenar.....kalo tak percaya try tanya member2 dan rakan2 yg dah pegang fizikal silver.....aura dia pun lain macam jugak....


Berbalik kepada artikel, ingin saya kongsikan kpd rakan2 sekalian.....Salah satu amalan yang disukai dan disuruh amalkan oleh Rasulullah SAW pada hari Jumaat ialah membaca dan memahami surah al-Kahfi. Yang mana banyak keistimewaan dan rahmat bagi yang membacanya dan melihat maksud2 terjemahan. Di antaranya ialah :

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)


Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)


Di dalam surah al-Kahfi banyak disebut tentang kaitan2 dunia akhir zaman yang mana Nabi SAW sarankan kpd umatnya yang hidup di akhir zaman membaca dan amalkan sebagai persediaan menghadapi fitnah dajjal. Aku takdelah nak sentuh bab2 lain. Sebab aku pun kurang arif dan banyak perlu belajar dgn tok2 guru yang arif relite keadaan semasa dgn panduan dlm surah al-Kahfi.


Cuma aku ingin berkongsi info di antara salah ayat yang terkandung di dalam surah tersebut ialah tentang penggunaan syiling perak oleh 7 pemuda al-kahfi setelah terlena dalam gua beberapa ratus untuk membeli barangan keperluan di pasar.sepertimana ayat 19 yang bermaksud :


Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang diantara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Rabb kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa syiling perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.


Semoga info serba ringkas ini dapatlah kita memahami dan menghayati maksud terjemahan ini sbg panduan kita dalam menjalani kehidupan dunia akhir zaman. Sesungguhnya Quran dan Hadis merupakan rujukan utama orang Islam sbg panduan dalam menjalani kehidupan masa kini.