Tuesday 7 December 2010

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS 85 GRAM ??? dan SILVER 595 GRAM ???

FORMULA DARI ALLAH SWT UNTUK KITA…

Syariat zakat yang difardhukan pada tahun kedua hijrah, adalah satu manifestasi unggul dalam konteks keseimbangan harta dan kekayaan dalam Islam. Ini kerana, tiada larangan dalam Islam terhadap keinginan kita mengumpulkan harta kekayaan. Sebaliknya, Allah menggalakkan pula, umat Islam mencari rezeki dan kekayaan sepertimana firmanNya :

“Apabila selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing – masing), dan carilah limpah kurniaan Allah,….”

(al – Jumu’ah : ayat 10)

Kekayaan umat Islam Allah SWT telah imbangi dengan ketetapan berzakat. Perintah yang bersifat rukun ini, jika dipatuhi maka akan melahirkan si kaya yang taat dan terpuji akhlaknya.

Persoalannya, siapakah yang menentukan 2.5 % daripada harta kekayaan kita perlu dizakatkan ? Siapakah yang menetapkan nilai 85gram emas sebagai nisab kekayaan umat Islam ?

Begitu juga perak….siapakah yang menetapkan nilai 595gram wajib dikeluarkan 2.5 %..?? Begitu juga tempoh masa (haul) sebagai masa minimum kekayaan umat Islam ?


Semua persoalan di atas, jawapanya Allah SWT yang tetapkan melalui utusanNya baginda Nabi Muhammad SAW, maka digariskan formua demi formula bagi tujuan keseimbangan kita dalam berharta. Formula yang bersifat mapan atau ‘established’ kata orang zaman ini. Ia sesuai sepanjang zaman, setiap keadaan dan di mana jua.





Kadar zakat 2.5 peratus sudah cukup bagi menjamin keberkatan harta. Nilai 2.5 peratus ini zahirnya amat kecil. Jika di dalam kocek kita ada RM 1,000.00, maka nilai zakat kita hanyalah RM 25.00 sahaja. Tetapi nilai yang kecil kelak akan memberikan impak penambahan kepada harta kita. Allah SWT menjamin setiap satu sen yang dizakatkan, akan dibalas dengan nilai tujuh kali ganda, 100 kali ganda bahkan ada yang tidak terhitung lagi nilai gandaannya. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang – orang yang menafkannya hartanya di jalan Allah (zakat, sedekah, dan sebagainya) adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap – tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui.”


( al – Baqarah : 261)


Sekali lagi, bukankah Allah SWT menjamin balasan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Inilah unik dan ajaibnya, formula dari Allah SWT dengan memberi balasan yang berkali – kali ganda. Maka tidak syak lagi, zakat emas dan perak adalah formula ketetapan Allah bagi menjamin kehidupan manusia itu sendiri. Maka beruntunglah bagi mereka yang mengamalkannya formula ini di dalam kehidupan, sedang merugilah mereka yang sering menangguh – nangguhkan amalan.


Mengapa anda perlu membeli emas (85gram) dan perak (595gram) kemudian menyimpannya…???



Mmmmm………persoalan yang mungkin kita sendiri tidak sedari mengapa had minima dikeluarkan zakat…. Padahal ia amat baik untuk kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada ajaran al – Quran dan As- Sunnah. Ini kerana …..apabila kita menyimpan dalam bentuk wang kertas…..ia akan menyebabkan nilai dia susut saban tahun….dan seterusnya kita menjadi hamba moden zaman kini apabila nilai wang kertas kita dirompak setiap hari…

Rompak ??? hehehe….. tu lah……korang tentu marah kan..? apabila korang penat bekerja setiap hari…. pastu dapat bonus setiap tahun….. tetiba duit korang kena rompak…..tak percaya ke ..????? baru – baru ini minyak dah naik, gula dah naik, gas memasak dah naik….alasan subsidi…tetapi bukan itu sebenarnya…. Tetapi nilai wang kertas kita tiada nilai setiap tahun….Tak percaya ….? meh sini tgk jadual di bawah :



sumber info nisab Pusat Zakat N. Sembilan

Kalo korang simpan duit kertas tahun 2003 sebanyak RM 3ribu, korang tahun tersebut kena zakat wang simpanan sebanyak RM 3 ribu x 2.5% = RM 75.00 sahaja, sebab tahun tersebut duit korang RM 3 ribu dah melebihi nisab RM 2,875.87…. Tapi….la ni tahun 2010 korang simpan duit kat bank RM 3ribu dah tak kono zakat wang simpanan sbb nilaian nisab bersandarkan harga emas 85gram dah RM 9,350.00……..maka ade seorang makcik pun kata “Alhamdulillah……..sib baik tak kena zakat…..ish…ish….kenapa macam tu ekkk ???? …mmmm…musykil gak aku ada org jenis macam ni…..hehehe…semoga Allah memberi hidayah kpd nya…amin… Jadi setiap tahun kalo orang Islam simpan wang kertas dalam bank @ institusi kewangan akan tidak dikenakan zakat, sebab jadual atas telah menerangkan...dan maybe tahun 2020, nisab zakat harta RM 30,000.00...maka makin kuranglah orang Islam mengeluarkan zakat harta..Bukan sahaja zakat simpanan sahaja, tetapi mungkin pendapatan, saham, dan perniagaan.


Tetapi sekiranya korang tahun 2003, membeli emas 85g dengan anggaran harga nisab RM 2,875.87 pada tahun tersebut dan membayar zakat emas sebanyak RM 71.89, anda konsisten setiap tahun menunaikan zakat emas malah bayaran zakat emas anda tunaikan setiap tahun meningkat dari setahun ke setahun berdasarkan kenaikan harga emas setiap tahun naik dalam purata setahun 25%. Kena zakat 2.5% aje je...ade untung lagi lah........

tapi aku pelik…orang sanggup simpan kat tabung haji sebab nak pergi haji….diorang kata nak tunaikan rukun Islam kelima…..Jadi…??? zakat ini rukun Islam yang keberapa ekkk..???? anda sendiri tahu jawapannya kan… kalo dulu nak pergi haji RM 8 Ribu….sekarang RM 10 ribu …akan datang ni …aku dengar nak naik lagi ni...…maybe RM 12ribu kot…


Sedarkah anda, dengan menyimpan wang kertas kat bank @ institusi kewangan (ASB,TH)…., tiap – tiap tahun dimamah inflasi (kenaikan harga barang dsb)….tapi kalo korang terbalikkan jadual kat atas dengan membeli dan menyimpan dalam bentuk emas 85gram tahun 2003, pada mase tersebut dengan nilaian dia RM 2,875.87, maka tahun ini 2010, nilai dia dah jadi RM 9,350.00. Kenaikan sebanyak RM 6,474.13 atau peratus kenaikan sebanyak 225.11% selama 8 tahun, atau secara purata kenaikan dia 28.13%......Wow……banyak naik tu…hehehe kalah simpanan ASB dan Tabung Haji… jadi nampak tak..????


Sehubungan dengan itu, aku mohon kepada kekawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku ini, marilah kita membeli dan meyimpan emas sebanyak 85gram* serta membeli dan menyimpan silver 595gram* (* tapi kalo lebih 85g @ 595g….. bagus jugak…sebab dapat tunaikan zakat emas dan perak lebih…). Sebab…??? Harga emas dan silver ini murah lagi pada tahun ini, berbanding tahun depan dan 2 tahun lagi… Tak percaya lagi…..??? terpulang lah ….jadual di atas mengambarkan kenaikan harga emas, anda ada mata, lihat dengan mata hati…..dan ada otak fahami dan fikirkan maksud tersurat dari kandungan Quran dan Sunnah…….



Alhamdulillah ...aku dah bayar zakat emas..ni nak tunggu bayar zakat perak pulak...

Selain kita kaya di dunia dengan aset emas dan silver yang kita ada….secara tak langsung kita sebenarnya dapat membantu insan – insan yang memerlukan dengan berzakat emas dan perak yang kita tunaikan… seterusnya menambah saham akhirat kita kelak nanti dan Allah SWT akan memberi ganjaran di dunia sepertimana firman yang telah dinyatakan atas tadi tanpa kita sedari….

Idea penciptaan wang kertas ini adalah dari yahudi yang mana dengan menyimpan wang kertas selamanya akan anda tidak dikenakan zakat wang simpanan, malah lebih teruk lagi anda mungkin pada masa hadapan tidak dapat tunaikan haji akibat kenaikan kos menunaikan haji saban tahun…

Semoga dapat ilmu bermanfaat dan terus amalkan……

Salam Maal Hijrah......Berubahlah dari menyimpan wang kertas....kepada menyimpan emas dan perak...sebelum terlambat....

8 comments:

  1. semoga kita tidak menjadi org yg lupa menunaikan rukun islam ini dan kufur dlm kekayaan..amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,
    Artikel yg menarik, mohon utk share dlm blog saya

    ReplyDelete
  3. Terima kaseh atas lawatan blog saya...dan sesiapa yg ingin share dlm blog masing2.. bolih copy utk ilmu yg bermanfaat utk dikongsikan bersama........ :-)

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulilah..dengan pendedahan ttg zakat ini dapat membuka mata umat islam di luar sana akan kepentingan kaitan emas,harta dengan zakat ni..mudah2han kita masih ada masa dan peluang untuk berubah..

    ReplyDelete
  5. thanks wan..ilmu yang sgt berguna..sbb wan punya blog sy dh simpan skit2..timbul kesedaran bila baca..terima kasih banyak2..ada apa jgn lupa bgtau ok wan..tq :)

    ReplyDelete
  6. Ucapan terima kaseh jugak kepada kekawan yg sudi melayari blog saya ini...ilmu saya dapat ini utk dikongsi bersama- sama. Semoga kita mendapat manfaat atas kesedaran ini.. Terima kaseh Fahmi, shaz, fadil,ms Teddy dan semua yg tidak di sebut. Harap kalian semua dapat sebar2 kan ya...

    ReplyDelete
  7. Bagus pandangan dalam blog ni...

    Quotes: "Janganlah berdoa untuk meminta banyak harta sebaliknya berdoalah untuk menjadi orang yang banyak berzakat atas sedemikian banyaknya harta...

    ReplyDelete
  8. Terima kaseh saudara aziz atas komen yg diberikan...

    Betul jugak tu...kalo kita berazam dan berdoa untuk memperbanyakkan zakat emas dan perak secara tidak langsung harta kita bertambah

    ( maksud di sini cth 85g emas kita berzakat tahun ini...maybe akan datang kita berdoa utk perbanyyakan bayaran zakat emas tahun depan, insyaallah akan bertambah jadi 100g emas secara tidak langsung atas keazaman dan doa kita itu tadi)

    ReplyDelete