Monday, 24 September 2012
SEJARAH BAGAIMANA WANG KERTAS MENJADI MATAWANG......
Asslammualaikum WMT buat rakan2 dan pengunjung blog PKE (PENTERNAK KIJANG EMAS)...
mohon maaf sbb lama tak update info di blog ini..maklumlah sibuk dgn kerja seharian yg diuruskan... apapun syukur kpd Allah SWT kerana diberi kesempatan hidup utk menyampaikan maklumat2 dan ilmu2 yang bermanfaat utk dikongsi kpd rakan2 pengungjung blog PKE....semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kpd kita semua...
ok...hari ini PKE nak share sikit...ttg SEJARAH BAGAIMANA WANG KERTAS MENJADI MATAWANG...hehehe..pelik kan...??? yalah zaman dedulu..zaman Nabi SAW dan tak kiralah zaman yang lampau spt zaman Kesultanan Melayu Melaka...zaman as-habul kahfi dan sebagainya...mereka bermuamalat menggunakan wang EMAS DAN PERAK kan..??? hahaha..tak tahu..??? atau tak ambil tahu...??? cuba kita singkap balik sejarah zaman dulu2...sejarah tidak pernah menipu....banyak perkara2 yang baik yg bolih diambil sbg pengajaran sebagai panduan utk kita yang hidup zaman kini...
ok...berbalik pada sejarah...pernahkah kita menyoal....KENAPA org zaman dulu menggunakan wang emas dan perak sbg medium pertukaran barangan...??? kenapa ??? ya...sbb memang Allah SWT telah jadikan emas dan perak ini utk makhluk manusia sebagai logam yang sangat berharga...
bagaimana kerajaan melayu negeri Kedah menghantar ufti emas kpd kerajaan Siam setiap tahun...bagaimana kisah pemuda al-kahfi yg terjaga dr tidur di gua ratusan tahun telah pergi ke pasar membeli makanan dgn menggunakan wang perak...hhmmmmm..apakah kita tidak terfikir....??? knp zaman skrg menggunakan wang kertas ???? terlalu rumit utk dirungkaikan ....dan kalo kita dapat tahu asal usul wang kertas maka kita dapat tahu ade agenda yang tersembunyi untuk menjadikan manusia zaman skrg menjadi hamba...
ya...saya tahu...nanti org cakap PKE mcm lah tak guna wang kertas RM...tapi PKE tidak menolak penggunaan wang kertas sbg matawang...cuma hanya mengajak rakan2 berfikir....knp PKE menyimpan sbhgn wang kertas PKE kpd emas dan perak...?? ya..sbg kalis inflasi ia juga sebagai persediaan seandainya ekonomi dunia akan hancur atau crash ekonomi....tak percaya...??? hehehe....jgn tak percaya...wang kertas ini dicipta oleh manusia sbg matawang...tak kiralah USD ke...Rupiah ke...Ringgit ke...Euro ke...tak kisahlah..apanamanye..ia tetap wang kertas yang tidak disandarkan kpd emas dan perak...jadi...siapa yg berkuasa...manusia atau Allah SWT ...??? andalah tahu jawapannye....:-)
Sebenarnya wang kertas adelah Ilmu sihir kita hari ini, atau fitnah dajjal utk umat akhir zaman yg mana ade agenda disebalik penciptaan wang kertas bg menggantikan emas dan perak...
Bagaimana menukar kertas yang tak benilai menjadi emas atau pun duit ???....
Langkah 1 - buka satu stor simpanan emas/perak...
langkah 2 - buka tawaran kepada orang ramai untuk menyimpan emas/perak dan dikenakan upah simpan serta diberi RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .
langkah 3 - Buat spekulasi di pasar bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK dari stor emas A diterima oleh peniaga-peniaga di pasar....
langkah 4 - pastikan peniaga di pasar tu dah mengatur strategi dengan pemilik stor emas A untuk menerima semula RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .
langkah 5 - peniaga-peniaga lain mula yakin RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK boleh dituntut dengan emas/PERAK dari stor emas A .
langkah 6 - Pemilik stor emas/perak A mula memberikan pinjaman dan mencetak resit melebihi simpanan emas/perak mereka tanpa diaudit oleh kerajaan dan didedahkan kepada rakyat dan penyimpan emas/perak .
langkah 7 - penyimpan emas/perak mula diberi keuntungan dari simpanan emas/perak mereka di mana sebelum itu mereka dikenakan upah untuk menyimpan emas/perak .
Dan hari ini , walaupun emas/perak sudah hampir tiada dalam simpanan stor emas/perak A , RESIT MENUNTUT EMAS/perak tetap diterima umum dan masyarakat percaya bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/perak itu adalah duit , bukan sehelai kertas .
Mempercayai sesuatu yang TIDAK BENAR selepas melalui proses tadi adalah satu bentuk SIHIR dari pemilik stor emas A dengan tujuan mengaut keuntungan duniawi atas angin hasil dari KEJAHILAN MASYARAKAT UMUM .
Mungkin 99.9 % warganegara mempercayai kertas yang dicap pelbagai rupa dan warna itu adalah sesuatu yang bernilai dan ia adalah duit .
apapun semoga rakan2 mendapat sedikit informasi ttg bagaimana wang kertas tercipta menjadi duit kita pada zaman kini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment