Tuesday, 27 April 2010

BELI EMAS & PERAK DAN SIMPAN UNTUK PERSEDIAAN AKAN DATANG....

Assalammua'lakum WMT dan salam sejahtera sahabat2 emas dan perak sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas lama tak update blog ini. mmm... dah sebulan lebih rasenya. Baru - baru ini, saya terlihat blog dinar emas dan tertarik tentang artikel ini. Saya ingin berkongsi artikel ini untuk tatapan rakan2 sekalian. Semoga beroleh manfaat darinya.
Tahukah anda,selagi dunia sekeliling kita ini masih menggunakan wang kertas sebagai "alat" untuk urusniaga, selagi masyarakat dunia memakai jenama matawang kertas ini, selama itulah sikap anda dengan (memiliki EMAS, memiliki DINAR, memiliki DIRHAM, memiliki perak), merupakan 1 pelaburan yang baik. Ini berlaku akibat "nilai emas sentiasa naik" kesan akibat kejatuhan nilai duit kertas,dan menyebabkan memiliki logam emas ini,sesuatu yang tidak mendatangkan sedikit pun kerugian.
Sehinggalah akhirnya sistem matawang kertas lumpuh dalam masa terdekat ini,akhirnya,hanya mereka yang memiliki emas samada dalam bentuk,(memiliki emas, memiliki DINAR, memiliki DIRHAM, perak),akan menjadi golongan yang paling kaya di era kejatuhan sistem kapitalis = (sistem matawang kertas) ,iaitu golongan yang selama ini berusaha untuk menDAULATkan kembali sunnah Islam,dan anda adalah salah seorang darinya.
Untuk pengetahuan semua,jalan yang terbaik memiliki emas ialah dengan benar-benar mengenggamnya,maksud kami di sini ialah,belilah emas dengan tidak perlu membuka akaun simpanan emas [seboleh-bolehnya],kerana apa ?sebabnya ialah anda sebenarnya memilki harta dalam bayangan...sebab & dalil utama pihak DINAR-EMAS.COM mengatakan yang sedemikian ialah kerana, apabila krisis matawang datang sekali lagi untuk kali yang terakhir dalam masa terdekat ini, adakah bank tempat anda menyimpan emas [dalam bentuk buku simpanan] itu benar-benar boleh membuat pulangkan emas anda dalam bentuk logam ? anda sendiri mempunyai jawapannya bukan ?
Apabila sistem kapitalis jatuh tak bangkit-bangkit lagi nanti,melalui maklumat dari rakan-rakan timur-tengah malahan info dari pihak YAHUDI sendiri, sistem duit kertas akan digantikan dengan sistem matawang digital,sistem digital akan di"pusat"kan ke Israel dalam masa terdekat ini,perkara ini berlaku serta merta dan sistem DIGITAL akan mengambil alih medium transaksi utama sebagai ganti kejatuhan sistem duit kertas,anda sendiri boleh melihat bayang-bayangnya dengan kehadiran sistem berikut iaitu:
  • paypal
  • visa (siap pakai gelombang wave lagi)
  • mastercard (boleh swipe & sekarang siap boleh top-up dah pun)
  • bank-bank yang tak popular mula menggunakan sistem online (kaedah penDIGITALan)
  • google checkout
  • google adsense
  • clickbank
  • ebay
  • dan banyak lagi (semuanya mempunyai jaringan ke Israel)

Anda semua sedang dikelilingi dengan tanda-tanda yang amat membenarkan semua kata-kata dari Nabi Muhammad,iaitu zaman di mana umat akhir zaman akan menuju ke arah zaman di mana semuanya tidak bernilai untuk didagangkan...maka siapa yang menyimpan emas & dinar adalah golongan yang terselamat, selamat di sini dimaksudkan sebagai = "survival".

Fasa penggunaan duit digital ini sebagai matawang dunia juga akan berakhir,dan bila perkara ini terjadi,barulah penggunaan logam emas sebagai matawang dunia akan bangkit serentak dari arah timur,dan anda sendiri dapat mengagak siapakah negara-negara timur yang dimaksudkan itu................

Sekiranya anda ditakdirkan masih survive dalam masa 40 tahun ~ 50 tahun akan datang, survive = dipanjangkan umur dan masih hidup ketika itu maka anda kemungkinan besar akan menyaksikan semua perubahan-perubahan besar dunia seperti apa yang pernah Nabi Muhammad khabarkan...

Untuk melihat dan memahami lebih lanjut tentang perihal ini,semua manusia yang berakal dan memahami Islam secara kedepan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis ,harus merujuk 1 kajian terperinci oleh mentor kami iaitu saudara Sheikh Imran Hosein dari negara Trinidad & Tobago,berkenaan kaji selidiknya selama 15 tahun berkenaan politik dunia & kewangan dunia,dengan kaitannya Surah Al-Kahfi & Umat Akhir Zaman (iaitu zaman kita),dengan kaitannya dengan sebuah tasik yang bernama Tiberias بحيرة طبري......

Setiap Muslimin sepatutnya sudah membaca, menonton atau mengenali tanda-tanda ini kerana kita benar-benar sudah pun berada di ambang permulaannya.

Semoga info ini beroleh manfaat kita semua.

Kredit info http://www.dinar-emas.com/

Tuesday, 16 February 2010

KISAH KIJANG EMAS DI AR - RAHNU BANK RAKYAT

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat - sahabat emas yang dirahmati. Aku harap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama orang yang tersayang.
Pada kali ini aku ingin berkongsi pengalaman kalian tentang aset emas boleh dicairkan dengan membuat pajakan di ar- Rahnu. Hmmm ok jugak kan...lepas ni aku tak perlu pakai kad kredit la (sampai 5 kad) ...mati aku nak bayar tiap - tiap bulan. (Kad Kredit dah lah buat aku berhutang, pastu kad ni pun bukan hak milik aku pun...Tiap - tiap bulan kena bayar kalau tak...naiklah caj penalti nye...Fuhhh....nyesal aku... tapi takpalah...kurang2 aku ada pengalaman...so dengan pengalaman inilah aku kongsikan ilmu yang bermanfaat utk kalian.
Lainlah emas, kurang2 aku dah ade aset milik tetap aku, rega sentiase naik saban tahun, boleh pakai bile time memerlukan. kalau buat pajak ar- rahnu tak perlu bayar tiap - tiap bulan, boleh bayar pada 6 bulan kmdn dan upah simpan tak mahal...
Untuk pengetahuan korang...Alhamdulillah aku dah tinggal 2 saje kad kredit sejak aku memiliki emas sebagai aset keluarga aku. Niat aku nak tinggal satu kad je lepas ni...ooo pening oooo... kalau banyak kad ni....Semoga kisah aku ni jadi iktibar buat kalian semoga jgn memiliki kad kredit banyak2 buat hutang....
Oklah nak ceta sikit pada tarikh 10hb Februari yang lalu, aku telah pergi ke ar-Rahnu Bank Rakyat Senawang di Seremban untuk 'test' memajak Kijang Emas 1/2 oz yang aku miliki.
Sebelum ini, aku telah memajak 100g emas Public Gold di Agro Bank P.Dickson, tetapi aku malas nak gi sane sekali lagi kerana jauh selain ingin melihat perbezaan Ar-rahnu antara Bank Rakyat(BR) dan Agro Bank.
Pada 9.30pagi kelihatan di kaunter aku seorang sahaja yang memasuki ruang menunggu bank. Maklumlah pagi sangat...aku pulak kebetulan mengambil cuti tahun ...jadi tak ramailah orang mase tu.. Kemudian nombor giliran aku dipanggil dan terus masuk ke bilik ar-rahnu BR dan staf disitu meminta aku mengisi borang soal selidik terlebih dahulu ttg ar-rahnu untuk penambah baikan mutu kerja diorang.... mmm bagus jugak..
Sementara aku mengisi borang kaji selidik, staf BR memohon kpd aku kad pengenalan, salinan resit pembelian kijang emas (K E)dr maybank dan kijang emas 1/2 oz. Setelah itu, staf disitu menguji ketulenan K E aku, didapati :-




  1. K E 1/2 oz aku 22.8Karat (950)
  2. dengan berat 15.57gram
  3. dengan nilai marhun K E ialah RM 2,054.77.
  4. Upah simpan RM 15.29 sebulan (RM 91.71 untuk 6 bulan)
  5. Pinjaman yang diberi RM 1,330.00

So dapatlah aku wang tunai RM 1,330.00 setelah dibuat pajakan K E 1/2 oz. mmmm...nak buat ape yek duit banyak ni ???... apapun aku tengah pikir ni..same ade beli 1 dinar 2kpg , atau stanby duit kecemasan....Apapun aku just nak kongsi la serba sedikit pengalaman kali kedua memajak emas ni. Pajakan kali ini menggunakan Kijang Emas dan rate pun boleh tahan. So aku harap dengan pengalaman aku ini boleh lah berkongsi ilmu dengan kalian ya...ok jumpa lagi...

wasalam....

Thursday, 11 February 2010

KOLEKSI EMAS AKU....


Alhamdulillah inilah koleksi emas yang telah berjaya aku miliki. Insyaallah cukup setahun nanti aku akan tunaikan rukun Islam yang ke 3. Semoga zakat yang akan dikeluarkan akan dapat membantu asnaf yang memerlukan disamping mendapat keberkatan dari Allah serta dipermudahkan rezeki aku sekeluarga. Rase seronok aku dapat tunaikan zakat emas...

So, anda bila lagi ??, takpelah kumpul sikit2...insyaallah akan banyak jadinya seterusnya bila banyak jgn lupa tanggungjawab kita pada agama. Tak banyak pun 2.5 % aje.. kenaikan emas setahun purata 25 %.

Oklah...layanlah koleksi emas aku ye..semoga memberi info tentang pelbagai emas di dalam negara kita.

Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia, 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz.


Public Gold keluaran Public Fine International 20gram, 50gram dan 100gram.




Emerates Gold keluaran Dubai City of Gold pengedar Nusantara Bullion Exchage (NUBEX)
1gram dan 5gram.


Poh Kong Bunga Raya 1gram

Public Dinar keluaran Public Fine Int. 1 dinar, dan 10 dinar( dipajak takde dlm gambar)


Dinar Muslim pengedar NUBEX, 1 dinar muslim
Dinar Kelantan keluaran Mariwasa Kraft Sdn Bhd 1/2 dinar kelantan.


Tuesday, 5 January 2010

2009 BERLALU, 2010 MENJELMA......

Assalammua'laikum WMT dan Salam Sejahtera....

Terlebih dahulu tidak terlambat rasanye saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini memberi seribu makna dalam kehidupan kita. Semoga tahun 2009 yang berlalu pergi dapat memberi impak positif kepada kita untuk bertambah maju dan cemerlang di tahun 2010. Sebagai contoh untuk diri saya dan keluarga telah fokuskan kepada pelaburan emas.
Bagaimana rerakan sekalian, sudah bertambah ke belum emas anda ? atau sudah ke memulakan langkah pertama membeli emas? Kalau sudah Alhamdulillah, kalau belum marilah mulakan dengan membeli dan memiliki emas. Paling minima atleast 1 dinar atau 20g. Mulakan azam baru untuk memiliki emas sebagai aset peribadi keluarga anda.


Kerana dengan memulakan pembelian, kita dah mula terasa memiliki sesuatu aset yang paling berharga yang telah disebut di dalam al-Quran. Cubalah rerakan sekalian yang masih belum memiliki emas, belilah dan milikilah emas, sekurang-kurangnya 1 dinar sbg permulaan. Dan sebagai perlindungan apabila berlaku sesuatu ke atas keluarga kita akan datang kelak.


Dan Alhamdulillah disebalik penurunan rega emas pada bulan Disember yang lalu, telah memberi ruang kepada saya untuk menambah aset simpanan emas keluarga saya. Dan kini saya telah memiliki hampir 500g emas saya. Syukur Alhamdulillah, ilmu yang saya dapat ini saya kongsikan kepada rerakan sekalian. Yelah, dulu pun saya pun takut juga nak beli emas ni, apa paedahnya ? emas ni dalam benak saya khusus untuk kaum wanita sahaja, hmmm...Tapi setelah saya pelajari dari otai2 emas dan hayati ayat2 Allah SWT di dlm Quran berhubung emas, alhamdulillah, Allah telah membuka jalan pintu rezki ni dan peluang kedua ni saya takkan sia - siakan.
Permulaan dulu bulan 10 tahun 2009, saya telah membeli dan memiliki emas 20g dengan rega RM 2547.00 dan dari 20g itulah saya nampak potensi emas hinggalah saya menambah dari semasa ke semasa. Sebahagian simpanan duit anak saya, saya tukarkan kepada 1 dinar setiap seorang. (anak saya ada 2 orang semuanya, yang pertama usia 3thn dan kedua baru 6 bulan. rega 1 dinar dulu 519.00). Dengan harapan pasti bahawa 1 dinar untuk jangka masa panjang selama 15tahun akan datang, mungkin dan semestinya rega 1 dinar akan bernilai menjadi RM 1 ribu atau lebih. Yalah..emas kan rega dia akan naik..So kalau nak pakai duit, saya pergilah ke ar-rahnu. ok tak rerakan sekalian..? hehe....senang tak nak cairkan emas yg kita miliki tadi kan.. Kita buat pajak lah..Itu kalau nak pakai duit. kalau tak simpan lah....sambil emas anda menjadi mesin mencetak duit untuk anda, time anda tidur ke? makn ke ? balik kg ke...bila hujung tahun tgk2 rega emas anda dah naik....wow....wow...
Kenaikan rega emas selama 5 thn 250%, kalu simpan ASB baru 40% ( 8% x 5thn). So bezakan kenaikan emas ni kan ??? hehe... teruja tak tgk kenaikan emas 5 thn yg lepas, akn datang 5 thn berape yek ? 10 thn ? 15 thn? so rerakan jawablah sendiri ye, Ingat emas ni barangan komuditi, same jugak macm minyak petrol, tanah, dsb. nak tanyelah...dulu minyak keta 0.80 sen 1 liter kan tahun 2001... La ni rega minyak turun tak ke rega dulu2....hehe rerakan pk2 kan lah ye....Same jugak mcm tanah kat K.L atau Seremban, dulu rega tanah murah tp la ni makk ai...mahal kan...so terpulanglah pada rakan2 sekalian... cuma pelaburan emas ni senang sikit nak dicairkan.
So rerakan sekalian bertindaklah, mulakan langkah pertama anda dengan memiliki emas. Seperti kata guru saya:
"Langkah pertama adalah pengharapan, sedangkan tidak melangkah langsung tiada harapan."
"Kalau tidak dipecahkan ruyung...mana nak dapat sagu nye"
Kalau tak stat 1dinar......bila nak jadi 1 kilo.....
Firman Allah yang bermaksud :
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, kalau mereka sendiri tidak mahu berubah!!!








Wednesday, 23 December 2009

DI MANA NEGARA ISLAM ???


Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulan emas.
US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.

Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini! .



Sehubungan dengan itu, rerakan sekalian bertindaklah untuk diri kita serta keluarga kita untuk mula memiliki emas sebagai aset. Mulalah sikit - sikit, lama - lama jadi bukit. Belilah sebagai permulaan 1 dinar, 20g dsb. ikut kemampuan sekurang - kurangnya rerakan telah berubah untuk menyimpan emas sebagai aset selain wang kertas.
Lihatlah senarai di atas bahawa orang bukan Islam mengkaji maksud ayat di dalam al - Quran tentang harta benda adalah emas dan perak, bukan wang kertas. Ya.... memang betul wang kertas perlu untuk keperluan masa kini, tetapi adakah kita terfikir tentang maksud ayat al - Quran ada aset yang berharga selain wang kertas, andai tiba satu masa dunia mengalami ekonomi yang teruk, berperang dan sebagainya. Kita jangan jadi terlalu selesa dengan keadaan sekarang, kerana terlalu selesa membuatkan kita tidak membuat persediaan andai berlaku sesuatu musibah dan bencana.


Friday, 11 December 2009

BERSEGERALAH ANDA JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN ANDA.


Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Maksudnya : “Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Sebagai contoh wang kertas negara Iraq, Saddam Husin. Terus tak laku apabila Iraq jatuh di tangan US.
Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim, Julai
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :,
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 019-245 6085. MULAKAN SATU DINAR EMAS, 20G DAN SETERUSNYA. SEMOGA BEROLEH RAHMAT.

Wednesday, 9 December 2009

RENUNGI, FAHAMI & HAYATI MAKSUD AYAT AL - QURAN INI

KEHIDUPAN DUNIA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.


Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(Ali Imran: ayat 14)
Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab yang seksa yang tidak terperi sakitnya.
(al - Taubah : ayat 34)
So.... rerakan sekalian, renungilah maksud ayat al -Quran berhubung kekayaan sebenar di dalam Islam adalah emas dan perak. Itulah harta kekayaanan sebenar mu. Bukan duit kertas yang bertimbun yang mencecah jutaan dan bilion, kerana duit kertas adalah idea yahudi yang ingin menghancurkan sistem ekonomi umat Islam. Kenape ?? saya akan ceritakan di posting lain pada mase akan datang, kerana duit kertas akan menjadi punca umat Islam miskin, derita,ditindas, tidak dapat sempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu zakat dan rukun Islam yang kelima iaitu Haji.
Bertindaklah dengan memulakan pembelian 1 dinar emas sebagai permulaan. Anda akan merasa ajaibnya emas bila anda memiliki bila diletakkan atau digengan di tangan. Kerana Allah SWT mengangkat darjat yang amat tinggi logam yang bernama EMAS di dalam firman - firman Allah. Mengapa kita mengaku sebagai orang Islam tidak percaye kepada ayat - ayat Allah ?...
Ya...kerana kita telah didik sejak kecil lagi bahawa duit kertas adalah harta yang berharga. Otak kita telah disumbat bahawa wang kertas adalah harta kekayaan yang bernilai, tetapi sekarang, tidak kerana anda telah mampu mengubah fikiran anda bahawa kekayaan sebenar adalah EMAS.

KEHIDUPAN DI SYURGA, ALLAH MENGANGKAT DARJAT EMAS.

Wahai hamba-hamba-Ku, tiada kebimbangan terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.
(Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri.
Masuklah kamu ke dalam surga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan."Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan didalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap(dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.
Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan.Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan."
(Az-Zukhruf : ayat 68 - 73)
Dalam Syurga Allah TAK sebutkan LANGSUNG AYAT BERKENAAN DUIT KERTAS !!!. .
Bertindaklah supaya kita dapat berlindung dari kezaliman orang Yahudi ke atas diri kita, keluarga, sahabat handai serta masyarakat Islam tentang kepentingan EMAS bermula dari sekarang, sebelum terlambat. 1 dinar sebagai permulaan sunnah nabi SAW.
Usahlah kita fikir mahal atau tidak, kerana kita tidak rugi. Kerana orang yang rugi adalah orang yang masih belum memiliki emas sebagai senjata untuk umat Islam.