Monday 23 April 2012

4 KOLEKSI 10 DIRHAM TERHEBAT !!!!!


Assalammualaikum WMT dan salam sejahtera buat pengunjung blog PKE...

semoga kalian sihat hendaknya...

Just nak share sikit, tentang berkenaan logam yg bernilai buat tatapan rakan2... Untuk posting kali ini, aku ingin berkongsi tentang logam perak/ silver atau dirham...cuma posting aku kali ini adelah BEBERAPA KOLEKSI 10 DIRHAM...

Bagi yang pertama kali tahu tentang dirham ia adelah sejenis logam perak yg berbentuk syiling yang mana berat bagi setiap 1 Dirham bersamaan 2.975gram ( 1 Dirham = 2.975gram).

Maka itu, sekiranya 10 Dirham beratnya adelah 29.75gram ( 1 dirham = 2.975gram X 10 Dirham = 29.75gram). Disini aku sertakan beberapa koleksi 10 Dirham buat tatapan rakan2 sekalian..yang mana bolih menambahkan maklumat dan juga informasi berkenaan 10 Dirham yang terdapat di negara kita

1) 10 DIRHAM KERAJAAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
permukaan depan
muka belakang

2)10 DIRHAM KERAJAAN PERAK DARUL RIDZUAN
permukaan depan
muka belakang

3) 10 DIRHAM PUBLIC GOLD
muka depan
muka belakang

4) 1 WORLD 10 DIRHAM

permukaan depan
muka belakang

Ini adelah sebahagian koleksi 10 Dirham PKE yg mana bolih menambahkan maklumat rakan2 ttg 10 Dirham yg sedia ade di negara kita... Setiap 10 dirham mempunyai pengaruh kelebihan dr segi penerimaan jual beli, rare atau limited edition yg dikeluarkan kerajaan negeri, begitu juga dr sudut harga per RM yang mana setiap 10 Dirham berbeza dari rega... Apapapun sebagai koleksi harga maybe bolih ditolak ketepi disebabkan 'rare'

Sudahkah rakan2 mempunyai simpanan 10 Dirham ??? simpan 10 dirham pun berbaloi juga..selain dr menyimpan emas...sbb masih murah dan berbaloi2 utk disimpan


Wednesday 4 April 2012

BERUNTUNGNYA SIAPA MENYIMPAN EMAS 85GRAM !!!!!

Assalammua'laikum WMT dan salam sejahtera buat rakan2 pengunjung blog setia ini...

Just nak share sikit ttg tajuk posting di atas... bukan apa..sekadar membuka minda dan kesedaran betapa pentingnya membeli dan menyimpan emas sebagai aset kehidupan anda sekarang....

Kekadang aku terpikir jugak...kenapa lah ramai sangat orang kita beriya2 menyimpan duit (fiat money) dari gaji yang diterima sebulan untuk di simpan ke dalam akaun institusi kewangan spt tabung haji, ASB dan bank2 yang lain...padahal ade jalan yang terbaik untuk mengelakkan nilai ringgit kita simpan di bank akan susust nilai akibat inflasi....kalo simpan di bank2 dan institusi kewangan... rata2 kebanyakkan memberi pulangan pun bawah 10%...
Mungkin minda kebanyakkan orang kita telah di asuh sejak kecil bahawa duit adalah wang kertas...spt mana kita dengar orang tua2 cakap " along....simpan duit belanja yang tak habis ni dalam tabung ya...."... itulah pesanan yang acapkali kita dengar pesanan orang tua2 kepada kita sejak kecil lagi....

itulah lumrah bagi kebanyakkan orang kita yang berpesan menyuruh anak2 mereka berjimat2 dgn menyimpan di dalam tabung...tak kiralah tabung ayam ke...tabung berbentuk bangunan tabung haji ke.... tabung buluh ke....tapi last2...bila dah ponuh tabung tu....dibawanya ke bank untuk disimpan ke dalam akaun bank anak2...begitulah rutin tahunan atau setengah tahun bila dah ponuh je tabung terus bawa tabung tu ke bank untuk disimpan...yang mana bila anak dah besar nanti cukup 18tahun bolih keluar kan duit tersebut utk tujuan pembelanjaran anak ke universiti atau istitut pengajian tinggi....Bagi aku....tak salah kan orang tua atau ibubapa mereka juga....mungkin mereka tidak tahu akan nasib wang mereka yang disimpan lama2 dalam bank...mungkin peranan media massa juga yang saban hari keluar di tv, akhbar2 mahupun di radio2 juga membantu minda mereka tentang kebaikan menyimpan wang di bank atau istitusi kewangan sbb selamat... mudah.... dilindungi PIDM.. dan sebagainya....itulah saban hari kita tengok dan dengar di media massa....
tetapi......

Tahukah kita ????? sebenarnya ringgit atau duit yg kita simpan di dalam bank setiap tahun terus menyusut....maksud aku senang ceta kalo dulu RM 1 ringgit tahun 2000 bolih beli 5 kpg kueh karipap sptmana posting aku sblm ini...tetapi nilai wang RM 1 ringgit hari ini hanya bolih mampu beli kueh karipap 2 kpg aje....mana dia 3 kpg ???? ya..... itulah dinamakan inflasi atau bahase kasar wang yang kita simpan 1 ringgit telah menyusut atau dirompak.... itulah hakikat sebenarnya..... dan jangan kawan2 tak percaya 10 tahun akan datang nilai 1 biji kueh karipap maybe 1 kpg aje... dan 20 tahun lagi maybe 1kpg kueh karipap rega RM 2 ringgit....itulah bahananya....

Jadi kalo simpan wang di bank memang alamatnya teruklah kita dikikis inflasi dan memang tidak cukup lah bila mana anak yang kita sayang simpan duit di bank utk pembelanjaran anak nak masuk universiti tidak akan cukup, stlh umo anak menginjak 18 tahun nanti....sbb nak masuk U pun nilai makin tinggi... atau sesiapa yg berhajat nak pegi haji... memang tidak cukup disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi ( bukan kos sara hidup yang tinggi...tetapi nilai wang kertas ringgit jatuh)

Justeru itu, alhamdulillah dewasa kini ramai orang yang sedar dan aku sendiri juga telah tersedar dari lamunan tentang permainan dunia ekonomi ini...terima kasih pada rakan2 yang online dan offline ttg kebaikan menyimpan emas dan perak ini...ade baiknya ledakan teknologi maklumat zaman skrg..spt mana facebook, twiter, blog2 yang mana segala ilmu bolih diperolehi dgn hujung jari....untunglah siapa mengambil peluang mencari ilmu dgn menggunakan kemudahan teknologi ini...

jadi posting di atas bersangkutan dengan Jawatankuasa Fatwa NS telah menetapkan nisab zakat di N9 bagi tahun 2012/1433H adalah RM 12,930.00 bersandarkan dari berat emas 85gram....yang mana tahun 2011/1432H posting aku sblm ini telah memaklumkan bahawa nisab tahun 2011 zakat RM 10,670.00... maknanya sesiapa yang membeli dan menyimpan emas 85gram tahun dulu RM 10,670.00... jadi emas 85gram sekarang dah jadi RM 12,960.00.. kenaikan sebanyak RM 2,290.00 atau dari segi peratus 21.46%....huhuhuh..kalah dividen ASB dan tabung haji kan ?????

itu tahun 2011..kalo di ambil kira tahun 2008, nisab zakat di N9 baru RM 6,666.60...sekarang ??? RM 12,960.00, kenaikan RM 6,293.40 atau peratus nya 94.40% selama 4 tahun atau purata setahun 23.6%....

Banyak bukan ??? Kalo 100 gram ??? kalo setengah kilo ????...kalo sekilo ???? ahhhh....kawan2 lah tolong jawab ya....jadi knp maseh belum bertindak lagi....??? selain dapat menyimpan aset dalam bentuk emas sebanyak 85gram pun...secara tidak langsung dengan menyimpan emas kita telah dapat mengeluarkan zakat emas....Alhamdulillah....syukur....sempurna rukun Islam aku.....jadi anda pun dapat pahala atas pembayaran zakat emas yang ditunaikan...Untung dunia.....Untung akhirat...

Petikan Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 Disember 2011

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.....”


oklah setakat ini saja yg aku coretkan buat tatapan....semoga yg baik bolih lah dijadikan panduan...mana yang tak elok...mohon dimaafi.....semoga ketemu lagi di lain posting....:-)


sumber nisab zakat n9 : laman web Pusat Zakat N9

Tuesday 3 April 2012

“1GRAM CINCIN , 1 PELABURAN, 1 KEJAYAAN!”




Assalammmualaikum WMT dan salam sejahtra kpd rakan2 pengunjung blog setia....

Hasrat di hati ingin membeli dan menyimpan emas setiap bulan......Namun akibat rega emas yang sentiasa naik, telah membantutkan hasrat aku dan mungkin kawan2 sekalian berbuat demikian.......

Maklumlah…kita kena faham…ade sebahagian dari kita yang terdiri yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap…ade tanggungngan yang besar......ade yang keja doktor.....ade yang maseh pelajar......ada anak yang ramai, dan sebagainya.......

Jadi lantaran dari itu, aku ingin berkongsi kpd rakan2 sekalian yang mempunyai hasrat di hati utk menyimpan EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA......mulakan dengan membeli 1gram cincin belah rotan yang amat sesuai bg yang tidak mempunyai bajet besar utk menyimpan emas.

pakaging yang menarik dan kemas

Yang saya tertarik ingin dikongsikan kpd kawan2 ialah dgn belian 1gram cincin belah rotan sesuai menyimpan sebahagian gaji kawan2 dalam RM 200 ke bawah bolih memulakan simpanan emas berupa 1gram cincin belah rotan…

Kemudian inkes kalo terdesak pun bolih jugak digadaikan di ar-rahnu sekiranya kawan2 ingin memerlukan wang tunai utk perbelanjaan kecemasan.

1g cincin yang dilaminate...kemas dan cantik..



Jadi kpd kawan2 yang ingin berminat menjadi ahli dan menambahkan pendapatan bolih lah email kpd saya untuk maklumat lanjut tentang program ini yang aku rase amat menarik disertai........

Silakan email : azwanora@gmail.com




Petikan Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 Disember 2011

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia….”

apalagi bertindaklah segera....