Tuesday, 2 June 2009

~FaKTa GaHaRu, CaRa MeNaNaM & HaSiL LuMaYaN DaRi GaHaRu~

POKOK EMAS Thymelaecae@Aquilaria

Merealisasikan Industri Gaharu bermula Dari Penanaman Pokok Karas Secara Ladang Di Malaysia. Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.
Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.
Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6' atau 10'x10' menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar.
Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.
Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 - RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!
FAKTA GAHARU
Pengenalan Pokok KarasAquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.Senario di dalam Industri Gaharu. Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
(sumber: TRAFFIC International 2002)
Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang.
Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain
seperti herba dan tanaman komoditi.
Penyemaian Benih.
Terdapat 200 spesis pelbagai pokok Herba dan balak dengan lebih 40,000 anak pokok. Pembekal anak pokok seperti tongkat ali, karas (gaharu), sentang, jati emas, kenerak, kacip fatimah, mas cotek, nilam dan banyak lagi. Anak pokok karas kami adalah daripada semaian benih (biji).Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.
PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS
Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.
Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.
Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 – 8 tahun.
Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.
Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.
TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.
Jadual Gred di Pasaran.
Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.
GRED Harga (perkilogram)
Super A RM 25,000 ke atas
Gred A RM 20,000
Gred B RM 18,000
Gred C RM 15,000
Gred D RM 8,000
Gred E RM 3,000
Lain-lain Gred RM 500 – RM 1,000
Gred Kayu untuk Minyak RM 5 – RM 100
Minyak Gaharu RM 300 – RM 350/ tola (12gm)
1. PERMULAAN PENANAMAN
i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah
digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan sebanyak
430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).
ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter
0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu
mempercepatkan pembesaran anak karas.
iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.
iv)Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga
kelembapan tanah.
v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang
terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.

3 comments:

  1. assalamualaikum saya wan dari melaka saya nak tanya darimana nak dapatkan benih gaharu dan berapa pula harga sebatang anak pokok?

    ReplyDelete
  2. bila butuh bibit atau inokulan gaharu hubungi ana 08127671805

    ReplyDelete