Tuesday 3 May 2011

SEMINAR MALAPETAKA EKONOMI GLOBAL 2012



Kenapa perlu ada malapetaka ekonomi?

Jarang sekali ataupun mungkin tidak pernah kita dengar orang membicarakan tentang malapetaka ekonomi. Mentelah bila malapetaka ekonomi itu dikaitkan dengan tahun 2012.

Tahukah kita bahawa sistem ekonomi yang kita amal dan warisi secara bulat-bulat daripada barat selama lebih 300 tahun ini adalah merupakan satu sistem ekonomi yang dirancang untuk gagal dan mengundang malapetaka.

Maksud malapetaka ini adalah seperti yang pernah dilaporkan sejarah waktu 1929 di Amerika sewaktu terjadinya “Great Depression”, dimana beribu-ribu rakyat awam hilang pekerjaan dan menghadapi masalah mendapatkan keperluan makanan kerana harga barangan yang tinggi melampau sehingga meyebabkan ramai yang mati kebuluran bukan kerana tiada makanan tetapi kerana tidak mampu membeli makanan kerana harganya yang melampau.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku dan apakah ianya tidak akan berulang lagi?

Ngeri peristiwa malapetaka ekonomi yang lalu yang berlarutan sehingga kepada tercetusnya perang dunia kedua yang mana kita di tanah bertuah ini tidak ketinggqalan merasakan kesengsaraannya masih lagi terbayang jelas di benak hati kita. Ditambah dengan keadaan dunia yang seperti tidak henti-henti dibadai gelora, seperti yang berlaku dengan kejatuhan syarikat gergasi dunia sepeti AIG, Lehnman Brothers dan kemudian diikuti oleh negara-negara di Eropah yang mengistiharkan mereka muflis seperti, Iceland, Spain, Greece, Netherland, dan Ireland, kemudian di tambah dengan peristiwa inflasi terlampau di Zimbadwe sehingga matawang mereka tidak laku untuk membeli apa-apa dan diadun lagi dengan krisis politk di timur tengah dan peristiwa gempa-bumi, tsunami dan krisis pencemaran plan nuklear yang mana semua ini menjurus kepada isu yang akan dibincangkan didalam seminar ini iaitu malapetaka ekonomi 2012.

Tahukah anda bahawa semua krisis dan malapetaka yang kita lihat sekarang ini adalah disebabkan kerana sistem ekonomi yang kita amalkan sekarang adalah bertunjangkan Riba dan ianya telah menjadi darah daging kita seharian sehinggakan kita gagal untuk melihat yang mana haq dan yang mana batil.

InsyaAllah di seminar ini nanti, segala kekeliruan disebalik isu yang sedang berlaku di dalam dunia kini akan cuba dimaklumkan dengan cara ilmiah dan langkah-langkah drastik yang harus diambil akan di sampaikan, dengan harapan apabila malapetaka ekonomi itu hadir dihadapan kita, dapat kita melaluinya dengan tenang dan jaya.

Sesungguhnya kekuatan sesuatu ummah itu dapat dilihat dengan penguasaan ilmunya dan juga kemuafakatannya di dalam menangani sesuatu isu. InsyaAllah, Ameen.

Sebarang maklumat lanjut hubungi :

Encik Aizat 013 219 7270

Dr Syarifah 019 349 5829

Junaidah 019 372 1338

No comments:

Post a Comment