Sunday 5 April 2009

~PeRTaNiaN & PeNTeRNaKaN aDaLaH PeRNiaGaaN~












Kato PM kito dulu Pak Lah :
"PERTANIAN & PENTERNAKAN ADALAH PERNIAGAAN".

AKU tanam Gaharu dan Serai adalah PERTANIAN......

AKU ternak Kambing dan Lembu adalah PENTERNAKAN....

dan AKU LAH BUDAK JOLOBU....

GaHaRu Di KaMPuNG






































Pokok Gaharu ade jugak di tanam di belakang rumah kampung aku. Tapi takdolah banyak sangat.. ade lah lebih kurang 10 anak pokok gaharu jenis sub-integra. Aku tak dapat nak tanam kat padang ragut sebab takut dimusnahkan oleh kambing dan lembu...

Yolah lembu dan kambing kan suka gesel dan tanduk... kang dio tanduk dan gesel pokok gaharu aku patah pulak.... kan dan rugi...hehehe..

Usia gaharu aku tanam ni lebih kurang sebulan dah... Alhamdulillah... pucuk baru sudah nampak...

~ HaRi Ini PaSTi BeRLaiNaN DeNGaN HaRi SeMaLaM ~




Ha... ni lah tanah sawah terbiar kek kg aku dijadikan padang ragut untuk lembu dan kambing bebiri aku... dulu jab pertanian buat projek mangga... tapi tak menjadi...ada la yang idup tapi tak gak naik2... jadi keluarga aku ambil peluang la ternak kambing dan lembu.....
Aku teringat dulu mase aku kecik2... aku tolong mak ayah dan nenek aku menanam padi...membanting padi... berlari 2 di batas tanah sawah... 'mengoca' ikan puyu dan haruan lopeh menuai... menangkap burung ayam2...menarik tali agar tin minuman berbunyi "kling...kling...kling..."untuk halau burung makan padi yang sedang menguni...mandi di 'bandar'....ahhh semua itu kenangan bagi aku yang sukar ku lupakan... sehingga jari telunjuk kiri ku berbekas dengan parut sabit padi...

Namun itu semua nostalgia yang sukar ku lupakan... yang pergi telah pergi....tinggal lah kenangan yang menggamit memori......

* Alfatihah....kepada nenek aku...wan aji... wan ulong....tok abas...Semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin.

TeRNaK LeMBu





































Selain menternak kambing bebiri, di sebelah kandang bebiri... ayah aku menternak lembu.. Baru tahun lepas dia menternak lembu... Mula 2 ayah aku tak minat jugak.. ialah nak ternak lembu sukar sikit berbanding kambing... tapi entah macamana jiran kg aku, nama dia wan mak teh umi.. dia jual murah 2 ekor lembu betino harga RM 1,500.00.

Apalagi ayah dan mak aku pun minat lah nak beli sebab murah... mase tu pulak lembu tu tgh bunting... Maka ayah aku beli dan ternak la sekali dengan kambing... La ni 2 ekor lembu tu pun beranak... ALHAMDULILLAH selamat dan murah rezki keluargaku...

Projek sekarang ayah aku nak buat kandang lembu... Inyaallah dalam bulan 5 nanti siap kot kandang tu...

TeRNaK KaMBiNG BeBiRi















































































Bilo balik kg aje.. aku selalu tak 'miss' tengok kambing bebiri aku. Inilah harta aku yang paling aku sayang dan penuh memori.. alamak sentemetal pulah aku ni... hehe . Ha!!!... nak tau apa sobab aku sayang dan penuh memori..
Cam nia... aku mula2 ternak kambing ni mase aku dapet bonus tahun pertama aku kojo..tahun 1999. Dalam RM 300.00 aku dan arwah nenek aku beli kambing bebiri jenis baka baik yang jenis besar punya kek Kg Felcra Lakai Jolobu. Seekor betino ngan anak dia..Aku 'pedua' kan dengan mak saudara aku kat sane ( Flcra Lakai).. ialah mase tu takdo tompet kek kg aku. Sebab belakang rumah aku jab. pertanian buek projek mangga.Berpagar pulak tu.. Kek rumah mak saudara ku di tanah Felda tempat makan luas, jauh dari jalan raye pulak tu... So kek situlah aku mula2 ternak kambing secara sambilan sahaja.

Kmdn mak saudara ku pun dia tak larat lagi nak jaga. maklumlah kambing ni suka merayau... kekadang tak balik... biasolah dio dah jumpe member yang group besar...kmdn felcra di sane pulak ade buat tanaman nangka... so.. dio bubuh racun dan pelihara anjing2. Banyak juga kambing dan lembu pun mati dimakan anjing2 ni dan mati makan racun....

aku ngan ayah aku pun ambik la bawa kambing aku lebih kurang 4-5 ekor bawa naik dalam keta iswara ayah aku... pehhhh... kambing pun naik keta tau...hehe. Ikat kaki pastu sumbat la dalam bonet keto ayah aku...Tapi kejap je dari sane nak bawa kat rumah lebih kurang 15minit sampai..Kebetulan pulak projek jab. pertanian buat mangga terbengkalai.... maka sedang eloklah diusahakan ternakan kambing...

Sampai la ni kambing bebiri terus menghuni di belakang rumah aku... La ni yang aku tulis ada lebih kurang 19 ekor dah semuanya yang masih hidup ... ade 5 ekor jantan yang boleh dibuat akikah ke.. korban ke... atau sesaje utk makan satu keluarga...sesape yang berminat leh la hubungi aku.. Kambing aku tak makan 'pilot' atau dedak. makan daun dan semak - semak di padang ragut belakang rumah aku... tara bohong punye.... 'sure' masak kari kambing pergghhh kaw .. kaw... punye.. sebab makan tumbuhan asli... sesakali aku bagi makan roti gardenia... nak bagi dia jinak la...makan hari2 lari lak bajet makan aku woi....

Hmm tak rugi ternak kambing ni.. dengan ternak seekor saje dah membiak dah...tapi belilah yang betino dulu...kang dia pandai lah.. cari pasangan... kalau jantan camno lak pulak.... Alhamdulillah...Itu tak campur lagi yg aku buat ibadah korban untuk diri aku, isteri aku, arwah nenek aku, ibadah akikah untuk anak aku..buat kenduri selamat untuk mak ayah ku pergi haji.. kenduri untuk tunang adik perempuan aku...yang makan sesaje satu keluarga aku dah buat... maklumlah keluarga aku ni kuat makan kambing hehehe.... Yang dah jual... Tak campur lagi yang hilang adelah 3 ekor, kena makan rimau seekor, kena langgar keto seekor, yang mati adalah 3 - 4 ekor sebab sakit.. Tapi itu semua asam garam menternak... tak semestinya menjadi semua kan.. ade mase tak jadi....Redo dan tabahkan dalam hati ni...

Tapi semua itu adalah dugaan... apapun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah yang memberi rezki dan manfaat kepada aku dan keluarga aku dengan menternak kambing ni. ALHAMDULILLAH.....Cuma niat aku belum terlaksana lagi untuk bayar zakat ternakan kambing ni... tapi nisab dia dalam 44 ekor. Insyaallah zakat ternakan kambing ni aku akan tunaikan juga bila sampai nisab dia nanti...amin.

La ni... adik lelaki aku yang ambil alih jaga kambing keluarga aku ni. aku upah dia jaga... tengok2kan kambing ni...buka kandang bagi keluar makan... tutup bila dah masuk senja... bersihkan kandang...idup kan api.. ha... sesiapa nak taik kambing pun boleh... banyak taik kambing kat kandang tu hehehe.....aku pun ambik jugak nanti nak wat baje serai....hehehe

Aku mintak maaf la... aku tak sempat nak ambik gambar kambing kat ladang sebab mase aku sampai kg tu dah pukul 6.30ptg.. kambing2 dah masuk kandang... jadi gambar dalam kandang la ia dapat tengok.... Nanti lain mase aku snap gambar kek padang ragut yo...
"....YaAllah..kami mohon kepadaMU,janganlah Engkau lalaikan hati-hati kami dari terus memuji kehebatanMU dengan nikmat-nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.tambahkan lagi rasa syukur kami YaAllah....segala yang ada dilangit dan bumi adalah milikMU semata-mata....."

BaLiK KaMPuNG AKU d KG. PeRaDoNG, KuaLa KLaWaNG


Potang tu... lopeh asar.. aku sekeluarga bersiap nak balik kampung... ha.. kampung aku kek jolobu N. Sembilan.. Nama kampung aku kg Peradong.. dalam mukim Kuala Klawang.. Dari Seremban lalu bukit tangga ke Kuala Klawang pastu ambik jln ke Simpang Pertang arah ke Bentong Pahang. Dlm 7km sampai la kg aku... Kiro 45minit sampai la...

Nak ceto sikit ada apa kek Jolobu ni... Ha... Jelebu ni adalah kawasan yang paling kering di Malaysia. Purata hujan yg turun amat kecil sekali. Kek sini ado tompek pelancongan iaitu yang paling popular ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Lata Kijang. Kalau bawa sekeluarga pergi berkelah... pehhh memang best... mandi di jeram dengan dibasahi air gunung yang mendingingkan.. Gunung Telapak Burung dan Gunung Antu. ceto pulak tak best kan... so poi lah raseilah kelainannye...
*Tapi gambar sungai tu kek belakang rumah aku...bukan jeram toi...

TaNaM SeRai 4.4.2009







Ha!!!.. nak ceto sikit ni... hari sabtu aritu... aku tak takdo aktiviti @ program yg dibuat pada pagi.. lopeh poi pasor Seremban. Boring lak tak tahu nak wat pe.. aku terpikir gak.. badan dah naik dah ni.. lain macam rase badan (hehehe)....nanti tak hensem pulak...hehehe.. maaf gurau aje... aku terpandang laman depan rumah aku yg bersomak.. aku terpikir juga kalau aku wat sesuatu kat depan laman ni ada jugo manfaatnye...

Lalu mata aku tertumpu kat rimbunan serai... terdetik hati ku ingin tanam sorai kek kawasan laman yang bersomak tu...Hmmm ... apa lagi aku pun terus mengambil pisau di dapur dan terus ke rimbunan sorai untuk dah mengambil batang serai untuk dijadikan anak benih.....

Pastu aku pun menerangkan kawasan somak tu ... ambil cangkul dan mula membuang semak2 tu... diantaranye lalang, pokok berdurila... Pegghhhh!!!... penat juga menerangkan kawasan bersemak tu.. peluh mencieh-cieh kek muko.

Lopeh tu menggemburkan tanah tu... wat lubang... adalah 30 lubang yg aku buat( maknanya adalah 30 rumpun serai)... dan pastu tanam lah anak benih serai yang aku ambil tadi... puas juga hati aku... walau pun penat ... tapi melihat anak benih serai yang ditanam memberi kepuasan yang tidak terhingga di dalam hati ku.... Semoga serai yang ditanam memberi manfaat kepada aku dan jiran -jiran ku... amin.. doaku dalam hati la...

Yolah...nak terangkan jugak serai ni banyak gunanya tau.. nak masak lomak cili api pakai sorai... buat tomyam pakai serai..nak buat sate pakai sorai...pendek kata banyak la gunanya...badan pun rase sehat bila tanam sorai, teraso lenguh juga badan aku tapi elok juga, lemak pun terbakar juga bila tanam serai ni...

Hasil serai ni makan mase juga dalam 6 -8 bulan.. takpolah kena tunggu... nanti dah ade ...ha... aku ceto balik camno aku buat dengan hasil serai ni...tapi la ni aku kena jaga selalu, bagi baja.. siram selalu, buang rumput dan lalang yang menggangu pertumbuhan serai... Apapun aku berharap tanaman serai ini aku mengeluarkan hasilnye nanti.

Friday 3 April 2009

aPa iTu GaHaRu


Gaharu berasal dari perkataan sanskrit "Agaru" yang bererti kayu berat yang mempunyai damar atau resin yang beraroma harum apabila dibakar.Gaharu yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau 'stress' samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan normal.

Nama pasaran yang digunakan di peringkat antarabangsa dan tempatan pula adalah seperti Agarwood, Aloeswood, Eaglewood, Jin-koh dan Kalamabak.Kandungan Kimia : Gaharu didapati mempunyai komponen komponen utama berupa sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygegnated dan chromone.
Komponen-komponen lain yang lebih penting pula ialah agarospiral, jinkohol-eremol,jinkool yang menghasilkan aroma gaharu (nakanisihi et al, 1984).
Kegunaan :Digunakan dalam industri bahan wangian, perubatan, upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurverdic dan dibakar untuk mengharumkan rumah di negara Timur Tengah.

aWeK DeN


Awek aku yang berusia 2thn 3 bln. Nur Alya Batrisyia....

KG. TeNGaH, LeNGGeNG




Lopeh aku tgk ladang gaharu aku yang telah siap ditanam, aku ngan wife aku pun poe lah ke ladang gahru milik pengarah projek iaitu Tn Zulkifli di Kg. Tengah Lenggeng. Tanaman gaharu dio dah berusia 3 tahun. Fuhh... seronok jugak tgk gaharu dah bosar macam nia....

TaNaM 8.3.09 KG. JeLeBu LeNGGeNG,NS.











Setelah selesai kerja membajak lebih kurang tiga hari, tanah yang telah dbajak itu dibiarkan selama 2 -3 hari. Maka pada tanggal 8.3.09 hari Ahad, kerja - kerja penanaman anak benih gaharu telah mula dilakukan. Kerja penanaman anak benih gaharu(jenis Sub-integra) ini memakan mase 3 hari jugak.Untuk makluman, kami pajak tanah ini yang diuruskan oleh Tn Zulkifli Omar selama 10 tahun, dengan keluasan lebih kurang 1 ekar sahaja. Sebanyak 1,000 anak benih gaharu jenis Sub-integra telah ditanam. Jarak dia lebih kurang 6 x 6.

Semoga usahakan kami ini diberkati oleh Allah SWT. Amin..