Thursday 29 October 2009

~EMAS MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM~

Sompono ari jumaat, ari yg mulio...sey nak sampaikan dan kongsi tazkirah sikit....moga2 dapat manfaat kek kito semuo yo...
Sobonar e.. secaro sodar atau tidak, anda yg memiliki omeh(emas) akan menyumbang pada ekonomi umat Islam secaro tak langsung.
Bagaimano yo?
Cam ni ya...Melalui pembayaran zakat, anda harus ingat bahawa bagi setiap muslim yang simpan omeh, anda perlu lah mengeluarkaan zakat omeh apabila cukup nisab dan haul.
Syarat - syarat :
1. Emas tu milik sempurno.
2. Cukup haul dalam simpanan. 1 tahun qamariah atau 1 thn syamsiah.
3. Cukup nisab iaitu melobihi 85gram.
4. Kadar zakat 2.5% aje.
Makno ek...simpanlah omeh banyak2. Pastu jgn lak lupo keluarkan zakat omeh tu..Bantulah sodoro kito (umat Islam) yg kurang berkemampuan yo...
Insyaallah rezki kito bertambah dan berkat. Amin.
Kredit info : putraemas

Wednesday 28 October 2009

~TRANFORMASILAH~

Sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Sememangnya emas, wang atau apa sahaja yang ada di dunia ini tidak kekal. Akhirnya destinasi kita hanya kepada Allah s.w.t. dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat sama ada amalan soleh atau amalan toleh.

Transformasi...

Wang kertas hanyalah kertas biasa yang diperakukan oleh pemerintah untuk digunakan sebagai alat pertukaran urusniaga semasa. Kerana itulah di setiap wang dicetak 'Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai'. Apabila sampai suatu masa, maka pemerintah berhak untuk tidak lagi memperakukan nilai tersebut.




Tetapi untuk memelihara kekayaan yang sebenar, kita harus menjadi bijak agar kekayaan yang dimiliki tidak dimanipulasi oleh keadaan semasa dan dimamah inflasi. Antara cara yang dapat dilakukan ialah dengan menukar wang yang ada menjadi emas. Saya sendiri melakukannya kerana emas ialah antara logam bumi yang diterima dan diiktiraf di seluruh dunia sejak zaman-berzaman.
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan).
Kredit info : putraemas

~UNTUNG KO BOLI OMEH???~

Semuo orang nak untung. Takdo sapo nak rugi. Jadi, untung ko simpan atau boli omeh???. Anda sendiri tontukan. Nak tahu ilmu omeh ??? boli ebook sey di
Baru kito tahu betapo pontingnya boli atau simpan omeh untuk kehidupan akan datang... Sey nak kongsi kek rerakan sekalian. Kalau tak boli pun sey tak rugi apo2.. sey cuma nak sampaikan ilmu yg bermanfaat ... bak kato Nabil....."Lu Pikir Lah Sendiri".......

30 HARI

60 HARI

6 BULAN

5 TAHUN

10 TAHUN
So dah tgk graf omeh....fikir - fikirkan lah yo rerakan sekalian.....
Kalau 10 thn dulu sey boli omeh, maso tu 1gram rego baru RM 30 ko RM 40 ringgit. La ni dah mencanak jadi RM 115.00 1 gram. Kalau dulu boli 20gram dapek berapo la ni? kalau 50gram? kalau 100gram? Umannng ai... naik berapa %? kalau kito jual atau gadaikan???
Fikir - fikirlah rerakan sekalian...Beruntunglah kalau sey boli ebook omeh ni time dulu2, tapi takdo...
La ni dah ado jalan untuk rerakan tahu lobih lanjut.., bolilah... tak rugi...
Tapi takpolah itu dulu punyo ceto, la ni bolilah omeh.. 5thn akan datang berapo? 10thn akan datang berapo ? Fikir - fikirkanlah rerakan sekalian... minyak pun dah naik, inikan pula omeh....
"FAST ACTION, FAST RESULT"

Kredit info :www.putremas.com

~YANG MANA SATU PILIHAN ANDA???~


Tujuan posting kali ini adalah bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk yo. tapi sey nak ajukan soalan kek anda semuo.

Soalannya ialah: kalau anda diberi pilihan sekarang, untuk memilih sama ada longgokan emas atau longgokan duit yang sama harga dengan nilai longgokan emas itu, yang mana satu menjadi pilihan anda?


Jadi kepada rerakan semua, fikir-fikirkanlah.



Kredit info dari blog :http://goldjeman.blogspot.com

Tuesday 27 October 2009

MENGGEMPARKAN!! Emas-emas Yang Hilang kini didedahkan

Ya, betul!
Satu pendedahan rahsia iaitu Emas-Emas Yang Hilang Dibongkarkan!!
- Emas-emas mana yang telah hilang tu?
- Di mana ianya dijumpai?
- Siapa yang menjumpainya?
Pasti persoalan-persoalan ini bermain di ruang minda anda...

Usah peningkan minda anda dengan persoalan-persoalan tersebut.
Kerana, apa yang didedahkan tersebut bukan emas yang mana yang hilang, tetapi adalah
Ilmu Bagaimana Menjana Kekayaan Dengan Emas iaitu Emas-Emas Yang Hilang!
Mengapa ianya dinamakan Emas-Emas yang Hilang?
Tahukah anda betapa ramai dari kita yang memiliki emas tetapi tidak kaya dengannya. Apa yang kita tahu adalah GADAI, JUAL dan BELI SEMULA.
Itu saja yang kita tahu.
Tahukah anda, dengan berbuat sebegitu semata-mata, anda telah membiarkan EMAS anda hilang begitu saja. Apa yang hilang? Yang hilang adalah KEUNTUNGAN emas itu sebenarnya...
Inilah yang sering berlaku pada kita, gadai, jual beli emas, anda tetap rugi/untung sedikit. Mengapa? Kerana anda tidak tahu yang sebenarnya, tokey-tokey emas dan pajak gadai itu telah mencuri keuntungan emas anda yang sebenarnya.
Mereka beli emas anda dengan harga amat murah, tapi menjualnya berkali-kali ganda. Sebenarnya ramai di antara kita telah terkena! Maka tidak hairanlah barangan kemas pusaka nenek moyang anda seperti kurang nilainya apabila dijual kepada mereka.
Kini, anda pasti tidak lagi tertipu dengan mereka.
Kini panduan buat duit dengan emas didedahkan oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Team Rahsiaemas. Selepas ini, anda bukan saja mampu mengaut untung dengan barang kemas milik anda, tetapi anda mampu mempelajari berbagai-bagai ilmu pelaburan emas yang tidak pernah anda ketahui sebelum ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendedahan ekslusif tersebut, sila layari iklan di web saya disebelah ini atau
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
PERCAYALAH KATA SAYA INI.
ANDA TIDAK RUGI APABILA MEMBACA EBOOK INI.

Thursday 22 October 2009

~EMAS PERTAMA AKU~

Inilah roman omeh dari pandangan belakang PG Bar 20gram
Ini gambar depan, sampai teropong kamera pun leh nampak, kilau botul
Ha... yang ni disertakan kad pembelian beserta pengesahan

Pertama kali aku mengucapkan Syukur Alhamdulillah, kerana pada hari ini aku telah berjaya memiliki emas dari Public Gold Bar 20gram dari agen Seremban En. Azrul. Terima kaseh kepada En. Azrul kerana telah bersusah payah mengambil emas tersebut di Bdr Sunway Selangor dan menghantar kepadaku.

Rase lain macam aje, first time katakan...selalunye emas ni familiar kat kaum hawa. Aleh2 mcm tak caye je aku dah milik emas. Alhamdulillah... ini semua hasil pembacaan dari blog jutawan emas dan rakan2 blog emas yang lain. Yang mana telah membuka minda aku tentang kepentingan memiliki emas sebagai aset kehidupan akan datang. Walaupun bermula 20gram, tapi takpalah akan aku tambah sedikit demi sedikit mengikut kewangan aku. Bak kata pepatah "sedikit - sedikit, lama - lama jadi bukit kan..." Terima kasih kepada semua rakan2 blog emas yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga ilmu ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Tuesday 20 October 2009

~TAMBAHKAN ASET PELABURAN ANDA~

Inilah omeh yang dijadikan sbg aset, ado pelbagai bontuk.

Disini sey nak kongsi dgn rakan2 blog sekalian, sey ni nak kongsilah sedikit ilmu sey dapat dari Allah SWT. Mulo2 memang tak terpikir, tapi Allah dah bagi jalan dengan sey membaca satu majalah wanita org rumah sey maso ujung minggu aritu. terbaco satu artikel ttg pelaburan kuno yang boleh menjadi ando kayo dan selamat iaitu OMEH(EMAS). oMEH??? memang sey mulo2 jahil jugok, yolah omeh ni khusus utk wanita jo, tapi sey ni laki tapi boleh juga milik omeh dgn dijadikan sbg aset. Botul juga...Alhamdulillah, Allah dah buka pintu rezki.

Sey pun belek2 la dalam internet dalam blog2...umanng ai...dah ramai dah org kito(Islam) yang dah mulo membeli omeh sbg aset mereka. Bukan pakai sebagai perhiasan spt rantai atau subang yg kito pikir kan, tapi boli dijadikan aset dlm bentuk fizikal seperti bar dan syiling. Bilo baco pengalaman diorang ni, bagus lah. Yolah dulu thn 2002, hargo meh maso tu RM 50.00 1gram, la ni berapo??? RM 122.00 weh!!!! Kenaikan sebanyak 144% selamo 8 tahun. Kalau setahun 18% woiiii.....(kalah dividen ASB).


Benarlah kata Nabi kita SAW yang bermaksud :
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia.
Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.
Inflasi sifar selama 1400 tahun.Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.
Dulu RM 1,000.00 bolih boli 3 ekor kambing, la ni bolih boli 1 ekor sotongah jo... Makno nilai ringgit susut. Bezo kan dengan omeh.
Apapun, kito hendaklah mempelbagaikan aset pelaburan kito( bolo lombu kambing, tanam gaharu, simpan kek tabung aji), semogo ia dapat melindungi kito bilo maso todasak ko, atau di maso ari tuo kito.. maap la.. sey bolum maher lg pasal omeh ni...apapun sey dah link kan blog rakan omeh utk saudara2 kongsi ilmu diorang...
INGAT, MASO ITU OMEH

~7 BULAN USIA GAHARU KU~

Umanggg ai...dah somak ladang gaharu sey... ni ha... Bezo maso racun ari tu...
Alhamdulillah.... tumbuh dengan subur setelah gonap 7 bulan tanam...

Semogo torus subur hendaknye....

Terlebih dahulu sey mohon maap bebanyak2 kek kawan2, dan pelayar2 blog sey yg tidak jomu melihat blog sey, walaupun sey dah lamo tak update blog ni. Bukan apo, kekadang kojo banyak pastu takdo lak mood nak buek satu hal... tapi bilo dtg mood ni dan dalam laman sembang ado yg tanyo mana hilang sey ni..
Oklah... baru mingu lopeh, sey telah melihat gaharu yg gonap tujuh bulan kami tanam, bukan apo dah lamo tak jonguk, stat bulan poso sampai lah penghujung rayo barulah ado kesempatan, dan terus snap gambar utuk tatapan anda semuo.
Alhamdulillah, semuo e hidup dan tumbuh banyak daun.
Ya Allah, aku bersyukur di atas segala rahmatmu buat diri kami.