Thursday 23 December 2010

KISAH AKU & 1 GRAM POH KONG......

Salam sahabat2 sekalian...... harap sihat hendaknya......tentu sonyum lebar tgk ASB umukan dividen 8.75% pada tahun ber akhir 2010. tapi........nantilah...nak tunjuk kenaikan emas berapa %....

Ari ni aku nak stori sikit pasal 1 gram Poh Kong... Hehehehe....kenapa ek..??? pastu ade member menyampuk pulak....
Woiiiii bhai.......ko ni tokei poh kong ke .....????? Hehehehe......


Cam nia.......ini aku punya stail lah.....nak beli emas sebagai simpanan mase depan....rega dah makin naik... Kalo Kijang Emas awal tahun aku beli ¼ oz tu baru je RM 995.00, sekarang ni dah jadi RM 1,200.00. ( kenaikan 20.60% dalam setahun). Pastu nak beli lagi emas mcm dah tak mampu je....maklumlah.......aku ni keja gembala kambing.....bukan keja lawyer......

Pastu nak2.... duit yang ada nak beli makan minum lagi, sekolah anak lagi, nak isi minyak keta lagilah.....mmmmmmmm........macam2 lah......Disebabkan duit yang ada makin tiada nilai dari setahun ke setahun......( hehehe .. ..bukan barang naik.....Tapi duit kita dah takde nilai…mcm Negara Zimbawe lah 100 bilion dolar boleh beli 3 biji telur ayam kampong @ Negara Indonesia 1 juta rupiah bolih beli pensel 2B).

Jadi......pendapatan kita yang dibayar pakai $$$$ fiat money kalo simpan kat bank atau institusi kewangan makin lama makin takda nilai......(sebab duit kertas).....kalo bg dividen pun sikit sgt......dulu ade duit 1 sen.....skrg dah takde dah....sbb takda nilai.....dulu seposen bolih mkn minum lagi..... Sekarang seposen bolih beli gula budak2...... Cam tu lah kisah penciptaan wang kertas utk menjadikan kita hamba moden............

Jadi...... Aku nak lock duit gaji aku 10% dari dimamah inflasi.......aku pun beli lah 1 gram Poh Kong.....sebab kodai tu dokat ngan rumah aku..... Pastu aku beli dan simpan nilai duit gaji yang reserve utk simpan dlm bank kepada 1 gram Poh Kong.......janji emas....... Bak kato orang......kito ni jangan ikut orang yang kaye2.......tengok kemampuan diri kita.......biarlah 1g sebulan pun takpa......yang penting slow2.....dan pelan2 kayuh.......Sok2 banyak lah.....


Memang lah nilai sekeping 1 gram mahal lebih mahal dr ¼ oz Kijang Emas.....tapi kalo korang sanggup dan ade duit RM 1,200.00 bolih lah beli terus berbanding mcm aku RM 181.00....kijang yang aku ni dah ade cukup lah kot....Beli 1 gram sebulan pun dah memadai dari tiada langsung.....dan yang penting.....gaji bulanan aku 10% dah simpan dalam bentuk emas......jadilah..........


Ari tu bulan 26/4/2010 beli 1 g Poh Kong RM 156.00. Hari ini dapat gaji 23/12/2010 beli 1 g Poh Kong dah rega RM 181.00. Kenaikan RM 25.00 @ 16.55% dalam mase 8 bulan...hehehe kalah ASB 8.75%. agak2 rega 1 g Poh Kong RM 181.00 ari ni, hujung tahun depan berapa ekkk????......






Semoga mendapat ilmu bermanfaat.............

Thursday 16 December 2010

TERKINI…SILVER MENJADI BURUAN DUNIA....


Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, para analisis menyeru warga dunia agar menggunakan silver. Kesempatan terbaik untuk umat Islam untuk menyimpan dirham/silver / perak.


Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000).


Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? 'Belilah perak!' Nasihat 'Belilah perak!'

Kempen yang bermula sejak 2009 lalu. Salah satu latar belakangnya, tentu saja, adalah krisis kewangan yang terjadi di Amerika akhir 2008 lalu, Akibat runtuhnya kredit perumahan di sana yang memberi kesedaran orang ramai berhubung tentang gelembung ekonomi wang kertas.

Pada tahun 2010 kempennya untuk membeli dan menyimpan perak kembali disuarakan, kali ini oleh Max Keiser, juga seorang pengkritik dan penasihat kewangan.

Bagi kita sebagai orang Muslim, seruan untuk memegang perak ini tentulah sangat tepat dan mudah diikuti, dengan telah beredarnya koin Dirham Kelantan/ DGE dan sebagainya . Secara kesimpulannya dirham mampu menjaga nilainya semakin terbukti, dan dalam keadaan sekarang, bahkan melebihi kemampuan emas. Mengapa? Karena ratio nilai emas dan perak saat ini sangat besar sekitar 1:50, sedangkan dalam waktu yang sangat lama rationya adalah 1:15 (lihat Diagram 2). Ini terjadi sejak akhir tahun 1970an, bahkan pernah mencapai titik terendahnya sampai di bawah 1:90 pada awal 1990an (lihat Diagram 1).



Sekiranya panduan yang kita gunakan merujuk kepada apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, melalui hukum zakat dan sejarah di Madinah saat hukum itu ditetapkan, ratio nilai Dirham:Dinar ini bahkan seharusnya antara 1:10 dan 1:12. Maksudnya harga perak saat ini sangatlah murah.

Inilah saat yang tepat dan baik untuk memperbanyak jumlah Silver/ Dirham /Perak yang ada di masyarakat, dengan cara menukarkannya dengan wang kertas, atau melalui transaksi perdagangan, sedekah, dan pembayaran zakat.

Secara praktikalnya kenaikan nilai tukar Dirham perak dalam setahun terakhir ini memang sangat tinggi, dari RM 13.00 (Agustus 2010) menjadi RM 20.00 (Desember 2010). Maka nilainya naik sebesar 53.84%/tahun atau 4.48%/bulan.



Pada masa akan datang kenaikan harga silver akan terus mencanak naik..dan naik…, bahkan akan lebih besssaarrr lagi peratus kenaikan nilai harga perak, kerana permintaan dan penggunaannya akan jauh lebih besar. Bahkan kenaikan silver ini disokong oleh kempen2 dari pakar seperti Robert Kiyosaki dan Max Keiser di atas. Permintaan logam perak akan membesar dalam waktu dekat ini karena beberapa hal :

1. Sebab perak digunakan untuk berbagai keperluan industri, dan sebahagian besar telah habis. Ini berbeza dengan emas yang stoknya tidak pernah berkurang, kerana hanya digunakan sebagai cadangan kekayaan. Jadi, sensitifitas nilai tukar perak akan sangat tinggi terhadap peningkatan permintaannya.

2. Perak dan emas sama-sama merupakan logam mulia, tetapi harganya jauh lebih murah berbanding emas. Sebagai koin Dirham saat ini dapat diperoleh mulai dari suku, setengah dan 1, 2, 5,10 & 20 dirham serta 1 oz bar dan coin . Ini membuat perak dapat dijangkau oleh semua lapisan masyarakat.

3. Bersama pasangannya Dinar Emas, Dirham perak secara praktis telah berlaku kembali dan digunakan sebagai alat tukar atau matawang. Ini memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak memiliki wang ringgit pun dapat memiliki Dirham perak, melalui jual beli, barang dsb.

4. Dirham merupakan alat pembayar zakat mal, dengan ketentuan Nisab yang lebih rendah dari Dinar, yakni 200 Dirham. Ini memberi kesempatan bagi si kaya untuk memberi kepada si miskin, melalui pembayaran zakat mal, dengan jumlah muzakki yang akan jauh lebih banyak ketimbang muzakki yang memegang Dinar emas. Dan ini bererti peredaran kekayaan akan lebih mudah dan luas terjadi melalui koin Dirham perak.

Lihatlah apa yang terjadi di Amerika Utara baru - baru ini, U.S. Mint, pencetak koin emas dan perak di AS, pengeluaran pertama tahun ini saja telah menjual koin Silver Eagle jauh lebih tinggi berbanding tahun – tahun sebelumnya, lebih dari satu juta koin silver telah dikeluarkan untuk memenuhi permintaan dunia.

Begitu juga Royal Canadian Mint, sepanjang tahun 2009, meningkatkan pengeluaran sehingga 9.7 juta koin Silver Maple Leafs, yang merupakan rekod tertinggi di dunia.


dan untuk membuktikan permintaan silver meningkat di negara kita sebagai contoh pengeluaran 1 dirham kelantan telah kehabisan stok dan sehingga kini ramai yang kecewa kerana tidak dapat memilikinya lagi akibat stok pengeluaran yang telah habis dan pengeluaran yang terhad.... dan dimaklumkan tidak lama lagi kepingan 2 dirham kelantan akan mengikut jejak langkah 1 dirham kelantan yang akan kehabisan stok akibat kesedaran yang telah meningkat bagi rakyat Malaysia yang untuk memilikinya...


Harga 1 dirham kelantan sekarang RM 20.00 berbanding pelancaran pada awal Ramadan 1431H hanya sekitar RM 13.00 iaitu kenaikan sebanyak 53.84% dalam tempoh 5 bulan. Dijangkakan harga silver tahun 2011 akan naik sebanyak 70% iaitu harga mencecah 51 USD . Bermakna 1 dirham akan menjadi RM 35.00 - RM 40.00 pada tahun 2011 nanti.

Semoga mendapat ilmu bermanfaat tentang kelebihan silver/perak/dirham untuk dikongsi bersama.

Kredit info : http://www.wakalanusantara.com/

Wednesday 15 December 2010

AKU DAH SIMPAN EMAS & PERAK....ANDA BILA LAGI ???

Kalo aku cakap memang ade orang tak percaya suruh beli emas dan perak pastu suruh simpan...sebab aku ni orang kampung keja gembala kambing je.....hehehe...

Tapi ini kenyataan pakar ekonomi negara Tun. Dr Mahathir Mohamad...Maseh tidak percaya jugak..????


Sila klik utk besar kan....

Tuesday 7 December 2010

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS 85 GRAM ??? dan SILVER 595 GRAM ???

FORMULA DARI ALLAH SWT UNTUK KITA…

Syariat zakat yang difardhukan pada tahun kedua hijrah, adalah satu manifestasi unggul dalam konteks keseimbangan harta dan kekayaan dalam Islam. Ini kerana, tiada larangan dalam Islam terhadap keinginan kita mengumpulkan harta kekayaan. Sebaliknya, Allah menggalakkan pula, umat Islam mencari rezeki dan kekayaan sepertimana firmanNya :

“Apabila selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing – masing), dan carilah limpah kurniaan Allah,….”

(al – Jumu’ah : ayat 10)

Kekayaan umat Islam Allah SWT telah imbangi dengan ketetapan berzakat. Perintah yang bersifat rukun ini, jika dipatuhi maka akan melahirkan si kaya yang taat dan terpuji akhlaknya.

Persoalannya, siapakah yang menentukan 2.5 % daripada harta kekayaan kita perlu dizakatkan ? Siapakah yang menetapkan nilai 85gram emas sebagai nisab kekayaan umat Islam ?

Begitu juga perak….siapakah yang menetapkan nilai 595gram wajib dikeluarkan 2.5 %..?? Begitu juga tempoh masa (haul) sebagai masa minimum kekayaan umat Islam ?


Semua persoalan di atas, jawapanya Allah SWT yang tetapkan melalui utusanNya baginda Nabi Muhammad SAW, maka digariskan formua demi formula bagi tujuan keseimbangan kita dalam berharta. Formula yang bersifat mapan atau ‘established’ kata orang zaman ini. Ia sesuai sepanjang zaman, setiap keadaan dan di mana jua.





Kadar zakat 2.5 peratus sudah cukup bagi menjamin keberkatan harta. Nilai 2.5 peratus ini zahirnya amat kecil. Jika di dalam kocek kita ada RM 1,000.00, maka nilai zakat kita hanyalah RM 25.00 sahaja. Tetapi nilai yang kecil kelak akan memberikan impak penambahan kepada harta kita. Allah SWT menjamin setiap satu sen yang dizakatkan, akan dibalas dengan nilai tujuh kali ganda, 100 kali ganda bahkan ada yang tidak terhitung lagi nilai gandaannya. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang – orang yang menafkannya hartanya di jalan Allah (zakat, sedekah, dan sebagainya) adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap – tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui.”


( al – Baqarah : 261)


Sekali lagi, bukankah Allah SWT menjamin balasan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Inilah unik dan ajaibnya, formula dari Allah SWT dengan memberi balasan yang berkali – kali ganda. Maka tidak syak lagi, zakat emas dan perak adalah formula ketetapan Allah bagi menjamin kehidupan manusia itu sendiri. Maka beruntunglah bagi mereka yang mengamalkannya formula ini di dalam kehidupan, sedang merugilah mereka yang sering menangguh – nangguhkan amalan.


Mengapa anda perlu membeli emas (85gram) dan perak (595gram) kemudian menyimpannya…???



Mmmmm………persoalan yang mungkin kita sendiri tidak sedari mengapa had minima dikeluarkan zakat…. Padahal ia amat baik untuk kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada ajaran al – Quran dan As- Sunnah. Ini kerana …..apabila kita menyimpan dalam bentuk wang kertas…..ia akan menyebabkan nilai dia susut saban tahun….dan seterusnya kita menjadi hamba moden zaman kini apabila nilai wang kertas kita dirompak setiap hari…

Rompak ??? hehehe….. tu lah……korang tentu marah kan..? apabila korang penat bekerja setiap hari…. pastu dapat bonus setiap tahun….. tetiba duit korang kena rompak…..tak percaya ke ..????? baru – baru ini minyak dah naik, gula dah naik, gas memasak dah naik….alasan subsidi…tetapi bukan itu sebenarnya…. Tetapi nilai wang kertas kita tiada nilai setiap tahun….Tak percaya ….? meh sini tgk jadual di bawah :



sumber info nisab Pusat Zakat N. Sembilan

Kalo korang simpan duit kertas tahun 2003 sebanyak RM 3ribu, korang tahun tersebut kena zakat wang simpanan sebanyak RM 3 ribu x 2.5% = RM 75.00 sahaja, sebab tahun tersebut duit korang RM 3 ribu dah melebihi nisab RM 2,875.87…. Tapi….la ni tahun 2010 korang simpan duit kat bank RM 3ribu dah tak kono zakat wang simpanan sbb nilaian nisab bersandarkan harga emas 85gram dah RM 9,350.00……..maka ade seorang makcik pun kata “Alhamdulillah……..sib baik tak kena zakat…..ish…ish….kenapa macam tu ekkk ???? …mmmm…musykil gak aku ada org jenis macam ni…..hehehe…semoga Allah memberi hidayah kpd nya…amin… Jadi setiap tahun kalo orang Islam simpan wang kertas dalam bank @ institusi kewangan akan tidak dikenakan zakat, sebab jadual atas telah menerangkan...dan maybe tahun 2020, nisab zakat harta RM 30,000.00...maka makin kuranglah orang Islam mengeluarkan zakat harta..Bukan sahaja zakat simpanan sahaja, tetapi mungkin pendapatan, saham, dan perniagaan.


Tetapi sekiranya korang tahun 2003, membeli emas 85g dengan anggaran harga nisab RM 2,875.87 pada tahun tersebut dan membayar zakat emas sebanyak RM 71.89, anda konsisten setiap tahun menunaikan zakat emas malah bayaran zakat emas anda tunaikan setiap tahun meningkat dari setahun ke setahun berdasarkan kenaikan harga emas setiap tahun naik dalam purata setahun 25%. Kena zakat 2.5% aje je...ade untung lagi lah........

tapi aku pelik…orang sanggup simpan kat tabung haji sebab nak pergi haji….diorang kata nak tunaikan rukun Islam kelima…..Jadi…??? zakat ini rukun Islam yang keberapa ekkk..???? anda sendiri tahu jawapannya kan… kalo dulu nak pergi haji RM 8 Ribu….sekarang RM 10 ribu …akan datang ni …aku dengar nak naik lagi ni...…maybe RM 12ribu kot…


Sedarkah anda, dengan menyimpan wang kertas kat bank @ institusi kewangan (ASB,TH)…., tiap – tiap tahun dimamah inflasi (kenaikan harga barang dsb)….tapi kalo korang terbalikkan jadual kat atas dengan membeli dan menyimpan dalam bentuk emas 85gram tahun 2003, pada mase tersebut dengan nilaian dia RM 2,875.87, maka tahun ini 2010, nilai dia dah jadi RM 9,350.00. Kenaikan sebanyak RM 6,474.13 atau peratus kenaikan sebanyak 225.11% selama 8 tahun, atau secara purata kenaikan dia 28.13%......Wow……banyak naik tu…hehehe kalah simpanan ASB dan Tabung Haji… jadi nampak tak..????


Sehubungan dengan itu, aku mohon kepada kekawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku ini, marilah kita membeli dan meyimpan emas sebanyak 85gram* serta membeli dan menyimpan silver 595gram* (* tapi kalo lebih 85g @ 595g….. bagus jugak…sebab dapat tunaikan zakat emas dan perak lebih…). Sebab…??? Harga emas dan silver ini murah lagi pada tahun ini, berbanding tahun depan dan 2 tahun lagi… Tak percaya lagi…..??? terpulang lah ….jadual di atas mengambarkan kenaikan harga emas, anda ada mata, lihat dengan mata hati…..dan ada otak fahami dan fikirkan maksud tersurat dari kandungan Quran dan Sunnah…….



Alhamdulillah ...aku dah bayar zakat emas..ni nak tunggu bayar zakat perak pulak...

Selain kita kaya di dunia dengan aset emas dan silver yang kita ada….secara tak langsung kita sebenarnya dapat membantu insan – insan yang memerlukan dengan berzakat emas dan perak yang kita tunaikan… seterusnya menambah saham akhirat kita kelak nanti dan Allah SWT akan memberi ganjaran di dunia sepertimana firman yang telah dinyatakan atas tadi tanpa kita sedari….

Idea penciptaan wang kertas ini adalah dari yahudi yang mana dengan menyimpan wang kertas selamanya akan anda tidak dikenakan zakat wang simpanan, malah lebih teruk lagi anda mungkin pada masa hadapan tidak dapat tunaikan haji akibat kenaikan kos menunaikan haji saban tahun…

Semoga dapat ilmu bermanfaat dan terus amalkan……

Salam Maal Hijrah......Berubahlah dari menyimpan wang kertas....kepada menyimpan emas dan perak...sebelum terlambat....

Wednesday 24 November 2010

THE BEST SILVER BAR KASIH 50GRAM



Silver Bar Kasih 50gram x 20pcs = 1 Kilo









Memang cun bangat.........


Wednesday 3 November 2010

SEBELUM DUIT KERTAS MENJADI TISU TANDAS.....BERTUKARLAH KEPADA EMAS & SILVER.


‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Bekas Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber : Utusan Malaysia 2/11/2010

Fikiran dan pandangan Tun DrM ni ada jugak yg bole pakai dan perkara ni telah disuarakan sejak 2007 lagi. So sebelum terlambat, bertindaklah sekarang dengan menukar wang kertas anda kepada emas dan silver.....

Dia mmg dah tahu benda ni lama dah...sebab tu dia simpan emas berlambak2...yg rakyat kita yg takmau ambik tahu pasal emas ni, simpan wang kertas nak tampung perbelanjaan masa depan...dengan harapan macam2...semuanya pasal masa depan. Tapi sebenarnya itu hanya agenda Yahudi...masa depan yg diharapkan tu, akan jadi masa gelap buat mereka yg simpan wang kertas!!! Masa tu dah tak berguna lagi...

Ya...mereka akan kata "ala, benda ni lambat lagi...masa tu kita pun ntah hidup ntah mati"...

Mmg la...tapi atas rasa tanggungjawab...kita kena selamatkan Islam anak cucu kita nanti!!! Tidakkah kita mahu lihat anak cucu kita suatu hari nanti mengikut telunjuk Yahudi atau Dajjal kerana masa tu, semuanya dah tak bernilai kecuali emas dan perak...Jadi, umat Islam yg simpan wang kertas, hanya mampu lihat saja nombor2 yg ada pada wang kertas tu...sedangkan Yahudi yg simpan emas dan perak masa tu selamat kerana masa tu semuanya dah kembali menggunakan Muamalat Islam sepenuhnya!!! Lihatlah kecerdikan mereka, kita ditipu hidup2!!! Kalau rasa nak selamatkan masa depan Islam, simpanleh emas dan perak untuk anak cucu kita, sedarkan mereka sebelum terlambat!!!

Tetiba sampuk seorang mamat kata : "macamana nak kumpul wang kertas yg ada cukup2 makan je. hati tu memang ada nak beli emas tapi beli barang keperluan pun kadang2 tak lepas...???"

Pastu aku pun jawab bagi menjelaskan perseolan kat mamat ni ...Macam nia...kita beli rumah, kereta & tanah. adakah kita beli cash? Saya bukan galakkan anda berhutang tapi boleh cuba dengan Arrahnu utk dptkan harta utk masa hadapan. Hutang dgn bank mmg x digalakkan la sbb RIBA. Atau cara lain ialah menyimpan ikut kemampuan. Cth: 2 bln 1 dinar atau lebih jika mampu tak pun belilah silver... sbb silver pun tak lama nak boooooooommmmmmm....

contoh sewaktu aku beli 1 dirham kelantan mase pelancaran bulan Ramadhan 1431H rega dia baru RM 13.00... La ni rega dia dah RM RM 17.00. Kenaikan RM 4.00 @ 30.76%. Woowww banyak nye kenaikan silver ini....hehehe...apapun ikut bajet tuan2... ya.. kalo anda takde emas lagi sbg aset better belilah emas dulu....mcm aku layan silver lah... sbb emas dah ada...nak beli tak larat....la ni main silver.........hehehe

ok jumpo laei...semoga mendapat manfaat dr petikan pakar ekonomi negara Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Friday 8 October 2010

JANJI 1 KILO SILVER.........JADILAH......




Salam dan apa kabar sahabat2 sekalian .......... ?

Diharapkan semua dalam keadaan sihat hendaknya… almaklumlah tengok rega emas naik gila......yelah......selalu lepas raye ramai yg dah pokai......tp sesapa ade simpan emas tentu best......sebab nilai dia dah naik.....mesti senyum memanjang kan…..so takdelah pokai.....apapun ucapan tahniah kat kekawan dan buyer2 aku kerana telah memulakan langkah awal menyimpan emas sebagai aset......walaupun kecik pun hatta 1g pun dah memadai....


Dirham Kelantan 1,2,5,10 & 20.

Yelah ikut bajet masing2 kan.....lain org......lain pendapatan dia…ada yg gaji lawyer…ade yg gaji cikgu…..ada yg gaji jurutera…ada yg gaji doktor… ada yg anak ramai…ada yg maseh belajar…..ada berbini 4......opssss sori tersebut......hehehe aku gurau je…sbb nak bukak reality kehidupan kini.....tu je......mcm aku ni sempoi je…gembala kambing je… tu yg aku mampu beli tak sampai sekilo emas.......hihihiihi

Wooooiiiiiii.......ko ceto emas naik!!!.....apa pulak tajuk Silver 1 Kilo ?????.....hehehehe…sampuk bro member aku kat sebelah...... Hihihii......Dari tajuk atas pun 1 KILO pun dah sedap dengar kan.....?



Silver Sunshine Minting Inc Bar 1 Ounce

So ini aku nak share lah kat kekawan..... Rega emas makin lama makin naik dr setahun ke setahun......mcm aku yg keja gembala kambing ni......manalah ade duit lagi nak beli emas sekilo.......mase memula dulu ceburi bidang emas memang ada target nak simpan emas sekilo.......tapi.........yolah.........rega la ni pun dah mahal kan.......akan datang lagi mahal kan.........????


Silver Bunga Raya Bank Negara Malaysia

Sehubungan dengan itu........aku pun tukar lah plan B.....aku beralih ke Silver ( Perak @ Dirham).......aku target nak simpan sekilo silver......dan target aku tercapai dlm mase sebulan......Alhamdulillah.......yelah...... silver rega sekarang ni masih murah lagi........ Tapi bila dah kaabaaabooooooommmm.................. rega dia mau jugak naik!!!!!!!!.......Jadi aku tak nak ulangi skrip yang sama mcm emas......... Skrip apa ekkkk ???


“ Yelah dedulu mase emas murah 1g RM 30.00 tak nak beli.......skrg dah RM 150 segram baru lah timbul penyesalan.........kenapalah aku tak beli mase murah dulu kan......???....nak beli dah tak mampu dan tak larat....... rega makin lama makin mahal.........so dr kes ini aku aplikasi lah dlm beli & simpan silver 1 kilo.......nak....nak....rega silver murah lagi........baik aku rembat.......sblm rega silver akan booooommmmm.........janji aku ada sekilo silver pun jadilah ..........Lepas capai sekilo silver barulah kalo ade bajet sikit top up lah emas atau perak…….


Silver Towne bar 1 Ounce

Sok2…. Bila rega silver bbboooommmmm …mase tu lah kata…nyesal aku tak beli silver dedulu….mmmmm..skrip dan ayat sama diulang2……..kan….

Agak2… silver ni rega booommmmm ke ???? ok contoh aku lah… emas makin lama makin mahal lah…. So orang mcm aku ni manalah ade duit nak beli sbb saban tahun memang mahal… so…. org yg macam aku ni akan beralih ke silver…..sbb silver adalah logam yang kedua diangkat oleh Allah SWT di dalam Quran selepas emas… dan silver jugak wang sunnah iaitu dirham yg digunakan oleh Nabi junjungan kita Muhammad SAW dalam urusan jual beli, zakat dsb….So.. fikir2 kanlah…………………..



Silver Bar 100g Dinar Gold Enterprise


Kalo nak guna duit nak pajak cam ne ???? hihihii…buat mase skrg memang lah silver belum ade pajak lagi….so korang gunalah emas korang yg ade tu buat pajak….yg silver sekilo ni simpan je….bila dahh bbooooooommmmmm adalah sok2….. pajakan silver…mcm emas jugak…dedulu mase emas murah tak de pun pajak….ar-rahnu…tp bila emas dah booooommmm barulah byk institusi kewangan sediakan perkhidmatan pajak…. So ade cara jalan nak dapat $$$$$$$....


Canada Silver 1 Ounce

Aku mohon maaf lah kalo aku tunjuk sekilo silver ni macam berlagak…bukan niat aku pun…just nak kongsi ilmu silver ni kat korang…yelah…aku nak bakar semangat korang beli dan simpan silver ni jadi sekilo ……bukan bakar badan korang…..hehehe..ni bagi bakar semangat & berkongsi ilmu silver yg mana aku kira baik….aku sampai2 kan lah kat kekawan…..

JANJI 1 KILO SILVER…. BEST KAN??? Alhamdulillah…………….


1 Dirham IMN (Islamic Mint Nusantara)


Terima kaseh kepada Otai Silver Tuan Hj Omar Kulim, Tuan Sax Gold… Tuan Silver Ray…Tuan Nizam…kak hazyati , tuan dinar emas dan sesiapa yg tidak disebut kerana menyampaikan ilmu silver ini… semoga ilmu yg dapat ini dapat dimanfaatkan utk kita semua….

Oklah harap korang pun sama ye…join SIMPAN SILVER SEKILO………..BARU BEST…JANJI SEKILO….

Monday 13 September 2010

DUIT RAYE ANAK TUKAR KPD EMAS & PERAK


Salam sahabat2 sakalian....mmmm... bulan ni bz sikit memenuhi jemputan rumah terbuka sahabat handai.. mase yang terluang ni nak posting pasal duit raya anak...maklumlah budak2 kan... tp mak ayah kena pandai manage duit diaorg... ialah selain simpan di institusi kewangan...aku telah menukarkan duit raya anak aku kepada emas dan perak...

Bukan apa..aku takut terpakai duit raye anak aku ni... ialah duit ni kalau kuar mcm air laju semacam je bila keluar kat ATM ..hehehe...korang takkan tak tahu bilo time lepas raye banyak dah pokai....hehehe...(ini aku punya xperien lah)

lantaran itu...aku cepat2 tukar duit raye anak aku kpd emas dan perak... ialah selain menghalang dari susut nilai...dalam jangka mase panjang anak aku 18 tahun...agak2 nilai dia berapa ekkk ???? so korang fikir2 kan lah ye... simpan duit kat bank nilai makin lame susut....tapi kalo simpan emas ??? makin lame makin mahal tau...... ok lah... ade tetamu datang ghumah nak rayo ni...

wasalam...ketemu lagi di lain mase...

Tuesday 7 September 2010

SELAMAT AGHI GHAYO... MAAP ZAHER & BATIN...

Sempena Syawal yg ujang nak ucapkan Selamat Aghi Ghayo buek sahabat2 sekalian... kalo ada salah silap maap yo dr hujung rambut sampai hujung kaki...maklumlah kito ni manusio biaso yg tak lari dr salah silap....

Selamat Ahgi Ghayo... Maap Zaher & Batin...

Wednesday 18 August 2010

DINAR & DIRHAM KELANTAN....ORANG NOGORI PUN DAH MILIKI....



Rase teruja dan berpinou mata apabila menerima 1 dan 2 dirham kelantan dari kak hazyati....(terima kaseh kak kerana tolong beli )....memang cun dan puas hati serta berkilat2 pulak tu.......ialah logam yang diciptakan oleh Allah SWT selepas emas kan... . Maha Suci Ya Allah.....menjadikan sesuatu tidak sia - sia....

Memiliki dirham kelantan kira dah berbaloi bagi aku dan hati rasa puas....ialah selain memiliki wang sunnah Nabi kita SAW.... ia juga merupakan satu koleksi untuk aku memilikinya...sebelum ini aku dah memiliki dinar kelantan ( 1 ,1/2 & 1/4 dinar)...kini aku telah memiliki dirham kelantan pula ( 1 dan 2 dirham)... kot...kot...tersesat kat kelantan suatu hari nanti...bolehlah aku bermuamalat di sana kan....manalah tahu....

Tapi yang aku pelik kan... ada orang kelantan sendiri jugak yang tak minat dan memperlekehkan D&D (dinar & dirham) kelantan ini....serta ada juga yang tak tahu kelantan ada keluar kan D&D....ish...ish...ish.......kenapa macam tu ???




tapi mereka tak malu kah ??? orang luar kelantan pun menyokong pengeluaran D & D ini....apapun bukan senang nak mengamalkan wang sunnah ini... sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil...dan ia kembali sebagaimana permulaannya kembali dianggap asing dan ganjil"...

Riwayat muslim

Sunday 15 August 2010

MENANAM DAUN MAPLE 1/10 OZ



Salam buat sahabat2 yang dirahmati.....mmmm...... lame benar aku tak up-date blog ni ha...bukan apa maklumlah nak tulis kena ada mood sikit...kalo takde tu yang dah bersawang tu...hehehe...

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan... semoga Ramadhan kali ini kita dapat beroleh rahmat dan keampunan dari Allah SWT...Amin...

Untuk posting kali ini...aku ingin menceritakan yang hobi baru aku sekarang ialah menanam pokok daun maple....aik menanam ??? apa tu ??? hehehe... oklah bukan tanam daun...cuma membeli emas maple leaf keluaran bank UOB...hehehe untuk makanan ternakan kijang emas aku yang makin membiak.... So.. bajet besar dah takde... jadi belilah dan tanam emas maple yang kecik2....takpalah... dah itu aje yang aku punya fulus ada...sempena rega emas jatuh bulan Julai ari tu...aku belilah sikit2....



Cuma aku hanya dapat menanam maple leaf 1/10 oz (3.11g) sebanyak 5 kpg je... nak tambah lagi dengar ceta dr member2 penanam daun maple ni dan sekarang ini pun ... diorang kata bank UOB tak keluarkan lagi emas dlm kuantiti yang kecik2....maksud aku sebelum ini bank UOB mengeluarkan emas dlm kuantiti 1/20 Oz, 1/10 Oz, 1/4 0z, 1/2 Oz dan 1 Oz. So stok memang dah takde lah ..... barang rare akan datang ni.....

Ok itu aje aku nak kongsikan....sblm itu, aku nak ucapkan terima kaseh kpd saudara edy, jay dan saudari rino kerana telah menolong aku membeli emas maple leaf 1/10 Oz...

Tuesday 8 June 2010

PELUANG MEMILIKI 1G EMAS 999 POH KONG !!!

SOLD OUT !!!!

Salam buat sahabat - sahabat sekalian, di sini saya ingin memberi ruang dan peluang buat sahabat2 yang ingin menambah aset emas tetapi tiada bajet yang besar untuk miliki emas dlm kuantiti yg besar..


Maklumlah... sekarang kan cuti sekolah...byk duit nak bawa anak2 pergi bercuti atau menghadiri urusan kenduri kahwin saudara mara.


Sehubungan dengan itu, pihak saya ingin mewar - warkan kepada sahabat2 yg ingin memiliki emas 1g jenis 999 Poh Kong Bunga Raya berharga RM 175.00 ( Rega siap pos disertakan sekali dengan uncang dan resit belian PK) .

Berminat hubungi sy 019 - 245 6085. Sapa cepat dia dapat...ada 5 keping sahaja untuk dijual.....

Sunday 23 May 2010

JOM BELI DAN SIMPAN 1GRAM EMAS UNTUK 1 BULAN


1/4 Dinar Logam Mulia,


1/4 Dinar Kelantan,


1g Kuwait Finance House


1g Emerates Dubai &


1g Poh Kong.

Salam semua buat sahabat2 yang dirahmati Allah SWT. Semoga sihat hendaknya disamping kehidupan seharian. Posting kali ini saya ingin membuka minda dan berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kita.

Mmmmm... rega emas semakin hari semakin naik.... dan kuasa membeli emas semakin berkurangan bagi membeli dalam kuantiti yang besar( sbg contoh 1kg, 100g, 80g, 10g, 5g, 1 oz, 1/2 oz dsb). Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang sederhana atau kecil atau yang baru memulakan kerjaya amat sukar membeli dek rega emas yang makin mencanak saban hari.

Yalah kita maklum...duit yang ada juga penting untuk membeli keperluan kehidupan. Lantaran itu, bagaimana kita nak menambah aset famili kita. Adakah kita terus berputus asa ???

Ini jawapan dia... hah!!! ....kalau anda tak mampu membeli dalam kuantiti yang besar, anda ada pilihan dengan membeli emas dalam gram yang kecil, iaitu 1 gram. So anda ada pilihan dan secara tak langsung anda dapat menambah aset emas. Biarlah bermula 1g pun, Insyaallah lama2 jadi bukit kan...kalau sebulan 1g, kalau setahun dah ade 12g kan....takpelah dari tiada langsung...

Memanglah rega 1g rega dia mahal sikit, sbg contoh 1g Poh Kong RM 165.00 ( gram yang kecil rega tinggi sikit sbb kos nak buat yg mahal sebab kecik), berbanding rega kuantiti yang besar. Tetapi kalau anda tak mampu beli kuantiti yang besar, bolih beli 1g itu lebih baik...

Apapun ini pandangan yang saya nak kongsikan bersama. Semoga dapat manfaat kepada mereka yang baru berjinak dan membina kesedaran tentang kepentingan emas. Akhir kalam selamat membeli dan menyimpan emas....

Thursday 13 May 2010

KIJANG EMAS TERUS MEMBIAK


Mengapa aku suka beli Kijang Emas 1/4 oz ?

Hmmmm... mesti pelik betul diaorang tgk aku byk betul ( atau mungkin tak banyak pun) simpan 1/4 oz kijang emas. Bukan nak menunjuk atau berlagak.. cuma nak share ilmu yang bolih dikongsikan bersama. Antara dialong aku sering di tanya :

  • "Apsal tak beli 1 Oz atau 1/2 Oz je... kan spread dia rendah... spread suku Oz tinggi bro, 7-9% " lambatttt untung bro!!.

  • 1 Oz cepat untung bro..spread dia 4%..wow !!!

Apapun itu semua pandangan, dan aku tak salahkan pandangan korang, cuma aku ni lebih suka dan teruja untuk beli Kijang Emas 1/4 Oz. Yalah setiap orang suka dan minat yang tak sama. Masing2 ada hak dan minat serta kesukaan tersendiri.Cuma aku ingin share sikit apabila aku memiliki Kijang Emas 1/4 Oz.

Pertama adalah dari segi harga.

Rega Kijang Emas 1/4 Oz murah sikit berbanding 1 Oz dan 1/2 Oz. Bagi sesiapa yang ingin memiliki Kijang Emas sebagai koleksi simpanan mereka. Yalah... kalau tengok sekarang rega (14/5/2010)

  • 1 Oz = RM 4,185

  • 1/2 Oz = RM 2,134

  • 1/4 Oz = RM 1,087

So mana pilihan anda ? Apapun duit anda dan hak anda lah yang menentukan.....

Kedua sebagai untuk jangka masa panjang dan senang dicairkan.

Contoh anda beli Kijang 1 Oz anda dapat 1 kpg, tetapi dengan rega RM 4,185 tadi kalau duit tadi anda beli suku Oz anda akan dapat 4 kpg cuma tambah duit lagi dalam RM 163.00.

So disini anda dapat Kijang Emas ade 4kpg. Sebagai contoh bila anda terdesak perlu cash atau ingin menjual, maybe anda hanya jual dlm 1 atau 2 keping sahaja. Anda jual je kat blog ni http://tokeimas.blogspot.com ( Promosi sikit ), sure berlambak orang nak beli. Anda tak perlu jual atau beli ikut rega Bank Negara Malaysia. Bagi diskaun RM 20.00 ke RM 50.00 pun orang beli jugak, mase tu anda beli pun dah simpan 3 - 5 tahun.... tak gitu ???

Maka kesimpulan disini , aset Kijang Emas anda ada lagi. Kalau 1 Oz jual, maka anda dah hilang aset Kijang Emas, nak beli ?? Hah... mase tu rega dah tinggi melambung dan maybe dah takde stok lah...kalau nak beli balik. Kalau pajak pun boleh juga, cuma tak termampu akan bayar kos upah andai tak dapat tebus nanti. Kalau suku Oz pun bolih jugak pajak... lagi senang nak tebus sebab nilai tebusan tak tinggi lagi berbanding 1 Oz. Itu aje.....

Pajak ??? kalau tercalar cam ne ???? nanti Maybank tak terima ....hehe... tu lah... nak beli kijang emas ni kena guna strategi yang betul... ini cuma pandangan aku je lah... ok.. senang ceta kalau anda ade 4 kpg Kijang Emas 1/4 Oz. Ok jadikan 1 kpg tersebut utk guna buat pajakan kalau nak guna duit... yang 3 lagi just simpan dan jaga elok2 ya....

Yang ketiga Kijang Emas adalah "hot...hot..." .

Kenapa pulak aku cakap "hot", ialah Kijang Emas adalah keluaran Bank Negara Malaysia, dan telah ditempa pada tahun 2000. So tiada cetakan sehinggalah tahun ini. Kalau akan datang tak tahulah aku.

So stok terhad !!. yang aku tahu 1 Oz memang dah takdelah, pengalaman aku kalau call Maybank memang takda stok...yang aku tahu hanya tinggal 1/2 oz dan 1/4 oz je. So dari kesah ini, inilah peluang anda untuk membeli dan menyimpan Kijang Emas 1/4 Oz yang akan datang maybe mengikut macam 1 Oz yang tiada stok... Sebab kalau ade org macam aku yang sapu pulak 1/4 Oz nanti....

" kalau takdo baik beli emas lain kan... apa kesah.." sampuk seorang bro...

betul...... aku tak halang cuma kalau korang nak raselah.... ada simpan dan milik Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia. kalau tak nak takpa....

Emas lain... bila - bila mase bolih beli tak semacam Kijang Emas yang stok terhad. dan mase tu mungkin ade orang ingin membeli kijang emas sanggup membeli melebihi rega jual maybank... yalah kalau ade peminat barangan antik... apa kira duit... kalau dah minat sanggup miliki juga sebagai koleksi....

Itu sahajalah pandangan aku yang bolih dikongsi utk korang... kalau ada salah silap atau terguris hati aku mintak maap lah... ini cuma pandangan aku untuk dikongsi sahaja... Apapun yang penting selamat membeli dan menyimpan emas sebagai survival keluarga anda...

HARGA EMAS CECAH PARAS TERTINGGI DALM SEJARAH


HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah.


Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.
Penganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu.


“Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham.
Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah.
Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.
Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624.
Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting.
Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu.
“Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.
“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah.
“Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.
Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas.
“Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP
Sumber Berita Harian 13/05/2010

Tuesday 4 May 2010

MENGINSAF & MENYEDARKAN AKU

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang takada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalananpulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah kekampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayahakan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujar ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang sayab erikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
“Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupuni tu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang iperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!.
Kredit ilmu dr lubuk petua warisan.

Tuesday 27 April 2010

BELI EMAS & PERAK DAN SIMPAN UNTUK PERSEDIAAN AKAN DATANG....

Assalammua'lakum WMT dan salam sejahtera sahabat2 emas dan perak sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas lama tak update blog ini. mmm... dah sebulan lebih rasenya. Baru - baru ini, saya terlihat blog dinar emas dan tertarik tentang artikel ini. Saya ingin berkongsi artikel ini untuk tatapan rakan2 sekalian. Semoga beroleh manfaat darinya.
Tahukah anda,selagi dunia sekeliling kita ini masih menggunakan wang kertas sebagai "alat" untuk urusniaga, selagi masyarakat dunia memakai jenama matawang kertas ini, selama itulah sikap anda dengan (memiliki EMAS, memiliki DINAR, memiliki DIRHAM, memiliki perak), merupakan 1 pelaburan yang baik. Ini berlaku akibat "nilai emas sentiasa naik" kesan akibat kejatuhan nilai duit kertas,dan menyebabkan memiliki logam emas ini,sesuatu yang tidak mendatangkan sedikit pun kerugian.
Sehinggalah akhirnya sistem matawang kertas lumpuh dalam masa terdekat ini,akhirnya,hanya mereka yang memiliki emas samada dalam bentuk,(memiliki emas, memiliki DINAR, memiliki DIRHAM, perak),akan menjadi golongan yang paling kaya di era kejatuhan sistem kapitalis = (sistem matawang kertas) ,iaitu golongan yang selama ini berusaha untuk menDAULATkan kembali sunnah Islam,dan anda adalah salah seorang darinya.
Untuk pengetahuan semua,jalan yang terbaik memiliki emas ialah dengan benar-benar mengenggamnya,maksud kami di sini ialah,belilah emas dengan tidak perlu membuka akaun simpanan emas [seboleh-bolehnya],kerana apa ?sebabnya ialah anda sebenarnya memilki harta dalam bayangan...sebab & dalil utama pihak DINAR-EMAS.COM mengatakan yang sedemikian ialah kerana, apabila krisis matawang datang sekali lagi untuk kali yang terakhir dalam masa terdekat ini, adakah bank tempat anda menyimpan emas [dalam bentuk buku simpanan] itu benar-benar boleh membuat pulangkan emas anda dalam bentuk logam ? anda sendiri mempunyai jawapannya bukan ?
Apabila sistem kapitalis jatuh tak bangkit-bangkit lagi nanti,melalui maklumat dari rakan-rakan timur-tengah malahan info dari pihak YAHUDI sendiri, sistem duit kertas akan digantikan dengan sistem matawang digital,sistem digital akan di"pusat"kan ke Israel dalam masa terdekat ini,perkara ini berlaku serta merta dan sistem DIGITAL akan mengambil alih medium transaksi utama sebagai ganti kejatuhan sistem duit kertas,anda sendiri boleh melihat bayang-bayangnya dengan kehadiran sistem berikut iaitu:
  • paypal
  • visa (siap pakai gelombang wave lagi)
  • mastercard (boleh swipe & sekarang siap boleh top-up dah pun)
  • bank-bank yang tak popular mula menggunakan sistem online (kaedah penDIGITALan)
  • google checkout
  • google adsense
  • clickbank
  • ebay
  • dan banyak lagi (semuanya mempunyai jaringan ke Israel)

Anda semua sedang dikelilingi dengan tanda-tanda yang amat membenarkan semua kata-kata dari Nabi Muhammad,iaitu zaman di mana umat akhir zaman akan menuju ke arah zaman di mana semuanya tidak bernilai untuk didagangkan...maka siapa yang menyimpan emas & dinar adalah golongan yang terselamat, selamat di sini dimaksudkan sebagai = "survival".

Fasa penggunaan duit digital ini sebagai matawang dunia juga akan berakhir,dan bila perkara ini terjadi,barulah penggunaan logam emas sebagai matawang dunia akan bangkit serentak dari arah timur,dan anda sendiri dapat mengagak siapakah negara-negara timur yang dimaksudkan itu................

Sekiranya anda ditakdirkan masih survive dalam masa 40 tahun ~ 50 tahun akan datang, survive = dipanjangkan umur dan masih hidup ketika itu maka anda kemungkinan besar akan menyaksikan semua perubahan-perubahan besar dunia seperti apa yang pernah Nabi Muhammad khabarkan...

Untuk melihat dan memahami lebih lanjut tentang perihal ini,semua manusia yang berakal dan memahami Islam secara kedepan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis ,harus merujuk 1 kajian terperinci oleh mentor kami iaitu saudara Sheikh Imran Hosein dari negara Trinidad & Tobago,berkenaan kaji selidiknya selama 15 tahun berkenaan politik dunia & kewangan dunia,dengan kaitannya Surah Al-Kahfi & Umat Akhir Zaman (iaitu zaman kita),dengan kaitannya dengan sebuah tasik yang bernama Tiberias بحيرة طبري......

Setiap Muslimin sepatutnya sudah membaca, menonton atau mengenali tanda-tanda ini kerana kita benar-benar sudah pun berada di ambang permulaannya.

Semoga info ini beroleh manfaat kita semua.

Kredit info http://www.dinar-emas.com/

Tuesday 16 February 2010

KISAH KIJANG EMAS DI AR - RAHNU BANK RAKYAT

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat - sahabat emas yang dirahmati. Aku harap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama orang yang tersayang.
Pada kali ini aku ingin berkongsi pengalaman kalian tentang aset emas boleh dicairkan dengan membuat pajakan di ar- Rahnu. Hmmm ok jugak kan...lepas ni aku tak perlu pakai kad kredit la (sampai 5 kad) ...mati aku nak bayar tiap - tiap bulan. (Kad Kredit dah lah buat aku berhutang, pastu kad ni pun bukan hak milik aku pun...Tiap - tiap bulan kena bayar kalau tak...naiklah caj penalti nye...Fuhhh....nyesal aku... tapi takpalah...kurang2 aku ada pengalaman...so dengan pengalaman inilah aku kongsikan ilmu yang bermanfaat utk kalian.
Lainlah emas, kurang2 aku dah ade aset milik tetap aku, rega sentiase naik saban tahun, boleh pakai bile time memerlukan. kalau buat pajak ar- rahnu tak perlu bayar tiap - tiap bulan, boleh bayar pada 6 bulan kmdn dan upah simpan tak mahal...
Untuk pengetahuan korang...Alhamdulillah aku dah tinggal 2 saje kad kredit sejak aku memiliki emas sebagai aset keluarga aku. Niat aku nak tinggal satu kad je lepas ni...ooo pening oooo... kalau banyak kad ni....Semoga kisah aku ni jadi iktibar buat kalian semoga jgn memiliki kad kredit banyak2 buat hutang....
Oklah nak ceta sikit pada tarikh 10hb Februari yang lalu, aku telah pergi ke ar-Rahnu Bank Rakyat Senawang di Seremban untuk 'test' memajak Kijang Emas 1/2 oz yang aku miliki.
Sebelum ini, aku telah memajak 100g emas Public Gold di Agro Bank P.Dickson, tetapi aku malas nak gi sane sekali lagi kerana jauh selain ingin melihat perbezaan Ar-rahnu antara Bank Rakyat(BR) dan Agro Bank.
Pada 9.30pagi kelihatan di kaunter aku seorang sahaja yang memasuki ruang menunggu bank. Maklumlah pagi sangat...aku pulak kebetulan mengambil cuti tahun ...jadi tak ramailah orang mase tu.. Kemudian nombor giliran aku dipanggil dan terus masuk ke bilik ar-rahnu BR dan staf disitu meminta aku mengisi borang soal selidik terlebih dahulu ttg ar-rahnu untuk penambah baikan mutu kerja diorang.... mmm bagus jugak..
Sementara aku mengisi borang kaji selidik, staf BR memohon kpd aku kad pengenalan, salinan resit pembelian kijang emas (K E)dr maybank dan kijang emas 1/2 oz. Setelah itu, staf disitu menguji ketulenan K E aku, didapati :-




  1. K E 1/2 oz aku 22.8Karat (950)
  2. dengan berat 15.57gram
  3. dengan nilai marhun K E ialah RM 2,054.77.
  4. Upah simpan RM 15.29 sebulan (RM 91.71 untuk 6 bulan)
  5. Pinjaman yang diberi RM 1,330.00

So dapatlah aku wang tunai RM 1,330.00 setelah dibuat pajakan K E 1/2 oz. mmmm...nak buat ape yek duit banyak ni ???... apapun aku tengah pikir ni..same ade beli 1 dinar 2kpg , atau stanby duit kecemasan....Apapun aku just nak kongsi la serba sedikit pengalaman kali kedua memajak emas ni. Pajakan kali ini menggunakan Kijang Emas dan rate pun boleh tahan. So aku harap dengan pengalaman aku ini boleh lah berkongsi ilmu dengan kalian ya...ok jumpa lagi...

wasalam....

Thursday 11 February 2010

KOLEKSI EMAS AKU....


Alhamdulillah inilah koleksi emas yang telah berjaya aku miliki. Insyaallah cukup setahun nanti aku akan tunaikan rukun Islam yang ke 3. Semoga zakat yang akan dikeluarkan akan dapat membantu asnaf yang memerlukan disamping mendapat keberkatan dari Allah serta dipermudahkan rezeki aku sekeluarga. Rase seronok aku dapat tunaikan zakat emas...

So, anda bila lagi ??, takpelah kumpul sikit2...insyaallah akan banyak jadinya seterusnya bila banyak jgn lupa tanggungjawab kita pada agama. Tak banyak pun 2.5 % aje.. kenaikan emas setahun purata 25 %.

Oklah...layanlah koleksi emas aku ye..semoga memberi info tentang pelbagai emas di dalam negara kita.

Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia, 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz.


Public Gold keluaran Public Fine International 20gram, 50gram dan 100gram.




Emerates Gold keluaran Dubai City of Gold pengedar Nusantara Bullion Exchage (NUBEX)
1gram dan 5gram.


Poh Kong Bunga Raya 1gram

Public Dinar keluaran Public Fine Int. 1 dinar, dan 10 dinar( dipajak takde dlm gambar)


Dinar Muslim pengedar NUBEX, 1 dinar muslim
Dinar Kelantan keluaran Mariwasa Kraft Sdn Bhd 1/2 dinar kelantan.


Tuesday 5 January 2010

2009 BERLALU, 2010 MENJELMA......

Assalammua'laikum WMT dan Salam Sejahtera....

Terlebih dahulu tidak terlambat rasanye saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini memberi seribu makna dalam kehidupan kita. Semoga tahun 2009 yang berlalu pergi dapat memberi impak positif kepada kita untuk bertambah maju dan cemerlang di tahun 2010. Sebagai contoh untuk diri saya dan keluarga telah fokuskan kepada pelaburan emas.
Bagaimana rerakan sekalian, sudah bertambah ke belum emas anda ? atau sudah ke memulakan langkah pertama membeli emas? Kalau sudah Alhamdulillah, kalau belum marilah mulakan dengan membeli dan memiliki emas. Paling minima atleast 1 dinar atau 20g. Mulakan azam baru untuk memiliki emas sebagai aset peribadi keluarga anda.


Kerana dengan memulakan pembelian, kita dah mula terasa memiliki sesuatu aset yang paling berharga yang telah disebut di dalam al-Quran. Cubalah rerakan sekalian yang masih belum memiliki emas, belilah dan milikilah emas, sekurang-kurangnya 1 dinar sbg permulaan. Dan sebagai perlindungan apabila berlaku sesuatu ke atas keluarga kita akan datang kelak.


Dan Alhamdulillah disebalik penurunan rega emas pada bulan Disember yang lalu, telah memberi ruang kepada saya untuk menambah aset simpanan emas keluarga saya. Dan kini saya telah memiliki hampir 500g emas saya. Syukur Alhamdulillah, ilmu yang saya dapat ini saya kongsikan kepada rerakan sekalian. Yelah, dulu pun saya pun takut juga nak beli emas ni, apa paedahnya ? emas ni dalam benak saya khusus untuk kaum wanita sahaja, hmmm...Tapi setelah saya pelajari dari otai2 emas dan hayati ayat2 Allah SWT di dlm Quran berhubung emas, alhamdulillah, Allah telah membuka jalan pintu rezki ni dan peluang kedua ni saya takkan sia - siakan.
Permulaan dulu bulan 10 tahun 2009, saya telah membeli dan memiliki emas 20g dengan rega RM 2547.00 dan dari 20g itulah saya nampak potensi emas hinggalah saya menambah dari semasa ke semasa. Sebahagian simpanan duit anak saya, saya tukarkan kepada 1 dinar setiap seorang. (anak saya ada 2 orang semuanya, yang pertama usia 3thn dan kedua baru 6 bulan. rega 1 dinar dulu 519.00). Dengan harapan pasti bahawa 1 dinar untuk jangka masa panjang selama 15tahun akan datang, mungkin dan semestinya rega 1 dinar akan bernilai menjadi RM 1 ribu atau lebih. Yalah..emas kan rega dia akan naik..So kalau nak pakai duit, saya pergilah ke ar-rahnu. ok tak rerakan sekalian..? hehe....senang tak nak cairkan emas yg kita miliki tadi kan.. Kita buat pajak lah..Itu kalau nak pakai duit. kalau tak simpan lah....sambil emas anda menjadi mesin mencetak duit untuk anda, time anda tidur ke? makn ke ? balik kg ke...bila hujung tahun tgk2 rega emas anda dah naik....wow....wow...
Kenaikan rega emas selama 5 thn 250%, kalu simpan ASB baru 40% ( 8% x 5thn). So bezakan kenaikan emas ni kan ??? hehe... teruja tak tgk kenaikan emas 5 thn yg lepas, akn datang 5 thn berape yek ? 10 thn ? 15 thn? so rerakan jawablah sendiri ye, Ingat emas ni barangan komuditi, same jugak macm minyak petrol, tanah, dsb. nak tanyelah...dulu minyak keta 0.80 sen 1 liter kan tahun 2001... La ni rega minyak turun tak ke rega dulu2....hehe rerakan pk2 kan lah ye....Same jugak mcm tanah kat K.L atau Seremban, dulu rega tanah murah tp la ni makk ai...mahal kan...so terpulanglah pada rakan2 sekalian... cuma pelaburan emas ni senang sikit nak dicairkan.
So rerakan sekalian bertindaklah, mulakan langkah pertama anda dengan memiliki emas. Seperti kata guru saya:
"Langkah pertama adalah pengharapan, sedangkan tidak melangkah langsung tiada harapan."
"Kalau tidak dipecahkan ruyung...mana nak dapat sagu nye"
Kalau tak stat 1dinar......bila nak jadi 1 kilo.....
Firman Allah yang bermaksud :
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, kalau mereka sendiri tidak mahu berubah!!!