Tuesday, 3 April 2012

“1GRAM CINCIN , 1 PELABURAN, 1 KEJAYAAN!”




Assalammmualaikum WMT dan salam sejahtra kpd rakan2 pengunjung blog setia....

Hasrat di hati ingin membeli dan menyimpan emas setiap bulan......Namun akibat rega emas yang sentiasa naik, telah membantutkan hasrat aku dan mungkin kawan2 sekalian berbuat demikian.......

Maklumlah…kita kena faham…ade sebahagian dari kita yang terdiri yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap…ade tanggungngan yang besar......ade yang keja doktor.....ade yang maseh pelajar......ada anak yang ramai, dan sebagainya.......

Jadi lantaran dari itu, aku ingin berkongsi kpd rakan2 sekalian yang mempunyai hasrat di hati utk menyimpan EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA......mulakan dengan membeli 1gram cincin belah rotan yang amat sesuai bg yang tidak mempunyai bajet besar utk menyimpan emas.

pakaging yang menarik dan kemas

Yang saya tertarik ingin dikongsikan kpd kawan2 ialah dgn belian 1gram cincin belah rotan sesuai menyimpan sebahagian gaji kawan2 dalam RM 200 ke bawah bolih memulakan simpanan emas berupa 1gram cincin belah rotan…

Kemudian inkes kalo terdesak pun bolih jugak digadaikan di ar-rahnu sekiranya kawan2 ingin memerlukan wang tunai utk perbelanjaan kecemasan.

1g cincin yang dilaminate...kemas dan cantik..



Jadi kpd kawan2 yang ingin berminat menjadi ahli dan menambahkan pendapatan bolih lah email kpd saya untuk maklumat lanjut tentang program ini yang aku rase amat menarik disertai........

Silakan email : azwanora@gmail.com




Petikan Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 Disember 2011

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia….”

apalagi bertindaklah segera....

Sunday, 25 March 2012

EMAS VS MATA WANG MALAYSIA (RM)

Assalamualaikum WMT.....

1-2 tahun kebelakangan ini aku banyak meng'educate' orang perihal 'True Money' which is Gold/Emas dan juga Silver/Perak. Aku mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham. Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang benar dan mana yang tipu.

Dekat bawah aku sediakan satu gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.


(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.


(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama!!!
Faham kan? Dah nampak????

8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai di antara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat sekitar RM 1 juta pada tahun 2012????

Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Kerugian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai.... Kita yang tertipu!!!!.....

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil!!!! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir.....

Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!..
Sekarang anda nampak ???


Harga emas dunia...Graf amat menakutkan bukan ???


Harga Perak dunia......Graf yang juga amat menakutkan bukan ?????

Ramai yang tertanya kenapa harga emas dan perak boleh melambung sebegitu rupa? Aku ada jawapanya. Bukan emas yang mahal!!! bukan perak juga yang mahal... Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu??? Dan jawapan dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas dan perak menjadi begitu. Jangan gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba. Tunggu aku terangkan nanti. (InsyaAllah next entry)

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 gram emas) boleh membeli seekor kambing dan 1 dirham (2.975 gram perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok. Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!

p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000 dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!

p/s: Siapa boleh jawab kepada aku? Kenapa semua ini terjadi????????

Panji-panji hitam di akhir zaman datangnya dari belah timur. =)

SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA


KREDIT INFO : http://carlsamsudin.blogspot.com

Monday, 20 February 2012

SEJARAH TENTANG EMAS......TIDAK PERNAH MENIPU !!!!!

Ya....memiliki emas dan perak sebagai aset sebenar harta adalah langkah terbaik bagi menjamin kehidupan masa kini dan akan datang (untuk diwariskan kepada anak cucu).

Selain dapat menunaikan zakat (sekiranya melebihi nisab), memiliki emas dan perak akan dapat menjaga nilai harta berbanding wang kertas yang hanya merupakan INSTRUMEN untuk memanipulasi agenda politik, peperangan, minda dan sebagainya.

Jika kita ikuti kisah-kisah pelarian Vietnam, kita akan merasa terkejut disebabkan mereka lari keluar negara sehelai sepinggan, tetapi di dalam kocek mereka ada bekalan emas,

bukan Vietnamese Dong !!

Mereka tahu matawang mereka tidak laku !

Ditambah pula ketika perang, wang kertas dijadikan bahan propaganda. Mereka cetak agenda-agenda propoganda di atas wang dan ditaburkan beribu-ribu keping dari helikopter.

IANYA HANYA SEKEPING KERTAS !

Itulah dia istilah “helicopter drop”.



Agenda yang sama juga berlaku di Malaysia hari ini, bila pihak pemerintah memberi wang percuma berbillion-billion ringgit untuk memenangi pertandingan populariti. “Malang”nya kaedah hari ini lebih halus, tiada siapa yang terbunuh, tiada yang menderita. Malah kita bergembira dan menyanjung usaha itu. Ini menjadikan kita terus leka di hambakan oleh golongan elit.




Jangan melatah kalau ini berbau politik. Ini bukan maksud saya untuk membuat cerita politik...bukan....sekadar memberi contoh tentang realiti sekarang...buka minda dan fahami tentang sejarah dan fungsi EMAS.....

Tak percaya, cuba tanya pendatang Vietnam yang lari ke negara kita hari ini!!!

keratan akhbar Harian Metro 18 Februari 2012




SEPERTIMANA KATA SOSIALIS NEGARA VIETNAM :

"EMPAYAR BOLIH JATUH....MATAWANG BOLIH BERUBAH...TETAPI EMAS AKAN TERUS BERTAHAN...."

Kredit info : PETIBESI.NET

Wednesday, 1 February 2012

DALAM SEJARAH ISLAM....EMAS MERUPAKAN MATAWANG & ASET SIMPANAN YANG BAIK.....

Terbaca artikel di surat kabar Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari 2012 hari Khamis. Penuh dengan ilmu dan bermanfaat tentang RAHSIA EMAS......


(sila klik utk besarkan)


Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
--------------------------------------------------------------------------------


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata:
Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

#Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

#Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

# Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

# Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

# Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

# Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

link utusan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

HANYA DALAM SEBULAN...KIJANG MELOMPAT 6.29%!!!!!



Bulan Januari 2012 baru je berlalu...sekejap je...pejam celik...pejam celik....pejam celik....dahhh sebulan dahhh...terase mase berlalu begitu pantas ... Betullah kata orang " MASA ITU EMAS" !!!!

Dan ia memang berkait lah mase dengan emas....tak caya ???? cuba kalo tengok simpanan kijang emas jika beli di awal Januari 2012 yang berat 1 auns RM 5,283.00.... sehingga 31hb Januari 2012 RM 5,615.00. Dalam mase sebulan je Kijang Emas telah naik sebanyak RM 332.00 @ 6.29% !!!! fuhhh......kalah simpanan dalam bank !!!!!

Dalam mase sebulan je dah untung membeli dan menyimpan kijang emas sebanyak 6.29%....huhuhuhu...sapa nak bagi????.....jadi...sebaiknya kitalah sendiri yang uruskan simpanan kita....kalo nak harap return simpanan ASB dan Tabung haji pun tak bagi keuntungan mcm ini dalam mase sebulan.....

Jadi.....anda bila lagi nak mulakan simpanan emas ???? jangan bertangguh lagi.... kerana MASA ITU EMAS !!!!

Monday, 16 January 2012

SAMPAI BILA ANDA TIDAK MAHU MEMBELI & MENYIMPAN EMAS ..????

Hari ini terbaca satu artikel pakar ekonomi di dalam Berita Harian bertarikh 17hb Januari 2012, semoga kita dapat membuka kesedaran mengapa perlu membeli dan menyimpan emas....





Artikel penuh :

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

rujukan sumber : Berita Harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

ALTERNATIF SELAIN KIJANG EMAS.....MAPLE LEAF GOLD COIN.....

Selain syiling kijang emas yang dijual oleh Maybank cawangan tertentu....terdapat juga pilihan penyimpan syiling emas yang lain yang di jual oleh pihak bank selain Maybank iaitu UOB Bank... dan semestinya yang paling hot jualan syiling emasnya adalah maple leaf gold coin...




Yang mana selain saiz spt kijang emas 1 auns, 1/2 auns dan 1/4 auns...syiling maple leaf ade juga dijual bg yang tiada bajet besar utk membelinya bersaiz 1/10 auns(3.105gram) dan 1/20 auns ( 1.555gram) ... yang mana harga sekitar hari ini bawah RM 750.00. Sesuai bagi mereka yg ingin berjinak2 utk merasa aura emas..Yang menariknya emas syiling emas maple leaf ini purity 24 K dan jenis emas 999 dan juga merupakan lega tender yg dikeluarkan oleh kerajaan Canada sptmana Kijang Emas keluaran dr Bank Negara Malaysia..



Untuk melihat harga terkini emas tersebut bolih layari web site UOB spt buriran berikut :

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold