Friday 3 April 2009

BaGaiMaNa AKU BeRMuLa TaNaM GaHaRu...

Tanggal 21.2.2009 hari Sabtu 8.30 pagi, Aku bersama rakan partnerku telah pergi berkunjung ke Kg Jelebu, Lenggeng N. Sembilan. Tujuan adalah untuk melihat tapak projek tanaman gaharu yang kami akan usahakan.

Hah... nak tahu juga kan macamana kita orang boleh berminat tentang tanaman ini??? Panjang ceto dio.. tapi aku cetokan serba sedikit... cam nia...., rakan partnerku iaitu En Mohamad dan aku telah pergi ke satu taklimat penanaman gaharu yang telah di adakan di SRA Ampangan Seremban pada awal bulan 2 lalu. Taklimat di sampaikan oleh En Zulkifli Omar member kawan aku. Bayaran mase tu cuma RM 10.00.(kiro murah la tu... siap ade minum ptg skali).

Balik dari taklimat, hah!!! apa lae... aku punyolah somangat nak tanam gaharu dek kerano oleh dio punyo pulangan yang menguntungkan. Sejak pulang dari taklimat tu aku pun berangan dan berimpian nak tanam gaharu . bak kato org berilmu " IMPIAN TAKKAN MENJELMA SELAGI ANDA TIDAK BERMIMPI UNTUK BERIMPIAN". Hahh ... botul tak??? .

Selain itu, aku banyak juga servey di dalam internet ttg gaharu ni.. banyak juga info -info yg aku dapat.. terutama blog tanamkaras... terima kasih di atas maklumat yg dipaparkan blog tuan.. banyak membantu dan menambah ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment