Monday, 22 August 2011

TAK SAMPAI SEBULAN !!! KIJANG EMAS NAIK 18.54%



KIJANG EMAS POCAH REKOD DUNIA !!!!!....

Tak sampai 1 bulan !!!! baru 23 hari ajeee....Kijang Emas naik 18.54%. Kalah dividen ASB, unit trust... dan Tabung Haji....dapeklah buek duit ghayo...

Tarikh 1/8/2011 :
1 oz : RM 5070.00 1/2 oz : RM 2,583.00 1/4 oz : RM 1,315.00

Hari ini :
1 oz : RM 6010.00 1/2 oz : RM 3,062.00 1/4 oz : RM 1,559.00


Semoga kepada semua penternak kijang emas...tahniah saya ucapkan....:-)

Wednesday, 10 August 2011

RAMADHAN PENUHI GANJARAN DGN BERZAKAT EMAS & PERAK.......



Sedar tak sedar....dah sepuluh hari sudah kita berpuasa...tinggal beberapa hari lagi kita berada dalam bulan Ramadan... sedih pulak rase hati mengenangkan Ramadan yang makin hari makin meninggalkan kita....Jadi ....untuk berkongsi dan ingat mengingati antara kita, maka artikel ini dipaparkan untuk kita menjadi panduan dan ingat kembali mungkin kita lupa dan lalai....

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

"Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu ??? wang berjuta ??? emas dan perak berkilo2 ???? atau selainnya?

Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Sayidina Ali:
“Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.”

Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Alangkah bertuahnya manusia yang mempunyai harta dan ilmu dan jarang kita jumpa manusia yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu.Tetapi bagaimanakah harta itu dibelanjakan dan bagaimanakah ilmu itu dimanafaatkan. Adakah orang yang berharta sanggup membelanjakan hartanya mengikut perintah Allah.....???? dan adakah orang berilmu itu ikhlas memberikan ilmu...?




Sempena dalam bulan Ramadan yang mulia ini yang tinggal beberapa hari lagi....., dikesempatan bulan yang baik dan penuh rahmat serta ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah SWT......saya mengingatkan diri saya juga marilah kita rebut peluang pada yang telah mempuyai emas dan perak sekiranya melebihi nisab, maka wajarlah kita mengeluarkan zakat emas dan perak.....Hanya sekadar 2.5 % sahaja....bukan Allah nak pun harta emas dan perak kita pun.....tetapi Allah mahu melihat kita bagaimana sifat tidak kedekut kita dengan harta emas dan perak untuk membantu insan2 yang memerlukan dan juga sebagai saham pahala anda di akhirat kelak......kunjungilah kaunter zakat negeri2 yang berhampiran anda......


ZAKAT…BUKAN SEKADAR FITRAH…..ZAKAT HARTA PELENGKAP IBADAH….


Tuesday, 9 August 2011

SAHAM DUNIA JATUH MELINGKUP....EMAS MENJADI PILIHAN....


(sila klik utk besarkan)


Keratan akbar berita harian bertarikh 9/8/2011 memaparkan kisah benar di sebalik apa yang berlaku situasi kewatan ekonomi sekarang...

Sistem matawang fiat money berada dalam keadaan teruk sekarang...ramai pelabur2 telah beralih kpd emas sebagai pelindung nilai harta kekayaan mereka...jadi mereka telah bertindak...

sudahkah anda membuat tindakan utk membeli dan menyimpan emas sbg pelindung famili anda..????

Tuesday, 26 July 2011

2 OGOS 2011, BERMULANYA KIAMAT EKONOMI ???




Berita Harian 27 Julai 2011

Amaran !!!!! Petikan dari keratan akhbar adalah :

KERAJAAN AS PERLU MENINGKATKAN SILING HUTANGNYA YANG BERNILAI AS$14.3 TRILION DOLAR PADA 2 OGOS INI, SUPAYA IA DAPAT MEMBAYAR HUTANGNYA.

KEGAGALAN MEMBAYAR HUTANG OLEH NEGARA PALING KAYA DI DUNIA AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA GELOMBANG KE ATAS PASARAN GLOBAL. KATA PENGANALISIS SEKALIGUS MAMPU MENGAKIBATKAN SATU LAGI PUSINGAN KRISIS KEWANGAN DAN KEMELESETAN DI SELURUH DUNIA!!!!!.


OBAMA SEBELUM INI MENGANGGAP SENARIO SEDEMEKIAN SEBAGAI 'KIAMAT EKONOMI'


Amaran demi amaran telah aku sebarkan...semoga kalian dapat info dan manfaat utk kebaikan kalian semua.

Sunday, 24 July 2011

AMARAN DEMI AMARAN !!!!! SEKADAR PERINGATAN SAHAJA.....

SISTEM MATAWANG KERTAS AKAN BERAKHIR BILA-BILA MASE SAHAJA.....


Amaran 1 :

Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israe​l/Article.aspx?id=175441

Amaran 2 :

Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!

Link: http://www.foxnews.com/pol​itics/2011/03/03/utah-cons​iders-return-gold-silver-c​oins/


Amaran 3 :

Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...


Amaran 4 :

Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan.

[Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]


Amaran 5 :

Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.


Amaran 6 :

Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogsp​ot.com/2011/03/profesor-ha​rvard-ingatkan-ancaman.htm​l

Amaran 7 :

Korang dah beli emas dan perak ke belum ..???? ke tak caya ke ..??? terpulanglah pada kalian.....Sekadar memberi nasihat dan peringatan sahaja..kerana nasihat dan ingat - mengingati adalah salah satu tuntutan agama kita...

Wednesday, 20 July 2011

EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT .......

Satu ketika dulu Dato’ Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang akan datang negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.


Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik. Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.





Banyak warga terlupa kenyataan Dato’ Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.


Banyak artikel telah memaparkan tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Setelah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang dipaparkan dan fakta yang ditemui telah meyakinkan bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.



Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Dato’ Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.


Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan adalah jelas bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila di katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.



Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.





Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Dato’ Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jala ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri menjaga telor dan gula Dato’ Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.

Dato’ Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus atau masyarakat akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar !

Tuesday, 19 July 2011

KEHANCURAN EKONOMI MAKIN HAMPIR ???




Menjelang tarikh 2 Ogos 2011,ekonomi terbesar dunia (negara USA) mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.....

Senario yg digambarkan oleh Obama sebagai "kehancuran ekonomi" (economi collapse) ...sekaligus akan memberi kesan ketara pd peringkat global.....

Bersegeralah menyimpan emas dan perak.......