Tuesday 20 October 2009

~TAMBAHKAN ASET PELABURAN ANDA~

Inilah omeh yang dijadikan sbg aset, ado pelbagai bontuk.

Disini sey nak kongsi dgn rakan2 blog sekalian, sey ni nak kongsilah sedikit ilmu sey dapat dari Allah SWT. Mulo2 memang tak terpikir, tapi Allah dah bagi jalan dengan sey membaca satu majalah wanita org rumah sey maso ujung minggu aritu. terbaco satu artikel ttg pelaburan kuno yang boleh menjadi ando kayo dan selamat iaitu OMEH(EMAS). oMEH??? memang sey mulo2 jahil jugok, yolah omeh ni khusus utk wanita jo, tapi sey ni laki tapi boleh juga milik omeh dgn dijadikan sbg aset. Botul juga...Alhamdulillah, Allah dah buka pintu rezki.

Sey pun belek2 la dalam internet dalam blog2...umanng ai...dah ramai dah org kito(Islam) yang dah mulo membeli omeh sbg aset mereka. Bukan pakai sebagai perhiasan spt rantai atau subang yg kito pikir kan, tapi boli dijadikan aset dlm bentuk fizikal seperti bar dan syiling. Bilo baco pengalaman diorang ni, bagus lah. Yolah dulu thn 2002, hargo meh maso tu RM 50.00 1gram, la ni berapo??? RM 122.00 weh!!!! Kenaikan sebanyak 144% selamo 8 tahun. Kalau setahun 18% woiiii.....(kalah dividen ASB).


Benarlah kata Nabi kita SAW yang bermaksud :
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia.
Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.
Inflasi sifar selama 1400 tahun.Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.
Dulu RM 1,000.00 bolih boli 3 ekor kambing, la ni bolih boli 1 ekor sotongah jo... Makno nilai ringgit susut. Bezo kan dengan omeh.
Apapun, kito hendaklah mempelbagaikan aset pelaburan kito( bolo lombu kambing, tanam gaharu, simpan kek tabung aji), semogo ia dapat melindungi kito bilo maso todasak ko, atau di maso ari tuo kito.. maap la.. sey bolum maher lg pasal omeh ni...apapun sey dah link kan blog rakan omeh utk saudara2 kongsi ilmu diorang...
INGAT, MASO ITU OMEH

No comments:

Post a Comment