Wednesday 28 October 2009

~TRANFORMASILAH~

Sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Sememangnya emas, wang atau apa sahaja yang ada di dunia ini tidak kekal. Akhirnya destinasi kita hanya kepada Allah s.w.t. dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat sama ada amalan soleh atau amalan toleh.

Transformasi...

Wang kertas hanyalah kertas biasa yang diperakukan oleh pemerintah untuk digunakan sebagai alat pertukaran urusniaga semasa. Kerana itulah di setiap wang dicetak 'Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai'. Apabila sampai suatu masa, maka pemerintah berhak untuk tidak lagi memperakukan nilai tersebut.




Tetapi untuk memelihara kekayaan yang sebenar, kita harus menjadi bijak agar kekayaan yang dimiliki tidak dimanipulasi oleh keadaan semasa dan dimamah inflasi. Antara cara yang dapat dilakukan ialah dengan menukar wang yang ada menjadi emas. Saya sendiri melakukannya kerana emas ialah antara logam bumi yang diterima dan diiktiraf di seluruh dunia sejak zaman-berzaman.
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan).
Kredit info : putraemas

No comments:

Post a Comment