So rerakan sekalian bertindaklah, mulakan langkah pertama anda dengan memiliki emas. Seperti kata guru saya:
Tuesday, 5 January 2010
2009 BERLALU, 2010 MENJELMA......
Wednesday, 23 December 2009
DI MANA NEGARA ISLAM ???

US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.
Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini! .
Friday, 11 December 2009
BERSEGERALAH ANDA JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA.
Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah. Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Sebagai contoh wang kertas negara Iraq, Saddam Husin. Terus tak laku apabila Iraq jatuh di tangan US. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Sumber : Milenia Muslim, Julai
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.
JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 019-245 6085. MULAKAN SATU DINAR EMAS, 20G DAN SETERUSNYA. SEMOGA BEROLEH RAHMAT.
Wednesday, 9 December 2009
RENUNGI, FAHAMI & HAYATI MAKSUD AYAT AL - QURAN INI
KEHIDUPAN DUNIA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.
Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
KEHIDUPAN DI SYURGA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.
Wahai hamba-hamba-Ku, tiada kebimbangan terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.SUDAH BERSEDIAKAH ANDA ??? WANG KERTAS TIADA NILAI AKAN DATANG.

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam.
Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar.
Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risknot only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.
Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam” ..mungkin 5 tahun lagi..
p/s : Artikel diatas saya ambil di forum carigold.com.Saya tidak dapat mengesahkan siapa dan bila artikel ini ditulis tidak dapat saya sahkan , walaubagaimana pun artikel ini boleh dijadikan info yg berguna untuk kita semua.
kredit info emaskini.
Sunday, 6 December 2009
BELI HARGA EMAS TINGGI BUAT ANDA RUGI ???
Salam sahabat emas…..Susah untuk kita mengerti kenaikkan dan kejatuhan harga emas.Memang kita semua dapat membuat kajian kenaikkan dan kejatuhan harga emas berpandukan pada faktor-faktor, namun tidak semestinya tepat.
Sebagai contoh minggu lepas saya “lock” harga emas 20 gram dengan nilai emas RM2908 kerana mengjangka harga emas tidak akan turun tapi jangkaan meleset.Bila tengok harga hari ini RM2793 ( ketika artikel ini ditulis ) .
Wahhhh saya dah rugi……betul ke saya dah rugi ?Jika dilihat dengan pandanga kasar memang saya rugi RM115.Hakikatnya , kita hanya rugi RM115 dalam masa beberapa hari/ seminggu atau sebulan tetapi kita tidak rugi untuk jangka masa yang panjang ( 3 bulan , 6 bulan , 1 tahun , 2 tahun dan seterusnya ) kerana harga emas akan meningkat saban tahun , sebagai contoh carta kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun .
Kita harus faham , emas bukan pelaburan jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang ( kalau kena caranya , pendek pun boleh jadi untung).
Penurunan harga sekarang hanyanya untuk pembetulan sahaja dan tidak lama. selepas itu, harga akan naik kembali.
Wednesday, 2 December 2009
MASIH TAK MAHU BELI EMAS LAGI ???

Segala pujian kepada hadrat Allah, di atas nikmat dan rahmat dari Mu...
Disini disertakan carta kenaikan rega emas dari Januari hingga November 2009. Kenaikan sebanyak 37%.
Subhanaallah.... Kalah dividen ASB, dan saham bank rakyat.
Jadi kenapa rerakan sekalian tunggu lagi tak nak beli emas... terpulang... apapun syabas dan tahniah kepada En. Hammami dari Bukit Mahkota, En. Amri dari Batu Kikir, Pn. Maisarah dari Kajang, En. Mohd Akmal, Pn. Rushana dari P.Dickson , Azwahida dari Jelebu, En. Yusof dari Selama Perak, kerana telah bertindak awal dan bijak membeli emas.
Dan sekarang...anda sekalian telah tersenyum puas di atas kenaikan rega emas sekarang yg telah tuan2/ puan2 miliki dari saya. Apapun saya tumpang gembira melihat rerakan telah gembira dan senyum di atas kenaikan rega emas ini. Tapi nak pesan, jangan lupa sedekah atau zakat emas ye...kerana tak banyak pun 2.5% je, naik 37% tinggal 34.5%. Insyaallah rezki kita bertambah dan berkat. Secara tak langsung dah tunaikan rukun Islam kita yang ketiga...Jangan tamak ye...
Apapun, kepada rerakan sekalian yang belum membeli emas, masih belum terlambat. Belilah sekurang2nya 1 dinar atau 20g. Hubungi saya untuk penerangan lanjut 019 - 245 6085.
Kepada yg baru, tolong baca artikel dlm http://www.jutawanemas.com/ , http://www.publicgold.com.my/ dan http://www.publicdinar.com/.
atau nak info lanjut baca EBOOK ni..http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=azwanora