Monday, 16 January 2012

SAMPAI BILA ANDA TIDAK MAHU MEMBELI & MENYIMPAN EMAS ..????

Hari ini terbaca satu artikel pakar ekonomi di dalam Berita Harian bertarikh 17hb Januari 2012, semoga kita dapat membuka kesedaran mengapa perlu membeli dan menyimpan emas....





Artikel penuh :

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

rujukan sumber : Berita Harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

ALTERNATIF SELAIN KIJANG EMAS.....MAPLE LEAF GOLD COIN.....

Selain syiling kijang emas yang dijual oleh Maybank cawangan tertentu....terdapat juga pilihan penyimpan syiling emas yang lain yang di jual oleh pihak bank selain Maybank iaitu UOB Bank... dan semestinya yang paling hot jualan syiling emasnya adalah maple leaf gold coin...




Yang mana selain saiz spt kijang emas 1 auns, 1/2 auns dan 1/4 auns...syiling maple leaf ade juga dijual bg yang tiada bajet besar utk membelinya bersaiz 1/10 auns(3.105gram) dan 1/20 auns ( 1.555gram) ... yang mana harga sekitar hari ini bawah RM 750.00. Sesuai bagi mereka yg ingin berjinak2 utk merasa aura emas..Yang menariknya emas syiling emas maple leaf ini purity 24 K dan jenis emas 999 dan juga merupakan lega tender yg dikeluarkan oleh kerajaan Canada sptmana Kijang Emas keluaran dr Bank Negara Malaysia..



Untuk melihat harga terkini emas tersebut bolih layari web site UOB spt buriran berikut :

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Monday, 2 January 2012

1 TAHUN…KIJANG EMAS MELOMPAT 14.73% !!!!!!

Sedar tak sedar, kita telah memasuki gerbang tahun baru 2012, terase sekejap saja tahun 2011 berlalu. Pejam celik....pejam celik dah masuk tahun baru dan sudah semestinya setiap dari kita mempunyai impian dan target untuk perubahan diri masing – masing.


Hmmmm......bercerita tentang perjalanan tahun 2011 yang lalu, prestasi kijang emas dalam 1 tahun telah melonjak sebanyak 14.73%. Peratusan yang amat baik bagi sesiapa yang mula menternak (membeli dan menyimpan) kijang emas sebagai aset simpanan. Kalo dilihat simpanan kewangan di istitusi kewangan yang purata setahun pun dalam 5 – 8 % setahun.




Penyimpanan kijang emas ini di anggap berbaloi2 selain menyimpan nilai kekayaan dengan menyimpan emas, dan juga sebagai keselamatan inkes berlaku kejatuhan wang kertas.......Sekiranya terdesak untuk menggunakan wang tunai untuk menguruskan perbelanjaan keluarga, aset kijang emas yang kita simpan bolih digadaikan di Ar-Rahnu X- Change atau sebahagian Ar-Rahnu Bank Rakyat dengan dikenakan upah simpan yang berpatutan dan diberi pembiayaan kewangan sebanyak 60 – 70 % atas gadaian kijang emas yang kita buat mengikut harga emas semasa harian.........



Ade sebahagian pembelian kijang emas akan menjual kijang emas apabila cukup sasaran simpanan mereka........Cuma aku tidaklah galakkan menjual......sebab pertama kalo nak beli balik kijang emas dah mahal dah........

teringat aku membeli kijang emas 1 auns baru RM 3,900.00, ½ auns RM 1,950.00 dan ¼ auns 994.00 pada tahun 2010. Bandingkan harga kijang emas tahun 2010 aku beli dulu dengan harga kijang emas sekarang..........jauh beza kan??????


Terpulanglah pada diri individu masing2......bagi aku menyimpan emas adalah lebih baik untuk mengelakkan kalis inflasi yang saban tahun semakin menyusut nilai wang kertas kita…kalo nak guna duit hanya guna gadaian ar-rahnu sahaja...... tak perlu lah menjual balik kijang emas yang di beli.

Selamat tahun baru 2012 buat penternak – penternak kijang emas........Agak -agak berapa ye harga kijang emas nanti pada hujung tahun 2012 ?????

Wednesday, 21 December 2011

BAIK BELI TERUS FIZIKAL KIJANG EMAS........




Hari ini terbaca satu iklan dalam surat kabar Berita Harian bertarikh 21/12/2011....

Wah.... tak sangka pulak...Maybank promote kijang emas 1 auns...tapi bukan suh beli kijang emas fizikal...tetapi membeli atau mendeposit sekurang2nya 1 gram emas dalam Akaun Pelaburan Emas Maybank yang mana mungkin nasib atau ade rezki...bolih dapat Kijang Emas 1 auns...

Hadiah Kijang Emas 1 auns ditawarkan pulak hanya 3 kpg je....baik terus beli fizikal kijang emas terus....kalo tak mampu nak beli 1 auns..(31.1gram) ....

bolih beli 1/2 auns ( 15.55gram) atau kalo tak mapu lagi bagi yang takde bajet besar ....baik beli 1/4 auns (7.78gram)...kok2 sosak..bolih je gadai kat ar-rahnu....

jadi belilah kijang emas fizikal, anda tahu auranya...saya dah ada dah.... :-)

Thursday, 15 December 2011

JIKA TIDAK PERCAYA.....TERPULANGLAH.....JANGAN BELI

Saya percaya, seperti setiap kali dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.

Percaya bahawa wujudnya Allah. Percaya bahawa Allah itu satu.

Percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya, kepercayaan saya pada logam-logam berharga sehingga tahap itu sekali.

Saya percaya bahawa wang kertas ini “haram”.

Saya percaya wang sebenar adalah benda yang menyimpan nilainya yang sebenar. Bukan seperti sekeping kertas kosong yang kita cetak gambar-gambar orang yang dah mati dan kemudian kita cetak angka untuk sesuka hati memberikan nilai padanya.

Harga logam-logam ini naik atau turun tidak mempengaruhi dasar saya.

Dan sekarang ni wang kertas pun dah kira “old school”. Sekarang wang sudah ada wang ”digital” (kad kredit, kad debit, online banking, sms online dsb).


Anda boleh sogok lah saya dengan macam-macam hujah dari pakar ekonomi mengatakan instrumen-instrumen pelaburan wang kertas ini unggul, ikut Syariah, lumayan, etc.

Soalan saya kepada mereka-mereka ini mudah sahaja,

Adakah wang kertas itu sendiri “Syariah compliant” ??

Anda juga pasti akan pertikaikan hujah saya. Betul saya juga pakai duit kertas. Saya juga buat pinjaman. Saya juga simpan duit di bank.

Siapa dari 7 billion penduduk dunia ini yang terlepas dari pakai wang kertas ?


Jika emas atau perak adalah wang sebenar, kenapa ianya tidak lagi digunakan ?


Itu soalan cepu emas yang anda patut tanya pada diri anda sendiri.


Untuk menjawab persoalan-persoalan diatas, saya syorkan anda menelaah buku-buku berikut.


Pertama :

Untuk memudahkan kita yang dah lumrah dengan wang kertas, cari buku Guide to Investing in Gold & Silver karya Michael Maloney. Ini adalah buku sejarah.

Buku ini akan menjawab persoalan-persoalan diatas dari sudut sejarah. Dan penjelasan terperinci akan diberikan pada setiap insiden yang berlaku dalam sejarah yang menyebabkan emas dan perak tidak lagi digunakan.



Kedua :

Lepas dah khatam buku tu, saya syorkan anda baca buku, Dinar dan Dirham, Islam dan Mase Depan Wang, hasil penulisan Maulana Imran Hosein.

Buku ni nipis je, 50 muka tapi sedikit berat sebab olahan penulisnya. Ianya membincangkan perkara yang sama seperti Michael Maloney, tetapi dari perspektif Islam dan Al-Quran dan Hadis. Buku ini akan menjawab soalan pertama diatas, berapa “keuntungan” yang kita akan perolehi.



Ketiga :

Dua buku ini sudah cukup untuk menerangkan misteri pada logam-logam berharga ini.

Tetapi kalau anda ingin lihat secara menyeluruh, “the big picture”, dan memahami “kegilaan” keadaan dunia hari ini, saya syorkan baca buku Jurusalem In The Quran, karya Imran Hosein juga.



Buku yang menceritakan tentang bagaimana perancangan yang di atur oleh yahudi zionis sejak ribuan tahun dahulu untuk menakluk dunia sekarang melalui perancangan yang kita tidak sedari.

Bermula dari negara Britain, Amerika dan sekarang dalam peralihan kuase kepada negara Israel yang mana telah menduduki negara Palestin akibat perancangan yang licik. Sesungguhnya dunia kita berada sekarang adalah dunia yang penuh fitnah tanpa kita sedari...ibarat semut hitam berjalan di atas batu hitam....

bacalah buku - buku ini...Insyaallah kalian akan dapat mendapat jawapan dengan Nur dan melihat dengan mata hati.... (dengan melihat melalui dua mata....bukan menggunakan satu mata iaitu luaran).....


“Al`amru bil-ma’ruf wannahyu’anil-mun’kar”

(Untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk bagi masyarakat)


kredit info dr blog Petibesi.net...

Wednesday, 30 November 2011

PETANDA TEORI DOMINO KEJATUHAN WANG KERTAS....ADAKAH ANDA 'ALERT' ????

Jawapan ringkas, Ya. Dan biar saya terangkan kenapa dan apa kita patut belajar dari insiden ini.

Saya tiada “crystal ball” untuk meramal masa depan. Tetapi saya gunakan tanda-tanda yang ada sekarang didepan mata dan tambah sedikit derang perencah sejarah dan logik akal (common sense), saya boleh agak kemana arah tuju kita.






Domino yang pertama dah jatuh, iaitu pada 2008 semasa credit bubble di US. Dan US dengan pantas mengawal kejatuhan itu dengan “bail out”, stimulus dan memanipulasi akaun “balance sheet” negara.

Domino yang kedua juga dah jatuh, 3 tahun lepas juga. Tetapi hari ini ianya sedang menunjukkan impak maksimanya. Greece sedang menjerut ekonomi global, dan saya jangkakan, kita semua akan terjerut sama.

Greece sudah tiada jalan pulang.


Kenapa ? Mereka dah bankrupt dengan hutang sebanyak $500 billion. Hutang mereka adalah lebih 150% dari pendapatan negara.

Macamana nak bayar ?

Kemudian, siapa yang sudi lagi nak pinjamkan wang kepada Greece, hutang sedia ada pun tak boleh bayar. Anda berani ?

Dan sebahagian besar hutang ini dipinjam dari kesatuan Eropah (Euro). Dan bila sejumlah besar ini tidak dapat dibayar balik, contohnya kepada Italy, macamana pula Italy pula nak bayar bil-bil bulananya ? Italy pun pinjam juga dari negara-negara lain.

Sebab itu ianya berjangkit. Begitu juga dengan Portugal, Spain dan Ireland.

Malangnya, Euro bukan seperti USA yang cetak wang sesuka hati. Euro ada Jerman, yang sudah masak dengan masalah ini di Perang Dunia Pertama dan Kedua. Jerman tahu apa akibatnya apabila hutang-hutang ini di “bail out” dengan mudah. Jerman akan berkeras untuk TIDAK mencipta kekayaan sekelip mata.

Euro akan tumbang


Saya jangkakan Greece terpaksa putuskan hubunganya denga Euro. Atau mungkin Euro itu sendiri musnah, pupus dari muka bumi.

Ini bermakna Euro tidak sah diperlakukan di Greece.

Bila tidak sah, rakyat Greece nak beli barang dan meniaga pakai apa ?

Matawang Greek Drachma sudah berbelas tahun pupus. Tempoh seminggu tidak cukup untuk menghasilkan matawang baru dan disalurkan kepada rakyat. Argentina semasa krisis matawang pada 1999, mengambil masa 3-4 tahun untuk pulih.

Sementara itu apa rakyat Greece nak gunakan sebagai matawang ?

Mereka ada beberapa pilihan.

1. Barter, kembali ke pangkal jalan. Gerakkan tulang 4 kerat utk hasilkan produk dan servis untuk ditukarkan dengan sepinggan nasi. Ini yang berlaku seperti di Argentina dan Zimbabwe.

2. Gunakan US Dollar sebagai matawang sementara. Kerana USD diterima dimana-mana.

3. Emas dan perak akan dijadikan sebagai medium pertukaran dan matawang.

Yang mana mereka akan pilih ?

Itu saya tidak pasti, terpulang kepada kebijaksanaan rakyat Greece. Pada pendapat saya pilihan ketiga (emas dan perak) mungkin sukar kerana berapa ramai yang menyimpan emas dan perak ?

Saya jangkakan mereka akan cederung kepada pilihan pertama dan kedua. Mereka akan meniaga dan menerima matawang USD sebagai medium pertukaran sementara.

Impak Globalisasi

Apabila ini berlaku, ditambah negara-negara lain turut masuk “ke longkang”, akan berlaku impak kepada suasana global.

Dan global bermaksud zaman Facebook, Twitter dan Youtube, dimana maklumat boleh disalurkan sejauh 5,000 km dalam sekelip mata.

Apa yang akan berlaku ?

1. Kejatuhan Euro akan menghantar mesej kuat keseluruh dunia bahawa matawang kertas ni boleh wujud dan musnah sekelip mata

2. Keperitan yang akan dilalui oleh rakyat Eropah boleh disampaikan sekelip mata keseluruh dunia, membuka mata kepada keadaan ekonomi semasa. Membuktikan bahawa sebenarnya kekayaan yang mereka ada selama ini hanyalah ilusi semata-mata.

3. US Dollar akan menjadi lebih kuat kerana permintaan tinggi kerana ianya matawang antarabangsa. Orang ramai akan takut untuk menyimpan matawang yang tidak terkenal.


4. ATAU, orang ramai mula sedar bahawa US Dollar juga adalah sekeping kertas sama seperti Euro. Orang ramai akan meninggalkan US Dollar dan beralih ke asset yang lebih selamat, atau matawang yang sebenar iaitu Emas dan Perak. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana berbillion penduduk dunia akan berebut untuk cuba mendapatkan bahagian emas dan perak yang tinggal.

Saya minta maaf atas penulisan yang panjang ini. Saya harap ianya tidak sukar difahami. Tanya diri anda sendiri.

Kemana anda nak pergi bila RM dalam kocek anda itu tidak lagi bernilai ?


KREDIT INFO : AMREE DR BLOG PETIBESI.

Tuesday, 29 November 2011

“BAK SINI EMAS AKU” PRESIDEN VENEZUELA, HUGO CHAVEZ


Assalammua’laikum WMT.....dan salam sejahtera kepada rakan2 dan pengunjung setia blog PKE (Penternak Kijang Emas). Ribuan terima kasih atas sokongan tuan2 dan puan2 yang tidak putus2 mengunjungi blog PKE yang tak seberapa.

Cuma hanya ingin berkongsi berita2 utk tatapan rakan dan pengunjung blog PKE semoga beroleh manfaat. Lama benar PKE tak update blog ini..maklumlah banyak kerja seharian yang perlu dibereskan dan jika ade mase lapang barulah PKE update kan berita.

Dalam berita sorat kabar Kosmo semalam, Presiden Venezuela, Hugo Chavez, meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan. Ini menunjukkan bahawa Hugo Chavez, telah ‘alert’ akan ‘klu’ atau petanda ketidaktentuan ekonomi tahun 2012 yang berdasarkan matawang fiat money ( wang kertas). Yang mana sptmana kita maklum, sifat emas yang di dalam nya bernilai yang laku walau di mana2 dan kalis ancaman keburukan ekonomi mendorong Hugo Chavez mengambil emasnya sbg persediaan negara dalam menghadapi kejatuhan wang kertas.

Adakah kita telah mengambil berita ini sebagai persediaan aset simpanan kita yang mana simpanan kita di dalam bank akan yang berupa wang fiat akan jatuh ???? sepertimana krisis ekonomi negara kita pada tahun 1997/1998. Dan saranan bekas PM Tun Dr Mahathir menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan dinar emas....

Artikel kosmo :



CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.
Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.

Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.

Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.
Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).

Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP


Link Kosmo :

www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.


Beberapa keratan akhbar media utama yang di ambil PKE utk tatapan rakan2 sbg info bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Yang mana keratan akhbar ini ade kaitan MENGAPA HUGO CHAVEZ MENGAMBIL EMAS DI LUAR NEGARANYA UTK MILIK DAN SIMPAN DI DALAM NEGERA SENDIRI...







Semoga paparan ringkas dari PKE dapatlah memberi manfaat pada rakan2 supaya dapatlah menukar kan simpanan sebahagian dlm bank kepada logam yang bernilai spt emas dan perak...

sekian dr PKE jumpa lagi...