Thursday 19 November 2009

MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA


Sempena hari Jumaat ini, disini saya ingin menyampaikan tazkirah sikit tentang MAGNET REZEKI DENGAN mengerjakan SOLAT SUNAT DUHA.

Semua orang hendak menjadi kaya.

Semua orang hendak hidup senang dan bahagia

Namun ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia. Kaya wang dan emas tetapi miskin jiwa. Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah. Apakah ada cara untuk menjadi kaya dan pada masa membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di akhirat sana ? Apakah ada cara bagi membuka pintu rezeki yang berkat seluas – luasnya ?

Magnet Rezeki dengan Solat Duha ada jawapannya. Ia membongkar rahsia memperolehi rezeki yang melimpah – ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti – bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duha yang beristiqamah( berterusan buat jangan sehari pun tinggal,). Sesiapa sahaja mampu memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

Justeru itu, saya mengingati diri saya dan rerakan sekalian, marilah kita bersama – sama mengerjakan solat sunat duha ini. Semoga kita dapat menghayati dan menerokai kehebatan mukjizat – mukjizat ajaib yang ada di sebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat .

“Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa – dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan”.
(Ibnu Majah dan Tirmizi yang diriwayatkan Abu Hurairah)


“Sesiapa mengerjakan solat duha dua rakaat, maka Allah menghadiahkan kepadanya sebuah istana daripada emas dalam syurga”.
( Ibnu Majah dan Tirmizi yang diriwayatkan Anas bin Malik)

“ Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan."
(Tirmizi)

No comments:

Post a Comment