Thursday 17 March 2011

NISAB ZAKAT NAIK 14.11%

Salam pagi Jumaat, hari penghulu hari...hari yang mana kita digalakkan berbuat amal kebaikan , berselawat banyak2 ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sunat memotong kuku, bersedekah, berwangi2an untuk menunaikan solat Jumaat dan beberapa amal ibadah yang sunat kita lakukan pada hari Jumaat yang barakah ini...

Sempena hari Jumaat ini, aku nak share sikitlah pasal nisab zakat di N. Sembilan telah dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa, Jab Mufti N. Sembilan bagi tahun 1432H dan 2011 M adalah sebanyak RM 10,670.00 bersandarkan purata harga emas tahunan iaitu 85g. Kenaikan nisab zakat dari tahun lepas RM 1,320.00 atau 14.11%. Yang mana nisab zakat tahun lepas adalah RM 9,350.00.

Mmmmm...... dari fatwa yang dikeluarkan ini, maka jelaslah kita bahawa makin kurang umat Islam yang membayar zakat wang simpanan, pendapatan, saham dan perniagaan. Hal ini kerana, sesiapa yang menyimpan duit simpanan sebanyak RM 10 ribu atau mempunyai pendapatan bersih RM 10 ribu, sudah tidak lagi dikenakan zakat akibat kenaikan nisab zakat ini.


.....Alhamdulillah sib baik tak kono zakat ........ish....ish...ish... harap kita tidak lafazkan ungkapan ini ya... Zakat ini adalah rukun Islam yang ketiga yang mana tuntutan rukun Islam yang wajib ditunaikan selepas solat 5 waktu.


Umat Islam perlu menukarkan simpanan berasaskan fiat money kepada emas dan perak...Biarlah satu bulan 1 dinar (berat emas 4.25g) atau 1/2 dinar.. Insyaallah lelama akan bertambah sebanyak 85g( 20 dinar) dan seterusnya dapat membantu insan yang memerlukan. Terbukti emas dan perak kalis inflasi dan peningkatan amat tinggi sebagai contoh sebanyak 14.11 % setahun berbanding dividen yang diberikan oleh Institusi Kewangan yang lain.

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat...



sila klik utk besarkan

No comments:

Post a Comment