Thursday 12 November 2009

PEMILIKAN, PELABURAN & PERNIAGAAN EMAS

Alhamdulillah


Semoga kita semua sentiasa bersyukur kerana berada dalam rahmat Allah SWT sepanjang masa, AMIN.


Jika dilihat senario yang lepas, bangsa melayu memilikki emas atau perak lebih banyak dari bangsa-bangsa lain dari segi emas perhiasan. Pemilikan emas keping atau dinar masih kurang, mungkin kerana tiada punca atau pendedahan kepada masyarakat sebelum ini.

Ramai wanita kelantan samada bujang atau berkeluarga, lebih berminat kepada barang kemas perhiasan kerana barang kemas tersebut boleh dipakai dan ditayangkan seolah-olah peragawati.
Walaubagaimanapun, pemilikan emas perhiasan adalah penyumbang terbesar kepada pelaburan emas itu sendiri dinegeri kelantan.


Bagaimana kita sebagai kaum lelaki hendak bermula dengan emas ini. Masih ada dua pilihan samada emas keping atau emas dinar dan barang kemas perhiasan. Walaupun barang kemas perhiasan diharamkan kepada orang lelaki memakainya, pilihan adalah samada menyimpan atau memberi isteri untuk memakainya.



Sekiranya diperhati tajuk diatas, saya lebih menekankan kepada PEMILIKAN, kedua adalah Pelaburan dan ketiga adalah perniagaan.



Emas yang bagaimanakah sesuai untuk semua kategori diatas. Jawapannya adalah emas yang harganya bebas atau sedikit sahaja dari tangunggan KOS UPAH.



Emas tersebut adalah emas Poh Kong Bunga Raya, Pamp Suise, Logam Mulia, Kijang emas, dinar kelantan, barang kemas terpakai, PUBLIC GOLD(PG)/ PUBLIC DINAR(PD) dan lain-lain lagi jenisnya.



Macamana nak mendapatkan emas tersebut?

Emas tersebut boleh diperolehi kedai-kedai emas tertentu, bank-bank tertentu, Ar rahn, agen-agen emas pg/pd’s dan orang perseorangan yang menjual/beli emas terpakai.



Apakah kelebihan memiliki, melabur dan berniaga emas ini?



Sekiranya kita MEMILIKI emas, sudah tentu kita telah mengunci kekayaan kita dalam bentuk emas yang mana sifatnya sentiasa berharga tetap, cuma nilai RM sahaja yang selalu turun. Saya mencadangkan supaya simpanan emas kita sebanyak 30% dari aset tunai kita. Katakan kita mempunyai RM100,000.00, kita beli emas RM30,000.00, simpanan tunai tabung haji RM30,000.00 atau ASW RM30,000.00 atau ASB RM30,000.00 atau simpanan buku simpanan RM30,000.00.


Emas ni sifatnya tetap atau beku tetapi boleh dicairkan dengan segera macam ikan atau daging beku yang hendak disejukkan. Boleh dicagarkan ke bank untuk tunai segera, tidak macam tanah susah hendak ditunaikan dalam masa yang singkat. Emas ni orang beli terus je, kalu tanah, nak kena tengok dulu, kawasannya, banjir ko, harga mahal ko, tanah padi ko dll. Faham ko…



Bila kita MEMILIKI emas, bermakna kita MELABUR emas. Kenaikan harga emas adalah disebabkan penyusutan nilai RM kita, nilai emas adalah tetap. Itu yang paling mustahak. Inilah dikatakan INFLASI. Emas adalah INFLASI SIFAR. Sebab itulah nilai emas sentiasa naik. Contoh terbaik adalah diri saya sendiri. Saya beli PG20gm dengan harga RM2310.00 pada 02 September 2009, cuba lihat harga hari ini RM2641.00. Kenaikan nilai emas sebanyak RM331.00 atau 14% peningkatan nilai emas tersebut atau penurunan 14% nilai RINGGIT MALAYSIA. Senang cerita nilai emas telah naik 14% dalam masa 2 bulan.



Bila kita MEMILIKI, MELABUR, tak salah sekiranya kita nak merasai kemanisan kenaikan keuntungan hasil dari emas tersebut. Jual lah sikit-sikit kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai atau orang luar. Dengan itu kita telah membuat sedikit keuntungan disamping kita telah menwara-warakan penyimpanan emas kepada orang lain. Dapat pahala dunia akhirat tu.



Saya menasihatkan supaya kita mempelbagaikan emas simpanan kita yang boleh terdiri dari emas keping/wafer/bar, emas dinar, dirham (pitih perak) atau perak keping/wafer/bar, barang kemas terpakai, dinarkel, kijang dsbgnya.



Disebabkan banyak ramalan (mengikut kaedah numerology) yang mengatakan 2010 adalah tahun atau kitaran tiada duit bagi ekonomi dunia, sama dengan tahun 2001 yang lalu, jadi fokus saya adalah untuk memberi pendidikan tentang simpanan kewangan. Jadi bermula sekarang tukarkanlah sebahagian dari simpanan atau pendapatan anda dalam bentuk EMAS.



Mengikut jangkaan ramai bankers tahun 2012 nanti akan berlaku kegawatan kewangan sajagat di seantero dunia. Jadi sila persiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Wassalam.





No comments:

Post a Comment