Thursday 17 March 2011

BENCANA DI JEPUN... 1 PETANDA BAYANGAN AKHIR ZAMAN ....



Bandar raya Tokyo kelam-kabut


SEBAHAGIAN warga China menunggu di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk meninggalkan Jepun.

--------------------------------------------------------------------------------


TOKYO - Ribuan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi di bandar raya ini semalam manakala berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini.

Lebih memburukkan keadaan, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda berkata dalam satu kenyataan, negara itu akan berdepan dengan masalah bekalan elektrik selama beberapa bulan lagi.

Amaran itu diberikan kerana bekalan tenaga elektrik ketika ini tidak mencukupi disebabkan masalah kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Loji nuklear itu telah meletup sebanyak empat kali selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada minggu lalu sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

Para pekerja kini berusaha untuk menyejukkan loji nuklear itu yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dengan menggunakan air laut.

Usaha itu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kadar radiasi tersebar ke udara sehingga mengancam kesihatan penduduk.

Sumber Akhbar Kosmo 18/03/2011


Kesimpulannya dari kisah ini .....


Apabila berlaku bencana, wang digital dlm bank sudah tidak berguna lagi.. Elektrik sudah tiada, maka emas dan komoditi lain sebagai simpanan kita.. Bencana tsunami di Japan merupakan sedikit bayangan akhir zaman, simpan emas sebagai persediaan kita sebelum terlambat....


Jangan salahkah sesiapa dan takdir....anda sudah tahu tapi tidak percaya terpulang..bukankah sekarang adalah tanda - tanda akhir zaman..... kalaupun emas dan perak tidak berguna di zaman anda...Ia amat berguna dan paling bernilai di zaman anak 2 dan cucu anda.......


Sekian salam peringatan dari ujang........

NISAB ZAKAT NAIK 14.11%

Salam pagi Jumaat, hari penghulu hari...hari yang mana kita digalakkan berbuat amal kebaikan , berselawat banyak2 ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sunat memotong kuku, bersedekah, berwangi2an untuk menunaikan solat Jumaat dan beberapa amal ibadah yang sunat kita lakukan pada hari Jumaat yang barakah ini...

Sempena hari Jumaat ini, aku nak share sikitlah pasal nisab zakat di N. Sembilan telah dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa, Jab Mufti N. Sembilan bagi tahun 1432H dan 2011 M adalah sebanyak RM 10,670.00 bersandarkan purata harga emas tahunan iaitu 85g. Kenaikan nisab zakat dari tahun lepas RM 1,320.00 atau 14.11%. Yang mana nisab zakat tahun lepas adalah RM 9,350.00.

Mmmmm...... dari fatwa yang dikeluarkan ini, maka jelaslah kita bahawa makin kurang umat Islam yang membayar zakat wang simpanan, pendapatan, saham dan perniagaan. Hal ini kerana, sesiapa yang menyimpan duit simpanan sebanyak RM 10 ribu atau mempunyai pendapatan bersih RM 10 ribu, sudah tidak lagi dikenakan zakat akibat kenaikan nisab zakat ini.


.....Alhamdulillah sib baik tak kono zakat ........ish....ish...ish... harap kita tidak lafazkan ungkapan ini ya... Zakat ini adalah rukun Islam yang ketiga yang mana tuntutan rukun Islam yang wajib ditunaikan selepas solat 5 waktu.


Umat Islam perlu menukarkan simpanan berasaskan fiat money kepada emas dan perak...Biarlah satu bulan 1 dinar (berat emas 4.25g) atau 1/2 dinar.. Insyaallah lelama akan bertambah sebanyak 85g( 20 dinar) dan seterusnya dapat membantu insan yang memerlukan. Terbukti emas dan perak kalis inflasi dan peningkatan amat tinggi sebagai contoh sebanyak 14.11 % setahun berbanding dividen yang diberikan oleh Institusi Kewangan yang lain.

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat...



sila klik utk besarkan

Thursday 10 March 2011

BUAT PILIHAN....... NAK SIMPAN EMAS KE ? ATAU NAK SIMPAN DUIT KERTAS ..????





Salam sahabat- sahabat sekalian.. video ini dipaparkan untuk memahamkan kepada sahabat2 yang amat liat dan sukar untuk membeli dan menyimpan emas sebagai pelindung anda...

Semoga anda kalian mendapat manfaat hasil pendedahan ini.........

:-)

Tuesday 8 March 2011

SEKADAR BERKONGSI KENAPA AKU SIMPAN EMAS & PERAK.........

Artikel ni aku tujukan kepada member-member semua.

Aku menyimpan, membeli, menjual dan cuba menggunakan dinar dirham dalam urusan muamalat.

Sekarang ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin hari, semakin mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.

Dan dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10 tahun dulu), orang kata mahal.

Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih mahal.

Tup tap tup tap, hari ni, RM 145/gram , pun masih mahal.

Entah bilakah akan murah emas ni ye?

Kalian masih ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di Tanah Melayu?

Di Malaysia ini.

Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan. Depa sandarkan dengan emas.

Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.

Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak leh tukar dengan emas balik.

British bawa balik bertan-tan emas free-free je ke negara depa. Orang tanah melayu kena tipu.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.

Orang Tanah Melayu rugi. Bertan-tan Emas.

Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.

Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.

Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.

Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, merasa selamat.

Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.

Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.

Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.

Itu Cerita RIngkas.

Hari ni, pakat pulun ramai orang makin celik, bab simpan harta ni.

Dari banyak-banyak aset, emas perak paling ramai yang dok bisik-bisik.

Biasa emas ni, orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.

dan Perak pula, orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan boleh beli.

Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.

Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).

Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak simpan?

Harga dirham sekarang ni, RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).

Masa saya mula beli dulu, 8 bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1 dirham.

Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham ) dunia (australia,canada amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.

Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.

Dirham ni, disebabkan dia mudah cair (boleh terus guna), jadi elok untuk kegunaan dan simpanan jangka pendek.

Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau terima, boleh terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) , kalau kedai tak terima, boleh simpan balik.

Untuk syiling auns ni,harganya murah tapi orang nak buat urus niaga tu, kalau yang betul-betul faham sahaja yang terima syiling auns ni sebagai buat jual beli barang.

Tapi, dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak. Dan penyimpan nilai terbaik.

1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?

Bahagikan duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan terpulang % masing-masing.

1- Kalau nak terus guna, beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa bawa, jumpa kedai, tanya, terima dirham tak, kalau terima, alhamdulillah, terus guna beli barang.

2 – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan sehingga berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau jongkong yang paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli dan simpan, lepas setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak yang ada).

Insya Allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.

Eh, eh…korang tahu kan apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?.........

(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi depa cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah).


Kalau dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.

Tempat simpan, jangan bagitau orang :)


Sekian,

kredit info dr umar alfateh..syazwan madihah...




Hah nialah.... goman duit pisang jaman jopun, zaman atok nenek kito maso dulu.....agak2 eh kalo korang dok zaman tu simpan duit ni 1 juta laku ke zaman sekarang ???? fikir2 kanlah.........

Tuesday 1 March 2011

NEGERI BERADAT SUDAH ADA DINAR DARUL KHUSUS



ALHAMDULILLAH......GELOMBANG DINAR EMAS TELAH SAMPAI MELEPASI SEMPADAN NEGERI YANG PENUH ADAT PEPATIH YANG DINAMAKAN DINAR DARUL KHUSUS...MEMANG TERKEJUT AKU....INGATKAN DINAR DARUL KHUSUS BELUM ADA YG BUAT LAGI.. RUPA2 NYA... SUDAH ADA ORG NEGERI YANG BERUSAHA MENYEBARKAN DINAR DARUL KHUSUS.... TAHNIAH KEPADA UST HAJI SHAFIE ATAS INISIATIF BELIAU MENEBIRTKAN DINAR DARUL KHUSUS........

DINAR INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN UMAT ISLAM DI NEGERI SEMBILAN MENDAPATKANNYA. DALAM MASA YANG SAMA KITA MENGAJAK UMAT ISLAM MELINDUNGI KEKAYAAN MEREKA DENGAN MENYIMPAN EMAS.




BAGI PENDOKONG DAN PEMINAT DI NEGERI SEMBILAN BOLEH MENDAPATKANNYA DENGAN MENGHUBUNGI PENGURUS DINAR DARUL KHUSUS:

USTAZ HJ. SHAFIE AL MUQRI NO. TEL: 019-384 9239.

ATAU LAYARI BLOG www.dinardarulkhusus.blogspot.com