Thursday, 17 March 2011

NISAB ZAKAT NAIK 14.11%

Salam pagi Jumaat, hari penghulu hari...hari yang mana kita digalakkan berbuat amal kebaikan , berselawat banyak2 ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sunat memotong kuku, bersedekah, berwangi2an untuk menunaikan solat Jumaat dan beberapa amal ibadah yang sunat kita lakukan pada hari Jumaat yang barakah ini...

Sempena hari Jumaat ini, aku nak share sikitlah pasal nisab zakat di N. Sembilan telah dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa, Jab Mufti N. Sembilan bagi tahun 1432H dan 2011 M adalah sebanyak RM 10,670.00 bersandarkan purata harga emas tahunan iaitu 85g. Kenaikan nisab zakat dari tahun lepas RM 1,320.00 atau 14.11%. Yang mana nisab zakat tahun lepas adalah RM 9,350.00.

Mmmmm...... dari fatwa yang dikeluarkan ini, maka jelaslah kita bahawa makin kurang umat Islam yang membayar zakat wang simpanan, pendapatan, saham dan perniagaan. Hal ini kerana, sesiapa yang menyimpan duit simpanan sebanyak RM 10 ribu atau mempunyai pendapatan bersih RM 10 ribu, sudah tidak lagi dikenakan zakat akibat kenaikan nisab zakat ini.


.....Alhamdulillah sib baik tak kono zakat ........ish....ish...ish... harap kita tidak lafazkan ungkapan ini ya... Zakat ini adalah rukun Islam yang ketiga yang mana tuntutan rukun Islam yang wajib ditunaikan selepas solat 5 waktu.


Umat Islam perlu menukarkan simpanan berasaskan fiat money kepada emas dan perak...Biarlah satu bulan 1 dinar (berat emas 4.25g) atau 1/2 dinar.. Insyaallah lelama akan bertambah sebanyak 85g( 20 dinar) dan seterusnya dapat membantu insan yang memerlukan. Terbukti emas dan perak kalis inflasi dan peningkatan amat tinggi sebagai contoh sebanyak 14.11 % setahun berbanding dividen yang diberikan oleh Institusi Kewangan yang lain.

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat...



sila klik utk besarkan

Thursday, 10 March 2011

BUAT PILIHAN....... NAK SIMPAN EMAS KE ? ATAU NAK SIMPAN DUIT KERTAS ..????





Salam sahabat- sahabat sekalian.. video ini dipaparkan untuk memahamkan kepada sahabat2 yang amat liat dan sukar untuk membeli dan menyimpan emas sebagai pelindung anda...

Semoga anda kalian mendapat manfaat hasil pendedahan ini.........

:-)

Tuesday, 8 March 2011

SEKADAR BERKONGSI KENAPA AKU SIMPAN EMAS & PERAK.........

Artikel ni aku tujukan kepada member-member semua.

Aku menyimpan, membeli, menjual dan cuba menggunakan dinar dirham dalam urusan muamalat.

Sekarang ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin hari, semakin mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.

Dan dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10 tahun dulu), orang kata mahal.

Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih mahal.

Tup tap tup tap, hari ni, RM 145/gram , pun masih mahal.

Entah bilakah akan murah emas ni ye?

Kalian masih ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di Tanah Melayu?

Di Malaysia ini.

Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan. Depa sandarkan dengan emas.

Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.

Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak leh tukar dengan emas balik.

British bawa balik bertan-tan emas free-free je ke negara depa. Orang tanah melayu kena tipu.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.

Orang Tanah Melayu rugi. Bertan-tan Emas.

Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.

Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.

Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.

Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, merasa selamat.

Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.

Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.

Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.

Itu Cerita RIngkas.

Hari ni, pakat pulun ramai orang makin celik, bab simpan harta ni.

Dari banyak-banyak aset, emas perak paling ramai yang dok bisik-bisik.

Biasa emas ni, orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.

dan Perak pula, orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan boleh beli.

Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.

Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).

Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak simpan?

Harga dirham sekarang ni, RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).

Masa saya mula beli dulu, 8 bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1 dirham.

Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham ) dunia (australia,canada amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.

Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.

Dirham ni, disebabkan dia mudah cair (boleh terus guna), jadi elok untuk kegunaan dan simpanan jangka pendek.

Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau terima, boleh terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) , kalau kedai tak terima, boleh simpan balik.

Untuk syiling auns ni,harganya murah tapi orang nak buat urus niaga tu, kalau yang betul-betul faham sahaja yang terima syiling auns ni sebagai buat jual beli barang.

Tapi, dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak. Dan penyimpan nilai terbaik.

1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?

Bahagikan duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan terpulang % masing-masing.

1- Kalau nak terus guna, beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa bawa, jumpa kedai, tanya, terima dirham tak, kalau terima, alhamdulillah, terus guna beli barang.

2 – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan sehingga berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau jongkong yang paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli dan simpan, lepas setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak yang ada).

Insya Allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.

Eh, eh…korang tahu kan apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?.........

(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi depa cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah).


Kalau dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.

Tempat simpan, jangan bagitau orang :)


Sekian,

kredit info dr umar alfateh..syazwan madihah...




Hah nialah.... goman duit pisang jaman jopun, zaman atok nenek kito maso dulu.....agak2 eh kalo korang dok zaman tu simpan duit ni 1 juta laku ke zaman sekarang ???? fikir2 kanlah.........

Tuesday, 1 March 2011

NEGERI BERADAT SUDAH ADA DINAR DARUL KHUSUS



ALHAMDULILLAH......GELOMBANG DINAR EMAS TELAH SAMPAI MELEPASI SEMPADAN NEGERI YANG PENUH ADAT PEPATIH YANG DINAMAKAN DINAR DARUL KHUSUS...MEMANG TERKEJUT AKU....INGATKAN DINAR DARUL KHUSUS BELUM ADA YG BUAT LAGI.. RUPA2 NYA... SUDAH ADA ORG NEGERI YANG BERUSAHA MENYEBARKAN DINAR DARUL KHUSUS.... TAHNIAH KEPADA UST HAJI SHAFIE ATAS INISIATIF BELIAU MENEBIRTKAN DINAR DARUL KHUSUS........

DINAR INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN UMAT ISLAM DI NEGERI SEMBILAN MENDAPATKANNYA. DALAM MASA YANG SAMA KITA MENGAJAK UMAT ISLAM MELINDUNGI KEKAYAAN MEREKA DENGAN MENYIMPAN EMAS.




BAGI PENDOKONG DAN PEMINAT DI NEGERI SEMBILAN BOLEH MENDAPATKANNYA DENGAN MENGHUBUNGI PENGURUS DINAR DARUL KHUSUS:

USTAZ HJ. SHAFIE AL MUQRI NO. TEL: 019-384 9239.

ATAU LAYARI BLOG www.dinardarulkhusus.blogspot.com

Tuesday, 22 February 2011

100 PCS SILVER MAPLE LEAF 1 OZ, PURITY 9999




Salam sahabat2.... wah tontu girang kan sapo yg ade simpan silver.... sbb kenaikan silver telah pecah rekod dunia kenaikan iaitu kenaikan tertinggi yang dicapai 34.5 usd...

Apapun mese murah lah elok beli... pastu simpan je.....sok2 5 tahun nanti dah 200 usd manalah tahu kan.. sebab apa..??? sebab ekkk.... nilai fiat money kita makin susut nilai....so dr dimamah inflasi baik simpan aset dlm bentuk emas atau silver...





Sebab silver ni Allah SWT wajibkan tunaikan zakat perak sekiranya melebihi 595g ... So ade hikmahnya Allah wajibkan perak ni di bayar zakat ...Kalo tak bernilai...kenapa Allah wajibkan ??? Sesungguhnya Allah menjadikan logam perak ini bernilai selepas Emas.....






Semoga kita dapat runungan dan manfaat ya........

Ok jumpa lagi........

Tuesday, 1 February 2011

KRISIS DI TUNISIA & MESIR..... 1 PERINGATAN & IKTIBAR UTK KITA.........

Assalammua’laikum Wbt

Dah lama benar aku tak tulis blog ni....maklumlah sibuk ngan tugas kerja hakiki yang memerlukan komitmen di samping hal2 keluarga spt kenduri kahwen dsb...

Namun begitu, jauh di sudut hati ingin berkongsi ilmu tetap ada buat pengunjung blog inI.....walau pun aku tak kenal dgn korang.....MALAH TAK PERNAH JUMPA PUN...tetapi dgn medium disini....kita telah mengeratkan silaturahim dari utara nun ke sabah sarawak aku mengenali korang....ucapan penghargaan dan terima kasih kpd korang yg sudi melayari blog aku yg tak seberapa ni....niat di hati ingin berkongsi ilmu dan dapat disampai2..kan kpd org lain.......semoga kita semua beroleh manfaaT.......

Utk posting kali ini.....marilah kita bersama2 berdoa agar rakyat Malaysia di Mesir selamat. Harap mereka kuatkan semangat dan tabah dengan ujian ini.... semoga Allah memelihara keselamatan mereka di sana.....amin ......

Apa kisah disebalik atau peringatan yang berlaku di Tunisia & Mesir ????? Korang perasan tak ????


Yelah.... ada orang tak mau beli emas dan perak alasan dia “mahal nak mampos....dan tak releven buat mase sekarang.....nanti kena curi emas dan perak tu jang oiiiii.....takutlah aku......baik simpan duit kat bank....malam2 pun bolih cucuk kat mesen ATM.....” bicara seorang rakan aku baru – baru ini....

“Baik simpan ASB dan Tabung Haji lagi selamat..kadar dividen pun bagus… senang dan di jamin oleh kerajaan pun......” Alasan lagi seorang rakan aku yang enti emas ngan perak....

“Negara kita akan berperang ke ???? itu dulu jang.... ngko ni auta je kot mcm nak jual emas ngan perak ngan aku je ni.....skrg mana lah nak perang.....Negara kita kan aman makmur.....” lagi alasan kawan aku yg perlekehkan emas dan perak.....

Aku hanya mampu tersenyum dengan alasan kawan2 aku ni.....apapun aku sendiri takdelah berkecil hati.....sbb niat di hati ingin menyampaikan ilmu yang mana adakalanya mereka tak faham.......atau buat2..... tak faham.....Hehehee...

Apapun apakah jaminan korang yang mengatakan Negara kita tidak berperang atau tidak merusuh pada mase akan datang ????

Apakah jaminan korang malam2 pun bolih cucuk duit kat ATM mesin setiap mase... dulu dan selama2nya.....???

Apakah jaminan korang yang ASB, T.Haji dan sewaktu dgnya dijamin oleh kerajaan......???

Sila ambik peringatan & iktibar krisis di Tunisia dan Mesir.....pandanglah dengan mata hati.... bukan 2 mata yang mana ade maksud tersirat dan tersurat apa yg berlaku di Tunnisia dgn Mesir kini........

Korang tak percaya ke ??? kerajaan Tunisia tumbang dalam sekelip mata.....yang aku Nampak point disini Ben Ali dan isterinya Laila Trabelsi lari meninggalkan Tunisia bawa 1.5 tan emas........aku ingat ari tu diaorang bawa lari duit Tunisia ke luar Negara.....sebab apa ekk ???? korang tentu tau jawapan dia.....

link http://www.allvoices.com/contributed-news/7918585-tunisia-first-lady-accused-of-escaping-with-15-tons-of-gold




Ben Ali galakkan rakyat dia simpan duit kertas kat bank....dia pulak simpan emas.....dia pun tahu duit kertas Tunisia tak laku....tu yg dia bawa emas lari 1.5 tan emas.....so korang jgn tertipu lagi....sila ambik iktibar dan peringatan.....

Korang tak percaya ke ???? kerajaan Mesir yang selama ini aman dan takda perang pun serta selamat .... tempat menuntut ilmu agama bg anak2 kita di Universiti Al-Azhar Mesir ….dilanda kekecohan …

link http://www.dakdem.com/galeri/25-video/883-mesir-berdarah-video




hmmm.....agak2 korang lah.....suasana kat Mesir ni bank buka ke ??? duit kita kat bank tu bolih cucuk ke kat ATM ke..?? atau ade ke duit kita dalam bank tu ???? laku ke nanti....kalau laku berapa nilai dia ???? saham2 melonjak naik ke ??? atau terjun gaya tiruk ???? atau .....Korang tau jawapan kan.... Saje je aku nak soal korang bg terbuka minda bg kesedaran menyimpan emas dan perak ni.....


Apapun sementara Negara kita masih aman....harus kita bersyukur dgn nikmat keamanan ini....tetapi jgnlah kita tidak ambik peringatan atau iktibar dgn suasana d dunia tika ini....ya....sebelum terlambat jadilah emas dan perak sbg simpanan korang.....kalau tak utk korang pun ingatlah utk anak2 korang yang mana zaman tersebut akan emas dan perak amat bernilai mase tu nanti....

Sbb apa ekk ??? emas dan perak ada d sebut dalam quran ngan hadis... itu pun maseh tak percaya... terpulang.... sila gunakan mata hati untuk memahami maksud tersirat dan tersurat...


Salam dan jumpo laei.....

Monday, 3 January 2011

EMAS & SILVER SETAHUN KENAIKAN.... @ FIAT MONEY YANG TIDAK BERNILAI........???

Salam sejahtera kekawan sekalian... Hari ini semua bank agen ASB dan Pos Malaysia... sesak gila sebab orang ramai nak kemaskini kan ASB serta mengeluarkan duit untuk membeli keperluan... hmmmmm.....maklumlah dividen 8.75%....

Tapi sila lihat kenaikan harga emas dan silver untuk setahun 2010 berbanding ASB

Kenaikan harga emas setahun 23.73%


Kenaikan harga silver setahun 70%

So...24 bulan (bulan 12 tahun 2012) harga akan melambung atau fiat money tidak bernilai...? Apakah petanda rega emas dan silver ini naik mendadak sejak2 kebelakangan ini akan ada berlaku sesuatu ???..... Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad di dada akhbar sejak2 kebelakanganini seakan2 dapat petunjuk tentang kejatuhan sistem wang kertas ???? Semoga kita semua membuat persediaan akhir zaman.....



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda :

Dajjal akan muncul pada waktu orang yang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman dajjal ada 40 hari, yang mana 1 hari terasa sebagai setahun, ada 1 hari terasa sebagai sebulan, ada 1 hari terasa sebagai seminggu, kemudian hari - hari berikutnya seperti hari biasa.

Maksud tersirat hadis :

1 hari terasa sebagai setahun ( matawang Pound Sterling Great Britain sebagai kuasa dunia.)

1 hari terasa sebagai sebulan ( matawang USD Dollar Amerika sebagai kuasa dunia.)

1 hari terasa sebagai seminggu ( matawang Israel sebagai kuase dunia.)

Jadi... sebelum terlambat dan ada kesempatan..bersedia lah menukarkan sebahagian fiat money anda kepada emas dan silver........

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat............